PAS JUAL TIKET MAULID NABI RM 20 SEKEPALA, YA ALLAH BERIKANLAH HIDAYAH

"Daripada buat Maulid nabi, Lebih baik duit tu buat tandas masjid", perkataan ini adalah yang terpacul keluar dari mulut seorang sahaja ulamak didalam dunia ini. Sungguhpun begitu GK tidak punyai hujah yang kuat untuk menafikan ungkapan tersebut. Namun merasa terpanggil untuk membela Rasulullah dengan digerakkan hati oleh Allah taala untuk menjelaskan ungkapan tersebut yang ada hubung kaitnya dengan sebuah majlis yang akan diadakan ini.

Hati GK tidak merasa tenang sekiranya hal ini tidak diluahkan untuk dikongsikan dengan seluruh muslim dan mukmin semua. Mengimbas kembali apa yang GK baca pada sebuah portal  Klik SINI mengenai  majlis maulidur rasul yang akan diadakan dengan dengan tujuan mengutip dana atas sasaran RM 50,000 dengan mengenakan tiket RM 20 satu kepala untuk menghadiri majlis tersebut.

Subhanallah seorang yang jahil seperti GK ini merasakan.....(tidak terungkap dengan kata-kata) bilamana terbaca kenyataan demikian. Jika apa yang dilaporkan oleh portal tersebut sesuatu yang benar tanpa sebarang tokok tambah, maka malanglah untuk kita umat Islam jika masih tidak celik mengenai perkara ini.

Diatas nas dan dalil mantik apakah yang digunakan untuk menghalalkan kutipan tiket bagi sebuah majlis agama yang satu ketika dahulu dikatakan bidaah dan 'kerja tidak sudah' ini. Diatas satu-satu kepentingan sanggup mengenakan caj pada majlis mengingati Rasulullah untuk kepentingan sesuatu pihak.

Bagi GK yang hanya biasa menghadiri majlis yang diadakan oleh masyarakat kampung seperti majlis kesyukuran kerana anak berjaya memasuki universiti luar negara sebagai contoh, tidak pula dikenakan tiket, hanya sumbangan ikhlas sahaja dialukan bagi membantu meringankan perbelanjaan menyambung pelajaran tersebut.

Kalau sampai tahap BERTIKET ni sudah menjadi hal yang agak luar biasa dan perlu diberi kesedaran mengenai kelalaian diatas matlamat menghalalkan cara ini. Jangan sampai kelakuan matlamat menjadi ibadat dan terus menerus menjadi hukum yang akan menyesatkan generasi umat Islam dimasa hadapan.

عن جابر بن عبداللّه أن رسول اللّه صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كان يقول في خطبته: أَمَّا بَعْدُ فَإِنَّ خَيْرَ الْحَدِيثِ كِتَابُ اللَّهِ وَخَيْرُ الْهُدَى هُدَى مُحَمَّدٍ وَشَرُّ الْأُمُورِ مُحْدَثَاتُهَا وَكُلُّ بِدْعَةٍ ضَلَالَةٌ. 
Maka sesungguhnya, sebaik-baik ucapan adalah kitab Allah, sebaik-baik petunjuk adalah petunjuk Muhamad s.a.w. dan sejahat-jahat perkara adalah perkara-perkara rekaan. Dan setiap bid’ah adalah kesesatan.
Sedarlah kita semua, perlakuan mengada-adakan sesuatu perkara didalam agama ini tidak boleh dibiarkan, apatah lagi untuk kita menyokongnya. Mohonlah perlindungan daripada Allah . Insyaallah Anda Mampu Mengubahnya.

Tiga Beradik Malang Jadi Mangsa Pemuas Nafsu

Menyingkap kembali satu peristiwa yang jarang berlaku di negeri yang tidak berkebajikan ini untuk diambil iktibar kepada semua.

Anak kecil berusia 10 tahun di atas dirogol  lelaki 24 tahun. Setelah diberkas polis, suspek disiasat dan didakwa mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan. Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman penjara 18 tahun dan 12 sebatan ke atas pesalah.

Kakaknya, beusia 14 tahun tersipu-sipu ketika saya temui di rumah mereka di Kampung Lipat Sanggul, Bonggol, Kota Bharu, Kelantan.


"Siapa buat love bites di leher?," soal saya.

"Boyfriend lah," balasnya selamba sambil tersenyum. 

