PEGGHH KELATE SEMAKIN GEDEBE

 SUSPEK KE3 KES BUNUH DI CEKUP

KOTA BHARU - Polis Kelantan menahan seorang lagi suspek berusia 24 tahun menjadikan tiga individu dipercayai terlibat dalam kes pembunuhan Mohd Anuar Mohd Nor, 31, di Rantau Panjang baru-baru ini ditahan.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abd Rahman berkata, lelaki berkenaan yang juga seorang mekanik ditahan pada 22 Oktober lalu kira-kira jam 6.30 petang di rumahnya di Pasir Mas.

Menurutnya, berikutan penahanan dan hasil siasat terhadap suspek polis berjaya merampas pistol dipercayai buatan China bersama empat butir peluru yang dikatakan mempunyai kaitan dengan kejadian terbabit.

“Lelaki berkenaan ditahan reman sehingga 2 November ini dan polis masih menjalankan siasatan untuk mengesan pihak yang terlibat dengan pembunuhan terbabit.

“Hasil siasatan juga mendapati mangsa ditembak oleh rakannya yang dikenali dengan nama ‘Din’ berpunca masalah hutang,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.

Katanya, sebelum ini dua tangkapan dilakukan dan siasatan terperinci dilakukan sehingga membawa kepada penangkapan suspek ketiga.

Menurutnya, siasatan kes ini ditukar daripada Seksyen 307 Kanun Keseksaan kepada Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Pada 11 Oktober lalu, Mohd Anuar bapa kepada dua anak tidak sedarkan diri selepas dipercayai ditembak kenalannya di tepi Jalan Simpang Empat Salam, Rantau Panjang pada jam 9.30 malam.

Ketika kejadian, mangsa dikatakan berjumpa dengan dua kenalannya dan difahamkan akibat tidak berpuas hati dengan perbincangan itu rakannya mengeluarkan pistol lalu melepaskan beberapa das tembakan ke arah Mohd Anuar.

Berikutan kejadian itu, mangsa dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab (HRPZ)II selepas salah satu tembakan mengena pinggang kanan dan menembusi dadanya.

Selepas 18 hari dirawat akibat kecederaan parah akhirnya, Mohd Anuar menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 6.55 pagi kelmarin di sisi adik-beradik serta isterinya di Wad Intan, HRPZ II.

Sementara itu, abang mangsa, Mohd Azhar, 35, mahukan kes pembunuhan adiknya itu dapat disiasat dengan teliti supaya pembunuhnya dihadapkan ke muka pengadilan dan menerima hukuman setimpal. 
 ULASAN GK

Kelas tu keh Kelate kito,banggolah sikit abe weh,gedebe keh ,Jika dahulu Orang Kelate reti "Nettok" jah,Tapi sekarang ni upgrade "Beddil' doh pulop.Baru kelas ko lagumana?

Beberapa bulan yang lalu berlaku di Kampung Cherang Kota Bharu dimana anggota polis termasuk yang bertopeng mengepung sekitar simpang empat cherang bagi menahan beberapa orang suspek diantaranya  bersenjatakan pistol.Menurut sumber, suspek terbabit terlibat dalam satu kes pergaduhan disekitar Kota Bharu dipercayai seorang dari suspek telah mengeluarkan pistol dan bertindak menghentak kepala mangsa.Akibat hentakan itu mangsa cedera di dahi dan terus membuat laporan polis.

Walaubagaimanapun kesemua suspek berjaya ditahan,Suspek juga dikatakan terlibat dengan pengedaran dadah Jenis PIL KUDA yang bergiat aktif disekitar bandar.Jenayah boleh berlaku dimana sahaja.Tapi jika Pemimpin dan masyarakat tampil membantu Polis untuk menangani jenayah GK pasti ianya dapat dikurangkan.

Ekoran kejadian demi kejadian jenayah yang berlaku di negeri Kelantan salah satu puncanya adalah kerana masalah ekonomi penduduk,Disebabkan taraf hidup yang semakin meningkat pendapatan pula tidak bertambah bahkan ada tiada pendapatan langsung atau menggangur disebabkan kelemahan Kerajaan PAS bagi menarik pelabur asing untuk datang melabur sekaligus peluang pekerjaan disini sangalah terhad.

