GEMPAR !!! UST AZHAR IDRUS VS NIK AZIZ - BATAL AKIDAH SAMAKAN NABI DGN MAT KAMPUNG KITA

Menurut Mursyidul Am Pas yang juga merangkap Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Nabi Muhammad Sallallahualaihi Wasallam semasa kecil baginda sama sahaja dengan Mat atau Muhammad di kampung kita. Kata-kata itu diungkapkan semasa memberi kuliah mengenai tidak perlu diadakan sambutan maulidur rasul yang menjadi amalan umat Islam di negara ini.

Kenyataan Nik Aziz itu bagaimanapun telah menyebabkan ramai yang terkeliru tanpa penjelasan yang sewajarnya selepas kenyataan tersebut menjadi kontroversi. Sehinggalah Ustaz Kazim Alias yang juga bekas  ahli Pas membuat kenyataan balas mengenai isu tersebut.

Selang beberapa bulan isu tersebut disusuli  dengan jawapan Ustaz yang popular dengan 'tok rok duk cetong' yaitu Ustaz Azhar Idrus yang juga semalam menafikan menjadi ahli Pas, berita penuh Sila KLIK

Kenyataan Ustaz Azhar  turut menyindir orang yang mengeluarkan kenyatan itu dengan " Adakah manusia biasa?, Biasa macam mana?, Nabi Muhammad berjalan semasa kecilnya diikuti oleh awan, ada ke pemimpin dalam dunia ni berjalan, awan ikut dia, cuba cakap siapa, Mahatma Gandhi (Merujuk kepada gelaran tokoh India kepada Nik Aziz oleh Ust Wan Ji Al-Bakistani), kita anjing yang ikut" katanya. 

Menurut Ustaz Azhar Idrus, ada dua maksud mengenai perkara ini, tapi kebiasaannya kenyataan tersebut diungkapkan kerana ingin merendah-rendahkan darjat Nabi Muhammad dan hukumnya adalah batal akidahnya serta merta.

Mengikut penjelasan beliau itu dapat difahamkan, ungkapan tersebut tidak akan diungkapkan hanya kerana ingin menyamakan Nabi dengan Mat di kampung kita diatas hal sama-sama ada mata, tangan, kaki dan sebagainya. Kerana perkara itu umum telah mengetahuinya.

Hal ini jelas dimana Nik Aziz seperti merendah-rendahkan martabat nabi supaya umat Islam tidak mengadakan sambutan maulid nabi. Sebagai contoh ayat yang lain , " Nak takut buat apa pada si polan tu, dia pun makan nasi sama macam kita jugak". Maksudnya merendah-rendahkan si polan dengan tujuan untuk tidak takut kepadanya.
Perkara ini turut  berkait dengan akidah sepertimana sangkanya sebahagian orang mengenai kehadiran Najib dalam sambutan Thaipusam baru-baru ini. Jadi perkara yang berada pada kesamaran diatas perbuatan atau kata-kata itu lebih baik diperjelaskan oleh tuan empunya badan..

Penjelasan GK ini bukan bertujuan untuk membela atau mengutuk seseorang tetapi lebih kepada berkongsi maklumat dari apa yang dijumpai supaya masalah taksub tidak lagi menguasai penganut ajaran Pas. Apapun Anda Mampu Mengubahnya.

13 comments:

  1. Mantap bro..tidak syak lagi anda mampu mengubahnya....Terbaik..

    ReplyDelete
  2. Parok ore kito ari ni. Dua artikel pasal akidah..kemah dua2.Ust Azhar pun xse ko Pas. Tak ngaku jadi ahli Pas. Trek ni Pas tok laku gada doh.

    ReplyDelete
  3. nik aziz dah nyanyuk kalau duk di arab saudi rasanya dah kena bunuh kerana hina nabi

    ReplyDelete
  4. Pas parti perosak agama. Hanya boleh percaya jika anda berakal.

    ReplyDelete
  5. Terlanjur TGNA dapat di kesan . tapi tak ada siapakah Ulamak dalam PAS yang berani tegur ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Penyokong PAS takut nak tegur kerana mereka percaya Nik Aziz ada "Tulah"..takut mati belang cacang..habis la PAS..

      Delete
  6. sambutan maulidur rasul katanya tak perlu buat bidaah tapi peliknya sambutan harijadi dia seronok plak disambut...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sambut hari jadi dia seronok sbb org mendewa-dewakan dia..tp sambut maulidur Rasul..?? Aku agak Nik Aziz ni cemburu dgn Rasulullah SAW..dia ingat dia lebih hebat dari Rasulullah SAW kot???

      Delete
  7. “Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, “Sebenarnya orang yang muflis di kalangan umatku ialah seseorang yang datang pada hari kiamat dengan membawa pahala sembahyang, puasa dan zakat tetapi dia pernah mencaci si polan, menuduh si polan, memakan harta si polan, menumpahkan darah si polan dan memukul si polan. Maka akan diberikan kepada orang-orang yang dizalimi itu pahala kebaikannya. Jika sudah habis pahalanya sedangkan dosa kezalimannya belum terbayar, maka akan diambil dosa-dosa orang yang dizalimi itu untuk dibebankan kepadanya lalu dicampakkan dia ke neraka.” (HR Muslim)

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum, Ini nak cerita, ada Ustaz iaitu pengikut tegar PAS dan PKR
    semasa memberi kuliah di Masjid Sungai Plong, Selangor mengatakan segala dugaan yang menimpa Anwar Ibrahim adalah setaraf/sama seperti diterima oleh
    Rasulullah. Saya rasa Ustaz ni dah tak betul. Ada sesiapa orang alim boleh bagi komen ? Kenyataan Ustaz tersebut bagi saya, rasanya setaraf dengan kenyataan Nik Aziz.

    ReplyDelete
  9. assalamualaikum,
    cuba faham betul2 yang tok guru cakap,dia kata sama macam mat yang dalam kampung kita,sebab lahirnya nabi muhammad melalui saluran yang sama (faraj ibu).bukannya dari segi batin dan hal2 mukjizat.jangan lah memfitnah dan memperbesarkan perkara yang kau orang tak jelas...besar dosanya

    ReplyDelete
  10. buat anon kat atas ni bgus la kalau ko faham apa tok guru cakap.. tapi kita tak boleh salahkan org yg tak faham sebab tok guru sendiri yg cakap nabi sama dgn mat2 lain..aku bukan nak slahkan kenyataan tok guru,tapi kenyataan macamni boleh mengelirukan,mungkin maksud tok guru tu baik.. tapi salah anggap dari org ramai adalah dari kerana kenyataan tok guru sendiri, tntang ko kata maksud tok guru 'keluar dari faraj ibu' bermakna nabi sama dgn manusia lain,aku rasa tu pun dah salah.. sebab nabi lahir dalam keadaan bersujud,bersunat dan siap mengadap kiblat, kita bukan nak hina tok guru,tapi kalau kenyataan yg mengelirukan macamni sama2 kena tegur la... bukan bermakna tok guru takkan salah dan takkan silap, tupai yg kita tau panda melompat tu pun kekadang jatuh juga dari pokok.. manusia pun lebih kurang begitu gak la kan.

    ReplyDelete
  11. jadi kesimpulannya pak tam kalau tak mahu keliru diam aje la...suruh pok nik diam....

    ReplyDelete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...