Teman lelakinya berusia 17 tahun dan sedang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia.

Manakala di bawah ini gambar perut kakak sulung mereka berusia 16 tahun, masih di bawah umur.


Jam 11.21 pagi tadi dia dibangunkan pasukan polis diketui Ketua Balai Polis Pengkalan Chepa, Cif Inspektor Rostam Ayob bersama 9 anggota beliau.

"Mengandung berapa bulan?," tanya saya.

"Lima," jawabnya ringkas.

Gadis terbabit dilahirkan di Puchong, Selangor dan berpindah ke Kelantan setelah ibu dan ayah didakwa dilanda krisis rumah tangga. Ketika rumah diperiksa, dia sedang tidur manakala ibunya, berusia 34 tahun bekerja di gerai menjual makanan berhampiran Stadium Sultan Mohamad ke IV.

"Saya dah lebih setahun kenal dengan boyfriend sejak saya pindah ke sini mengikut emak," jelasnya.

Kelihatan berserabut, dia tiba-tiba menjadi sebak sejurus saya menjelaskan kepadanya berhubung Seksyen 376 Kanun Keseksaan.


"Lelaki mengadakan hubungan seks dengan gadis bawah umur samada dia bersetuju atau tidak jika aduan dibuat, lelaki itu boleh dituduh merogol. Perogol adik awak dah kena penjara dan disebat"

Tanpa berlengah dia bangun dan mendapatkan teman lelakinya berusia 17 tahun, sewaktu kami tiba, tidur bersebelahan adik perempuannya di ruang tamu.

"Kenapa selepas ditangkap Jabatan Agama Islam semalam, awak masih tidur di rumah ini?," soal saya kepada teman lelakinya berbaju hijau.


Dia hanya membisu. Lelaki di sebelahnya itu, anak angkat emak mereka dan keduanya mengaku memasukkan dadah jenis metaphetamine atau lebih dikenali sebagai 'pil kuda', kali terakhir 4 hari lalu.


Kedua lelaki terbabit dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah, IPD Kota Bharu untuk menjalani saringan ujian air kencing.


Sebelum teman lelakinya melangkah keluar dari rumah, saya terdengar gadis mengandung terbabit berbisik kepada teman lelakinya sambil air mata bergenang di kelopak mata.

"B! B! Macam mana ni?"

Namun teman lelakinya hanya mampu menundukkan kepala dan melangkah perlahan dengan tangan bergari.

Syahdu nian suasana.

Namun kejadian pada jam 8.50 pagi tadi di Kampung Pulau Gorek, Badang, lebih menyayat hati saya. Saya tidak tidur sejak jam 8 pagi semalam, terlena di dalam kenderaan, dikejutkan jurukamera bertugas membuat liputan paparan 999.

Saya kemudian bergegas masuk ke rumah di bawah.


Sebaik masuk, saya terdengar suara tangisan anak kecil berusia 12 tahun, kelihatan  memeluk adik lelakinya berusia 10 tahun. Sebak hati saya buat seketika. Apa kesalahannya sehingga terpaksa meraung sedangkan wajah ibu dan ayahnya berusia 30 dan 35 tahun kelihatan selamba, berdiri tanpa riak sesalan di wajah mereka?


"Dah jumpa dah, dia sorong 'barang' dalam bantal," ujar anggota polis berdiri berhampiran saya.


Pasukan serbuan menemui bahan dipercayai pil kuda dan heroin. Pasangan terbabit dilaporkan menjual dadah kepada penagih dari kawasan berhampiran.


"Sebiji pil kuda dijual berapa harga?," tanya saya kepada ayah kepada 4 anak berusia di antara 10 dan 16 tahun itu.

"Dua puluh ringgit," jawabnya.

Lelaki terbabit dilahirkan di Thailand dan kemudian berkahwin dengan isterinya berasal dari Kuala Krai dan mereka disyaki mula menjual dadah secara kecil-kecilan sejak 6 bulan lalu.

Ketika keduanya diiring untuk menaiki kenderaan polis, tangisan anak perempuan mereka mendapat keputusan 3A dan 2B dalam peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah semakin kuat. Dua adik lelakinya juga turut menangis sambil memeluk erat tubuh ibu dengan tangan bergari.