Tidak mustahil sedikit masa lagi ianya akan semakin parah,Jika untuk menyalahkan PDRM semata-mata adalah tidak wajar sama sekali dan akan selamanya gagal jika masyarakat tidak memberikan kerjasama,Bagi GK dengan kekuatan anggota PDRM sediada dan kemudahan logistik mustahil untuk PDRM berkerja dengan lebih berkesan dalam menangani jenayah.

Polis yang ada sekarang hanya sekadar cukup untuk membuat tindakan sekiranya mendapat maklumat dari orang awam,Untuk pencegahan ianya tidak wajar jika kita meletakkan diatas bahu PDRM sahaja.Sebaliknya Pemimpin dan ibubapa mesti memberi penekanan terhadap masalah ini.

Yang pasti GK rasa rata-rata ibu bapa hanya tunggu dan lihat program apa yang akan diadakan bagi membantu anak muda mereka,Sayang sekali kerana kita tersalah pilih Pemimpin,Untuk kita kesali ianya belum terlambat.Masih ada lagi peluang untuk kita mengubah negeri Kelate pada PRU13 nanti...Anda mampu mengubahnya.

HOT-PELACUR HIDUP,PENIAGA MAUT DI SERAMBI MEKAH

DEMO NOK KEMUSNAHAN GAPO DI KELATE ADO BELAKO



Itulah sikap sebenar kerajaan bertopengkan Islam.Penyokong taksub PAS sila buka mata,dengar baik-baik dan fahaminya...Tentang isu peniaga dilanggar, sedikitpun tidak disentuh oleh YB Pas,Kenapa dan mengapa.???Pusat pelacuran dibiarkan beroperasi,Rakyat berniaga mencari rezeki yang halal pula dibanteras...Islamik sungguh...

PAS PELAWOK LAGI DI PENG CHEPA

TUNTUTAN JANJI

KOTA BHARU- Penduduk Kampung Pulau Pak Amat, Pengkalan Chepa di sini, menggesa Kerajaan Negeri menyelesaikan bayaran pampasan kepada mereka seperti yang dijanjikan beberapa bulan lalu untuk mengambil alih kawasan terbabit bagi tujuan pembangunan.

Wakil penduduk, Azrai Hamid, 40, berkata, pihak berkenaan pernah datang ke kawasan itu bertemu dengan penduduk kampung sebulan lalu dan berjanji akan membayar pampasan kepada 15 penduduk di kawasan ini, tetapi sehingga kini masih belum menemui jalan penyelesaian.

“Mereka janji nak bayar wang pampasan kepada kami, tetapi sehingga kini hanya tiga orang sahaja yang menerimanya manakala selebihnya tidak memperoleh apa-apa jawapan dari pihak terbabit.

“Kami mengharapkan agar mereka dapat menyegerakan pembayaran itu kerana kami khuatir akan keselamatan di sini lagipun kawasan ini mengalami hakisan yang teruk sejak 14 tahun lalu,” katanya.

Azrai berkata, sehingga hari ini, lebih lima buah rumah ditelan ombak akibat hakisan pantai yang menyebabkan penduduk terpaksa berpindah ke rumah keluarga terdekat di kawasan berkenaan.

“Lagipun penduduk di sini kebanyakannya hanya bekerja kampung dan tidak mempunyai pendapatan yang tetap di samping terdiri daripada keluarga yang berpendapatan rendah.

“Atas sebab itulah penduduk amat mengharapkan wang pampasan terbabit dapat dibayar dengan segera untuk tujuan pemindahan ke kawasan lain,” katanya.

Tinjauan Sinar Harian mendapati, rumah Azrai hanya terletak lebih kurang 20 meter dari kawasan pantai dan ia amat berisiko yang boleh membahayakan nyawa keluarga terbabit.

Sementara itu penduduk di kawasan itu, Abdullah Mamat, 63 berkata, kawasan berkenaan juga tidak pernah dibenteng dengan batu walaupun pernah diajukan kepada pihak berwajib.