Tidak mampu saya menahan airmata daripada mengalir di pipi melihat 4 beranak terbabit berjalan beriringan. Kesilapan ibu dan ayah, anak mereka terpaksa menanggung deritanya. Mengapa kejadian seumpama ini mampu berlaku?


Namun keadaan itu tidak begitu mencemaskan berbanding kejadian berlaku di gerai menjual makanan di Tanjung Kratong pada jam 4 pagi.


Lelaki berusia 20 tahun di dalam gambar di atas dipercayai terlangar dinding ketika cuba melarikan diri bersama beberapa rakan lain berjudi. Mulutnya berbuih, matanya terbeliak dan dia menggeletar, bagai terkena sawan babi.

Saya amat kagum memerhatikan tindakan pantas pegawai dan anggota polis terbabit dalam serbuan. Cif Inspektor Rostam secara tenang membasahkan muka remaja terbabit menggunakan air. Dalam tempoh kurang 3 minit, dia bangun namun kelihatan keliru.

"Awak terlanggar dinding dan lepas itu jatuh dan pengsan ke?," tanya saya.

"Eh! Mana ada saya jatuh dan pengsan!," jawab penganggur terbabit.

Dia dan 5 rakannya berusia di antara 16 dan 28 tahun kemudian dibawa ke IPD Kota Bharu. Pada jam 5.30 pagi dia disahkan positif pil kuda setelah menjalani ujian saringan air kencing.


Huh! Padanlah! Memang bikin suspense!

Apapun catatan saya di atas hanya sekadar 10% daripada liputan bakal saya sajikan kepada penonton setia program 999.

Terima kasih kepada semua pegawai dan anggota menjayakan misi kali ini.

 Sumber - Blog Mazidul Akmal Sidek

GENG UMNO tumPAS BONGKAR TAK1YUDIN AGAH, PAKAI BMW NYAPUH SAMPAH MALAS

Gambar Ihsan Dari 'Khabar Kota Bharu'
GK ingin menyentuh sedikit mengenai tahap kebersihan yang ada didalam bandar Kota Bharu Bandaraya Islam, GK pun tidak tahu siapa yang mengiktiraf bandar Kota Bharu sebagai Bandaraya Islam, Jika terus menggunakan Islam diatas kepentingan politik ianya akan mendatangkan lebih banyak keburukkan daripada kebaikkan.

Didalam sektor pembuatan sekalipun ianya mempunyai Quality Control bagi menjamin barang yang dikeluarkan oleh sesebuah syarikat mempunyai kualiti yang telah ditetapkan, Ianya perlu bagi menjaga nama baik syarikat yang mungkin akan terjejas sekiranya barang yang dikeluarkan itu mudah rosak dan sebagainya,

Aspek KEBERSIHAN adalah sangat diutamakan kerana ia merupakan ciri keperibadian seseorang. Kebersihan juga adalah separuh daripada Iman .Kebersihan adalah tuntutan didalam Islam. Kesihatan yang baik juga bermula dari menjaga kebersihan.

Keamanan dan keselesaan berkait rapat dengan kebersihan. Pastikan semua surau ditempat awam seperti shopping complex, Station minyak, Hospital dan seumpamanya diberi perhatian yang sewajarnya. Begitu juga dengan Tandas-tandas awam  perlu diselenggara dengan baik bagi memastikan tahap kebersihannya selesa digunakan oleh semua masyarakat.


Demi menyelamatkan Islam dari disalah tafsir oleh masyarakat, eloklah bermulanya kebersihan itu dengan ibu negeri yang mendapat jolokan Serambi Mekah iaitu Kota Bharu Bandaraya Islam. 
 
Laksanakan ia di KOTA BHARU BANDARAYA ISLAM supaya dapat dijadikan role model bagi daerah-daerah lain. Jika inipun gagal dibuat oleh kerajaan PAS, bagaimana PAS nak laksanakan Hukum Hudud ni,

Apakah untuk mewujudkan sebuah bandar yang bersih memerlukan kelulusan dari Kerajaan pusat? Minta Kerajaan PAS BUANG slogan BANDARAYA ISLAM atau buang  EXCO yang bertanggungjawab dalam menjaga hal ehwal bandar. Jangan memalukan umat ISLAM seluruh dunia dengan slogan tersebut. 

Ciri-ciri Bandaraya Islam masih jauh lagi. Siapa yang mengiktiraf KOTA BHARU sebagai Bandaraya ISLAM. Adakah butir matanya pecoh? Terus terang dan GK berpendirian tegas. Ini soal AGAMA. Tak kira siapapun ia jangan guna Agama Allah dan meletakkan ia tidak kena pada tempatnya demi kepentingan sendiri.

 Apa yang telah PAS bangunkan di Negeri Kelantan? Masjid ,Sekolah, Jalanraya, Balai Polis, Balai Bomba, Hospital, Klinik, Jalanraya, Jambatan, dsb adalah Kerajaan Pusat yang bangunkan dan ianya selari dengan tanggungjawab Kerajaan Pusat. 

Jika semua itu dibangunkan oleh Kerajaan Pusat, Maka pemerintahan PAS selama 20 tahun adalah sangat-sangat gagal dan hanya berjaya dengan tohmahan dan pembohongan.
Siapa yang akan menentang PAS jika pimpinannya ingin menjadikan Kelantan amnya dan Kota Bharu khasnya sebuah Bandaraya Bersih berkonsepkan Islamik yang bertaraf antarabangsa. Apa yang menyekat PAS dari menjadikan Kota Bharu sebuah Bandaraya yang benar-benar bersih, kerana ianya juga adalah perkara yang dituntut didalam Islam. Atau pada kacamata Pemimpin PAS Kota Bharu sudah benar bersih?

GK rasa kalau benar perjuangan PAS ni nak pada Islam dah lama dah pemimpin PAS ni buat. Tapi disebabkan Umno-BN tiada niat dan tidak pernah menghalangnya dari melaksanakan Tuntutan Islam ini maka ianya tidak dipedulikan kerana tiada keuntungan kepada Politik sempit mereka.

 Kerajaan Islam jangan hanya berbangga dengan pencapaian yang tidak mendatangkan untung kepada rakyat. Atau dengan kata lain pencapaian yang tidak boleh memberi manfaat kepada RAKYAT.
Papan iklan bertulisan jawi tidak cukup untuk menjadikan Kota Bharu sebuah Bandaraya Islam. Jangan syok sendirilah wahai exco yang berkerajaan Islam. Tesco, Mc' Donalds, menggunakan signboard tulisan JAWI.

Dari satu sudut ianya baik, Dari satu sudut yang lain apakah manfaatnya kepada rakyat? Apa boleh pergi makan ayam free di MC' D? Atau boleh ambil free, barang dekat TESCO? Syarikat Telekomunikasi, Syampu dsb juga menggunakan signboard tulisan JAWI. Apa dengan itu boleh menjadikan Kota Bharu adalah bandaraya Islam?

 Kalau model iklan Syarikat Syampu pakai tudung, itu tidak menjadikan Rakyat tidak berkelemumur.
Tapi kalau Pemimpin(Yang setiap hari berbusuk mulut memperjuangkan Islam) menjadi MODEL yang BERIMAN ia pasti akan menjadikan rakyatnya juga akan beriman.

Kalau ketam berjalan cara ketam. Tak mungkin ketam boleh ajar anaknya berjalan macam bangau. Kalau pemimpin suka memaki hamun, berburuk sangka, suka mengkafirkan, memurtadkan, beralasan, menggunakan ISLAM sebagai modal untuk cari makan yang tidak kena pada tempatnya, Tak mungkin Pemimpin boleh memimpin rakyatnya supaya tidak menjadi dari yang sedemikian.

Exco yang bernama TAK1 ini seorang yang dikategorikan 'agah' dan mempunyai banyak masalah yang berkaitan moral dan petikannya begini :
"Semasa berada di meja bersama kami TAK1 dihujani oleh soalan soalan panas dari ahli ahli UT seperti Mustafa Ahmad, Topeng Perak Unmask 11 ,Basheer Zain ,Yie Bulan Penuh , Ayie Prop, DK Bro ,MekongMazlan Galok ,Saleh Daud dan lain lain lagi .Diantara isu isu yang dibangkitkan oleh pihak kami adalah isu kebersihan dan pengurusan sampah oleh MPKB ,Isu Disco di Kota Bharu ,Isu BMW TAK1, isu KFC serta isu AGAH yang dilabelkan keatas TAK1 Ceritanya dari blogger PAS sendiri KLIK SINI

Percayalah bahawa tidak susah pun nak jadikan sebuah bandar itu bersih sekiranya Pemimpin ikhlas dan pandai mentadbir mengikut kehendak Islam. GK fikir sebahagian dari caranya ialah:

(Utama.) Buang Exco 'agah' Ganti dengan Cikgu Rahim

1.) Memulakan kempen kebersihan di sekolah. Mendedahkan kepada pelajar tentang pentingnya kebersihan dan bagaimana cara untuk menjaga kebersihan.