“Penduduk di sini bukan tidak mahu pindah tetapi tanah di kawasan ini kebanyakannya merupakan tinggalan pusaka keluarga yang menyebabkan mereka mempertahankan hak mereka,” katanya.

Seorang penduduk lagi, Suriati Sulaiman, 36, berkata, jika bayaran terbabit disegerakan ia akan memudahkan urusan pemindahan dan mencari tanah baru kerana mereka tidak mempunyai sumber pendapatan yang lumayan untuk menguruskan perkara itu.

Sehubungan itu mereka amat berharap agar pihak terbabit menyelesaikan masalah berkenaan dengan segera supaya penduduk di kawasan itu tidak dibelenggu ketakutan akibat hakisan serta dapat berpindah dengan segera melalui bayaran pampasan seperti yang dijanjikan.

Februari lalu akhbar tempatan melaporkan mengenai kisah penduduk di kawasan berkenaan yang dilanda kerisauan akibat hakisan di kawasan itu. Sehingga hari ini, pihak PBT masih belum bertindak meletakkan benteng di kawasan berkenaan.

TAKSUB TERBURAI NIK AZIZ DIKATA NABI

AKIBAT TAKSUB


Pelbagai tafsiran dengan sesuatu makna didalam Al-Quran dan Hadis. Kerana ianya terdedah dengan bermacam fahaman diatas ketaksuban atau kejujuran?.Bila agama dimainkan untuk menyelusuri kehidupan yang mempunyai kepentingan. Walaubagaimanapun Ustaz Budak ni baik ilmunya, Tapi akibat dari ketaksuban beliau kepada PAS setiap siri kuliahnya menampakkan suatu pembelajaran yang agak janggal dengan ilmu Islam yang sebenarnya.
Apa yang Ustaz ni nak terangkan bilamana mengatakan PAS mempunyai 3 huruf dan Umno ada 4 huruf.Allah di eja dengan 4 huruf. GK confius. ..

Ulamak perwaris kepada nabi atau Ulamak memang Nabi.TGNA itu Nabi orang akan kata sesat, Sebenarnya orang alim itu Nabi. Kalau takder Nabi orang alim tu Nabi lah. Pening-pening. Ayah Pin Kerajaan langit, Rasul Melayu, Orang alim tu Nabi. Emm sikit lagi apa pula ya? Sebenarnya Taksub dalam agama ni boleh jadi sesat dan menyesatkan.....GK no komen!!!So dengarlah sendiri.....
 Fikir-fikirkanlah...Anda mampu mengubahnya...

PUSAT BANTU MISKIN MACHANG RM 6 JUTA SETAHUN

KERAJAAN PUSAT BANTU RM6 JUTA SETAHUN UNTUK MACHANG

MACHANG - Kerajaan Pusat memperuntukkan sebanyak RM6 juta setahun bagi membantu seramai 2,388 rakyat miskin di daerah ini, namun ia masih tidak mencukupi berikutan banyak permohonan baru diterima.
Pengerusi Majlis Ke-bajikan dan Pembangunan Kawasan (Mayang) Parlimen Machang, Datuk Ahmad Jazlan Datuk Yaakub berkata, permohonan baru diuruskan segera, tetapi perlu menunggu kelulusan kewangan daripada kerajaan memandangkan jumlahnya terhad.

Katanya, Mayang berusaha mendapatkan peruntukan tambahan bagi membantu rakyat memerlukan dan berharap pemohon bersabar dan tidak menuding jari kepada mana-mana pihak.

“Kami memahami kesusahan mereka memerlukan dan berusaha membantu mereka. Saya ingin mengingatkan penerima menggunakan ban-tuan sebaik mungkin, utamakan kegunaan keluarga dan anak-anak yang masih belajar.

“Hanya ilmu dapat mengubah taraf hidup mereka. Pastikan anak-anak mendapat pendidikan sempurna,’’ katanya ketika berucap pada majlis penyampaian bantuan bulanan persekutuan Jabatan Ke-bajikan Masyarakat (JKM) di sini, kelmarin.

Majlis melibatkan seramai 587 penerima dari Dun Kemuning. Hadir sama, Pengerusi Program Nada Nadi Komuniti (Nadi) Dun Kemuning, Eriandi Datuk Ismail dan Pentadbir Mukim Kemuning, Mohd Zain Che Haron.

Sementara itu Pegawai JKM Machang, Tuan Noor Rosniza Tuan Puteh Ahmad berkata, warga emas paling ramai menerima bantuan iaitu seramai 871 orang dan kanak-kanak, 775 orang.

Katanya, pemberian bulanan bersifat sementara bagi tujuan pemulihan sebelum penerima hidup berdikari dan diluluskan untuk tempoh setahun sebelum dikaji semula untuk tahun berikutnya.

Menurutnya, kedudukan kewangan dan maklumat terbaru yang diperolehi akan diambil kira bagi menentukan sama ada kes layak diteruskan atau ditamatkan bantuan.

“JKM juga mengalu-alukan kerjasama Mayang dengan menganjurkan lebih banyak program dan aktiviti berkaitan kebajikan dan pembangunan masyarakat serta menangani pelbagai isu di peringkat akar umbi.
“Ia diharap mampu mengeratkan hubungan antara penerima, JKM, Mayang dan Nadi" katanya.

MAAFKAN SAYA TOK GURU!!! CUKUPLAH PELAWOK TU...

MAAFKAN SAYA TUAN GURU CUKUPLAH PELAWOK TU...

Ini adalah salah satu ceramah Nik Aziz diantara berjuta siri ceramahnya.Jika dahulu puak PAS lantang menentang segala apa yang Umno bina dan buat,Seperti juga Putrajaya yang disebut sebagai Mahligai bernilai RM200 juta.Heboh seluruh kampung dibohongi dengan pembaziran wang rakyat.Tapi kini lihatlah sendiri apa yang ada dibalik jubah dan semutar itu.

Kalau dah kena aras batang hidung sendiri tahulah macammana,Jika melihat telatah pemimpin PAS hari ini,Dengan rendah hati GK berani berSUMPAH jadi seSUMPAH kiranya PAS membentuk kerajaan dan akan melaksanakan Hukum Hudud.Takkan punya jamin 100peratus lah.20 tahun tidak cukupkah masa untuk berstarategi untuk melaksanakan Hudud.

Jangan kata HUDUD,kebajikkan untuk rakyat pun entah kemana,bukankah kebajikkan itu lebih penting dari segalanya.Yang jelasnya kereta baru,rumah besar,isteri topup dan berselindung dibalik.........GK percaya dengan kuasa Allah taala didalam Susu bayi yang mengandungi DHA,AA dsbnya telah menjadikan Rakyat Kelantan dan seluruh Rakyat Malaysia cerdik serta bijak untuk berfikir baik dan buruknya insyaallah.

Ayuh kita ubah Kelantan dengan menjadikan rakyat Kelantan bangkit di arus kemodenan supaya dapat berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan rakyat dinegeri lain di bumi Kelantan sendiri.Anda Mampu mengubahnya.

LAGI PENEMUAN KEDAIFAN FAKIR DI PUBEL PINGGIRAN NIK AZIZ

KELUARGA MISKIN DI PULAU BELANGA

 Kemiskinan kali ini juga berhampiran dengan kediaman Menteri Besar Kelantan.Puan Nor Azlin bt.Abdullah dan keluarganya di Kampung Pulau Belanga yang dikatakan hidup dalam serba kedhaifan..Wanita ini tiada di rumah kerana keluar bekerja semasa saya tiba di rumahnya. Hanya 2 orang anak perempuan dan 3 orang cucunya sahaja yang menyambut kehadiran saya.  Puan Nor Azlin, 46, merupakan seorang balu beranak lima (3 lelaki dan 2 orang perempuan). Kefakiran dan kesempitan hidup semakin dirasai selepas suaminya, Che Isa bin Che Yaakob meninggal dunia akibat sakit jantung kira-kira setahun yang lalu. Puan Nor Azlin berbangsa Siam dan berasal dari Chiang Mai, Thailand telah memeluk agama Islam sebelum bertemu jodoh dan berkahwin dengan Allahyarham Che Isa bin Che Yaakob.