2.) Melancarkan kempen mengenai tanggungjawab umat Islam mengenai Kebersihan. Hukumkan orang yang tidak menjaga kebersihan sepertimana menghukumkan orang yang menolak Islam. Kerana Kebersihan separuh daripada Iman.

3.) Mengeluarkan perintah/memo TEGAS kepada semua peniaga yang berkaitan Awam supaya menjaga Tandas Awam mereka dan surau supaya ianya senantiasa bersih pada tahap TERBAIK.

4.) Jadikan surau atau tandas awam Kerajaan Negeri sebagai model contoh untuk dilihat dan diikut oleh mereka yang terlibat.

5.) Sistem rangkaian Sms seperti DAPAT/Rakan Cop diwujudkan bagi menerima laporan awam akan masalah kebersihan yang diadukan serta tindakan dari kerajaan dalam masa 30 minit.Disini akan menunjukkan betapa seriusnya kerajaan dalam menanganinya.

6.) Kenali kawasan hitam yang sering menjadi tempat pembuangan sampah di luar tong sampah,Intip,tahan dan dakwa orang yang berkaitan serta masyarakat harus mencela perbuatan tersebut dengan sekeji-kejinya setelah kesedaran mengenai kebersihan difahamkan keseluruh pelusuk kawasan.

7.) Meletakkan syarat khas yang utama pada lesen perniagaan tentang kebersihan sepertimana syarat penggunaan tulisan Jawi pada papan iklan/sign board di premis perniagaan.

8.) Mengadakan gotong royong pada hujung minggu bagi membersihkan tempat awam seperti taman,kubur dan sebagainya.

9.) Mengenakan denda kepada pemilik tanah terbiar dikawasan bandar dan mengupah pekerja untuk membersihkannya.

10.) Pihak Berkuasa Tempatan perlu Mewujudkan/bekerjasama dengan Persatuan Sukarela Alam Sekitar yang sediada bagi membersih dan memantau sungai-sungai,Tali air ,Paya dan seumpamanya supaya ia terus dilindungi dari pencemaran.

11.) Sentiasa meningkatkan kesedaran dikalangan masyarakat dan memberi info terkini akan keadaan kawasan,memuji serta menegur jika tahap kebersihan belum memuaskan.

12.) Vandalisme diletakkan sebagai Pengkhianat Agama,bangsa dan negara.memberi kesedaran Dimana tempatnya golongan pengkhianat ini di akhirat nanti.Kerana melakukan kerosakan harta awam yang boleh menyebabkan keberlakuan kesusahan,tragedi,kerugian dan sebagainya.Tangkap,Denda dan jika perlu gubal undang-undang untuk sebat pesalah ini dengan kekuatan sebatan mengikut tahap umur otaknya.

13.) Wakil dari PBT mesti turun padang meninjau dan berbincang dengan penduduk bagi perkara yang memberi halangan kepada kebersihan seperti tiada tong sampah atau kekerapan lori sampah mengangkut.

14.) Pastikan kenderaan/lori yang mengangkut sampah diselenggara dengan baik.Perkara yang ambo pelik mengenai lori sampah adalah air sampah dari lori yang bercucuran diatas jalan serta mengeluarkan bau yang sangat harum lagi jijik.Tok Guru pun tak pandai pilih EXCO ke? Buat solat Istikharah dulu Tok Guru nak pilih Exco tu.Lantik Exco yang matanya tidak buta dan hidung,telinga serta mulutnya berfungsi dengan sempurna..

15.) Berdoa kepada Allah dan mengharapkan hanya kepada Allah.

WAJARKAH NIK AZIZ MELAYANI RAKYAT YANG DITIMPA BENCANA SEPERTI INI

Kewajarannya terletak kepada pemikiran anda mengenainya. kalau GK, ajak je orang ni naik kereta sekali pergi solat jumaat bersama, atau......:) Sambungan dari artikel sebelumnya Politik Mesti Bijak, dan seperti yang dijanjikan klip video ekslusif mengenai kehidupan diantara pemimpin paling zuhud serta rakyat yang ditimpa bencana ada ada dibawah.