Belakang rumah
Puan Nor Azlin sekeluarga hidup dalam kefakiran tegar hinggalah sekarang.Mereka sekeluarga terpaksa hidup menumpang berteduh dalam bangsal stor beras yang sudah lama usang di atas tanah orang lain. Tanpa tandas dan kemudahan bilik air, mereka pasrah mengharungi kehidupan seharian. Tiada bantuan kewangan dan makanan secara tetap yang diterima oleh keluarga ini. Mereka cuma pernah menerima sebanyak 3 kali sehahaja bantuan beras daripada DUN Panchor sebanyak 30 kilogram. Kelima-lima anak Puan Nor Azlin tidak bersekolah tinggi. Tahap pengajian anak sulung (perempuan) hingga ke tahap tingkatan 5 (SPM) adalah yang paling tinggi. Manakala adik-adik yang lain hanya bersekolah sehingga tingkatan 2 sahaja. Pendapatan Puan NorAzlin yang tak seberapa hanya bergantung kepada hasil kerjanya  di Kilang Proses Kitar Semula di Kg.Beris Lanjut.

Stor beras ini adalah rumah mereka


Puan Nor Azlin dan 2 orang anaknya tidak memiliki kad pengenalan. Proses pembikinan kad pengenalan terhalang  lantaran beliau pernah berkahwin  dengan Allahyarham Che Isa di Thailand dan pasangan ini tidak mempunyai sijil nikah.   .Manakala 3 orang lagi anaknya yang lain pula  sempat memiliki kad pengenalan pada Era Dr. Mahathir jadi PM Malaysia. Begitu dhaif sekali corak kehidupan mereka! Tahap pengetahuan agama Islam mereka pun berada di tahap yang agak lemah lagi amat menyedihkan.

Saya dimaklumkan bahawa beliau sekeluarga tidak mendapat bantuan sejak dulu hingga kini kerana tidak memiliki kad pengenalan. Persoalannya sekarang; adakah wajar sikap perikemanusiaan dipinggirkan ketepi semata-mata kerana ketiadaan kad pengenalan? Ini persoalan aqidah! Di manakah peranan Majlis Agama Islam (MAIK)? Dimana wang-wang pungutan zakat yang dikumpul oleh MAIK yang sepatutnya dirasai oleh mereka sebegini? Di manakah peranan Kerajaan Negeri Kelantan yang melaung-laungkan slogan Membangunan Bersama Islam? Dimanakah peranan EXCO Pendidikan dikala mereka ini memerlukan tarbiyyah ruhiyyah??

Dimanakah peranan EXCO Kebajikan Masyarakat? Tak bolehkah jika dibina sebuah rumah kepada mereka di atas tanah kerajaan? Berapa ramaikah agaknya mereka yang sedemikian dalam negeri Kelantan?  Kalaulah Kerajaan Negeri sanggup beri rumah kepada tukang-tukang jogho dikir barat dan sanggup beri rumah kepada keluarga pelajar Maahad Muhammadi Perempuan kerana berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan SPM, mengapa tidak kepada mereka ini? Bukankah menolong mereka yang memeluk agama Islam tapi belum memahami Syariat Islam WAJIB  dijaga aqidah mereka? Persoalan akidah adalah mengatasi segala-galanya……sedarlah wahai kita semua!

Serba dhaif
 Dipetik dari Sila Klik

TENGKU MAHKOTA KELANTAN CAKNA DIKAMPUNG NIK AZIZ

KEPRIHATINAN TENGKU MAHKOTA KELANTAN
KOTA BHARU - Kisah lima beradik yang terpaksa ponteng sekolah untuk menjaga bapa yang sakit mendapat perhatian Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan yang juga Tengku Muhammad Fa-iz Petra.
Baginda melalui wakilnya, Setiausaha Maik, Che Hamat Che Muda menyumbang RM2000 dan hamper bagi mengurangkan beban kepada keluarga terbabit. - SH Kelantan
 

ULASAN GK
Alhamdulillah...keprihatinan Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan Tengku Mahkota Kelantan Tengku Muhammad Fa-iz Petra sedikit sebanyak membantu keluarga terbabit meringankan beban yang ditanggung ekoran Kerajaan PAS terlalu sibuk dengan ceramah politik.
Jika anda ingin menghulurkan bantuan boleh menghubungi Tengku Azizah menerusi 014-5026179 atau penghulu kampung, Shukri Ali : 013- 953 8113.Bantuan juga boleh disalurkan terus menerusi akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) Tengku Azizah: 03103-29-00015739-3.

Walaupun keluarga ini tinggal berhampiran sahaja dengan kediaman Menteri Besar Kelantan tetapi ia tetap terus dipinggirkan.Bagaimanalah keadaan mereka yang tinggal jauh dari kawasan tumpuan politik.Sukar untuk dibayangkan.Jika melihat kepada status nama mereka yang berkerabat,tidak mustahil mereka adalah saudara terdekat kepada Nik Abdul Aziz.Ini hanyalah andaian GK semata-mata.

Didalam Islam menganjurkan umatnya memberi zakat kepada saudara yang terdekat dahulu berdasarkan Sabda Nabi s.a.w,Maksudnya: "Sedekah kepada orang miskin adalah sedekah,manakala sedekah kepada keluarga ada dua fadilat iaitu fadilat sedekah dan fadilat silaturrahim" .Riwayat Tirmizi.

Keadaan ini merupakan salah satu lagi bukti kegagalan PAS Kelantan dibawah pentadbiran YAB Dato Nik Abdul Aziz Nik Mat.Jika pentadbiran negeri pun gagal bagaimana PAS nak tadbir negara.Dapatkah anda bayangkan (YAB Dato' Sri) Mohamad bin Sabu menjadi Perdana Menteri Malaysia.Mungkin ketika itu Malaysia akan menjadi sebuah negara yang TERLAWAK didunia.Kucing dirumah GK terbahak-bahak mengilai bila mendengar Mat Sabu satuuuu dua satuuuuu bakal menjadi PM.huhu

Terbaru mengenai pilih bulu kerajaan Pas Kelantan dalam pembahagian wang Rm200 kepada rakyat yang terlibat dengan ladang rakyat.Menurut seorang saksi yang ditemubual Encik Roslan Kamarulzaman yang juga bekas Setiausaha Pas Bandar Lama Gua Musang dengan nada yang cukup kesal dipetik sebagai berkata " Ketua-ketua Cawangan PAS dapat Rm100/Rm200 seorang. Cina-cina hok mastermind projek ladang rakyat ni dapat ribu-ribu.Apa Pak Kaduk punya perancangan,Sangat sesuai dengan pakaian puak-puak PAS ni menang sorak negeri hilang...Ramai juga dapat wang ladang rakyat,Ketua ambo Pok Su Mejah dan ramai lagi golongan susah yang tak dapat seperti  Kiah anak ramai,Hasan rambut uban,Abang Soh Jemeleh dan beberapa yang lain.Semua mereka ini tinggal setinggan dan dikategorikan sebagai golongan yang susah.Tetapi kenapa mereka terus dipinggirkan".

Begitulah keluhan dan kekesalan mereka terhadap kepimpinan Pas Kelantan,Tetapi Pemimpin Pas seperti biasa nafi dan terus menafikan hakikat yang berlaku dengan sokongan ahli-ahli mereka yang masih taksub tanpa memperbaiki kelemahan mereka.

Kita sebagai rakyat perlu menilai hakikat ini supaya tidak terus bersubahat dengan dosa penindasan yang berbajukan baju Islam.PRU13 ini seluruh rakyat Kelantan akan bangkit memilih Umno Barisan Nasional bagi menggantikan Kerajaan PAS yang telah hampir 20 tahun gagal membawa Kelantan ke puncak kejayaan apatah lagi untuk berkebajikkan.Anda mampu mengubahnya..

MASYAALLAH KEADAAN DI KAMPUNG NIK AZIZ

BANTUAN DIPERLUKAN

Lima beradik bergilir-gilir ponteng sekolah