Apa yang anda bayangkan tentang keperibadian Nik Aziz ? adakah sama seperti yang GK bayangkan sebelum ini. Saksikan sendiri dan buatlah penilaian mengenai apa yang telah anda bayangkan. Dalam pada itu GK cuba ingin menjadi seorang manusia yang bersopan dalam bicara tanpa kata-kata kesat seperti sebelum ini..peeeewit.

Sebenarnya tanpa kata-kata kesat ia mungkin sukar untuk difahami, atas sebab itu jugalah ramai dikalangan pemimpin Pas serasi dengan penggunaan bahasa yang sedemikian. Apapun anda jualah yang mengerti akannya.

Politik mesti bijak, ini kerana apabila taksub yang melampau kita terlupa bilamana kita ditimpa susah, apakah pemimpin yang kita sanjung itu dapat membantu kita seperti yang diharapkan. Sejauhmana keikhlasan kita membantu untuk memenangkan mereka dan sejauh mana pula mereka cuba membantu menyelesaikan masalah kita sebagai rakyat.

Jika GK kata buang dulu sekejap cerita mengenai Islam, ianya mungkin kasar, tetapi apa yang cuba dimaksudkan adalah, "Islam pun Islam juga, tapi kalau susah ada yang terpaksa tidur dengan kambing,tidur dengan kambinglah". Jadi dimana keadilan didalam Islam, janganlah Islam dipakai hanya pemanis kekuasaan untuk kekal memerintah.

Islam pun Islam juga, tapi kalau kita lapar adakah pemimpin yang dikatakan perjuangkan Islam itu akan datang membantu kita sepertimana Khalifah Umar Abdul Aziz ? dalam satu riwayat, Umar Abdul Aziz pada suatu hari lewat ke masjid untuk solat jumaat, ianya kerana menunggu baju yang cuma sehelai sahaja yang ada untuk kering. Itulah tahap zuhud Umar Abdul Aziz.

Tapi jika dibandingkan dengan mana-mana pemimpin yang ada pada hari ini jauh ibarat langit dan bumi, biarpun begitu dapat difahamkan pada kita untuk mendapat kesempurnaan itu adalah satu perkara yang payah, dan tidak bermakna pemimpin pada hari ini boleh menggula-gulakan rakyat dengan Islam tanpa penghayatan yang sebenar didalam Islam.

Lantaran dari itu kita sebagai rakyat yang mempunyai kuasa mengundi atau memilih pemimpin hendaklah bijaksana mengenai situasi ini. Jangan kita bertahan dengan suatu janji yang belum pasti sehingga membakar diri sendiri. Jangan pemimpin berlauk ayam kita pula ikan kering setiap hari.

Menyelusuri hakikat sebenar adalah masalah air di Kelantan, isu ini sudah berpuluh tahun tanpa penyelesaian, setiap hari kita akan melalui kepayahan ini, GK sangat serik dengan keadaan ini. Jika Pas terus berkuasa di Kelantan apakah mereka boleh memastikan isu ini dapat diselesaikan. Apakah jaminan Pas dalam mengatasi masalah air ini.

Jika merasakan ianya perkara kecil dan remeh atau di ada-adakan, GK cabar mana-mana pemimpin Pas untuk tinggalkan komen atau hubungi GK menerusi email supaya dapat datang untuk merasai kepayahan yang bersifat realiti ini. GK percaya, air dirumah pemimpin Pas tidak seperti dengan air dirumah rakyat seperti GK.

Parti yang memperjuangkan Islam tidak patut untuk dibandingkan dengan parti sekular, Jika ikhlas memperjuangkan Islam dan ingat kepada mati serta akhirat hiduplah seperti rakyat, kalau dalam pemerintahan sesebuah negeri itu masih ada rakyat yang tidak dapat makan atau hidup dengan sempurna, jangan ada diantara pemimpin yang memperjuangkan Islam hidup lebih baik dari itu.

Apa saja yang ada, kereta besar, rumah besar, harta banyak dan kaya raya sedekahkan saja untuk jalan Allah dengan membantu rakyat bukan membantu pergerakkan parti. Ada jawatan dalam sesebuah kerajaan guna jawatan tersebut untuk bantu rakyat bukan bantu kroni. Jika benar perjuangkan Islam ikutlah sunnah atau ajaran Islam yang sebenarnya.

Jika itu yang berlaku, barulah Pas boleh untuk mengeluarkan fatwa haram menyokong UMNO BN, jika tidak usahlah membohongi rakyat lagi, ia tidak ubah seperti 2 kali 5 dan lima kali 2, kecil cara kecil dan besar cara besar, tiada bezanya, Islam hanyalah dijadikan topeng semata-mata untuk mengaburi manusia yang masih buta. Jika anda celik Anda Mampu Mengubahnya....

'POLITIK MESTI BIJAK' KHAS BUAT RAKYAT KELANTAN - PART 1

Dalam suasana politik dewasa ini seharusnya rakyat juga mempunyai strategi dalam memilih sesuatu parti bagi membenarkan ianya berkuasa. Jika parti sahaja yang mempunyai strategi dan rakyat sebaliknya ini bermakna rakyat disuatu kawasan itu belum matang lagi dalam berpolitik.

Secara ringkasnya ingin GK sentuh mengenai politik taksub, kerana taksub bersoraklah kita, bertegang uratlah kita, 'bertetak takil lah' kita dan bermusuhanlah kita. Hasil dari itu apa untungnya kita didunia dan juga diakhirat, sedangkan didalam satu hadis ada menyebut " Tidak akan masuk syurga seseorang kamu itu selagimana ia tidak mengasihi saudaranya sebagaimana ia mengasihi dirinya sendiri ".

Banyak lagi hadis yang menyebut mengenai persaudaraan itu, walaubagaimanapun selepas pilihanraya kita tetap ditakuk yang lama tanpa sebarang perubahan dan keuntungan didunia mahupun akhirat. Kita sebenarnya seringkali dibayangi dengan mitos dan momokan segelintir pemimpin yang rakus ingin berkuasa.

Sedangkan parti yang kita sokong secara taksub itu tidak memberi apa-apa manfaat kepada kita, dan keadaan itu boleh diibaratkan sebagai menang sorak kampung tergadai. Nikmat yang sepatutnya boleh dikecapi oleh anak cucu kita hanyalah sekadar manifesto pilihanraya semata-mata. Apakah kita suka dijadikan barang mainan pilihanraya ?

Mengimbas kembali satu keputusan pilihanraya di kawasan bandar yaitu Parlimen Kota Bharu pada tahun 2004, dimana ketiga-tiga DUN dimenangi oleh PAS manakala Parlimen pula dimenangi oleh Barisan Nasional. Melalui keputusan tersebut dapat kita rungkaikan selain faktor calon, pemikiran dan mentaliti rakyat disuatu kawasan juga mempengaruhi keputusan dan tindakan pada situasi yang ada.


Sekurang-kurangnya politik seperti itulah yang sepatutnya ada pada kita orang Kelantan, masakan bijak berniaga tapi masih berpolitik jumud. Janganlah kita malukan generasi kita dengan satu label jumud yang keputusannya tidak memberi kebaikkan kepada kita semua.

Sesekali GK pernah terfikir mengenai sebuah perjuangan, mungkin anda juga pernah memikirkannya, Perjuangan yang ikhlas, lebih-lebih lagi perjuangan 'totok' atau taksub, seimbasan kita renung sejenak untuk apa perjuangan yang hendak dijuangkan?

Untuk Agama ! Bangsa ! Negara ! Rakyat ! Diri Sendiri ! Kroni atau untuk apa, seterusnya siapa yang anda wakilkan untuk perjuangkannya ? Jika niat pastilah ramai yang mengatakan kerana Allah Taala. Sejauh mana kita jujur dengan diri kita sendiri ? Setahap mana kemampuan pemimpin yang kita pilih itu untuk memperjuangkan matlamat kita.

Secara ikhlas dan jujur. Apa sahaja yang kita buat pastilah kita ingin ganjarannya, samada ganjaran bekalan dunia maupun bekalan akhirat, jika tidak kita adalah manusia yang paling hipokrit tercipta dimuka bumi ini.

Daripada itu semua, kesimpulannya adalah mengenai perjuangan kita, pastikan perjuangan kita adalah dijalan yang lurus dan benar sekiranya ikhlas kerana Allah, dan tidak sesekali perjuangan untuk memboroikan perut pemimpin diatas kekempisan perut rakyat, kerana itu azabnya tidak akan terlepas. Jadikan win-win situation diantara rakyat dan pemimpin. Janganlah kita menjadi insan yang rugi pada keduanya dunia dan akhirat.

Kelicikkan pemimpin bersandiwara sudah menjadi lumrah dan asam garam dalam kehidupan hari ini, tapi itu tidak bermakna kita sebagai rakyat tidak dapat mengenalinya dengan pembongkaran-pembongkaran yang telah dibuat oleh individu-individu yang bertanggungjawab mengenainya.

Bijaklah anak bangsaku Melayu, kelak kita jua yang rugi, lihatlah sekarang ini, setiap kerajaan dinegara kita telah mendahului dan memberi keutamaan kepada bangsa lain kerana dianggap sebagai undi penentu, dan bangsa lain juga memang layak menerimanya diatas kesepakatan mereka..Ini adalah realiti..lihat dan kajilah..Anda Mampu Mengubahnya. Bersambung dengan bukti menerusi klip video.........

TERKINI !!! NAJIB TIDAK PERNAH SISIHKAN BLOGGERS TAPI......

Lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini ke Kelantan bagaimanapun tidak sia-sia apabila satu kenyataan beliau yang boleh menjadi pendorong semangat dan pencetus untuk Jentera BN khasnya di Kelantan berkerja lebih keras lagi bagi merealisasikan impian seluruh rakyat Kelantan.

Penghargaan PERDANA MENTERI kepada bloggers tidak dilupakan, dan meminta agar kepimpinan BN negeri Kelantan supaya berjumpa dengan seberapa banyak kumpulan masyarakat seperti pertubuhan bukan kerajaan, nelayan, petani, guru, bloggers dan golongan profesional, bagi mengenal pasti masalah mereka dan cuba bantu menyelesaikannya,. Untuk berita selanjutnya Sila klik DISINI

'PASni UMNO' TERUS GEGARKAN SERAMBI MEKAH


Tanggal 22 Januari 2012 adalah satu tanggal bersejarah yang banyak mengubah persepsi masyarakat di Kelantan khasnya, dalam suasana politik jumud yang sekian lama diterapkan oleh parti  memerintah di negeri tersebut dilihat dapat dibuka oleh satu gerakan baru yang dikenali dengan PASni UMNO .

Penganjuran satu program 'Jupo Mato, Ramah Mesra bersama Facebooker dan Bloggers' yang mendapat sambutan diluar jangkaan  adalah satu isyarat jelas berlakunya anjakan paradigma dalam kalangan masyarakat di Kelantan.

Biarpun begitu, GK bukanlah ingin bertenggek diatas populariti PASni UMNO, agak janggal untuk GK menumpang nama menonjol muka diatas hasil usaha gigih mereka yang bersusah payah selama ini, biarlah sireh pulang ke ganggangnya. Apa yang GK dapat bantu adalah memberi semangat untuk mereka yang menggerakkan kumpulan ini supaya lebih agresif dan berketerampilan di persada politik tanahair negara.

Penubuhan kumpulan yang dianggap masih mentah ini tidak sia-sia dengan segala gerak kerja dan aktiviti yang telah dibuat bagi mendekati golongan sasaran supaya dapat mengembalikan Kelantan ke tempat asalnya.

Hasil usaha gigih ahli di dalam kumpulan Pasni UMNO yang menggunapakai pendekatan 'BN Pilihan Orang Muda' adalah sangat tepat dan bersesuaian dengan situasi yang ada di Kelantan sekarang ini.

Kesungguhan sebilangan anak muda untuk mengubah Kelantan, dengan mengorak langkah sendiri harus diberi pujian dan galakan dalam usaha murni mereka bagi merealisasikan impian setiap anak muda yang telah mula berjinak dan menjiwai apa yang dimatlamatkan oleh kumpulan ini.

Lebih 20 tahun penguasaan Pas di Kelantan adalah satu tembok kebal yang sukar untuk dipecahkan, setiap pemikiran akan merasakan mustahil untuk mana-mana parti mengambil alih Kelantan, tapi selepas tanggal 22 Januari 2012 dimana berlangsungnya satu acara yang gilang-gemilang dan diwarnai oleh pelbagai individu termasuk alim ulamak yang mula sedar dengan retorik yang dibawa didalam perjuangan bekas parti Hasan Ali itu ianya memberi satu sinar baru untuk BN.


Pelajar pondok dan sebahagian besar ustaz-ustaz di Kelantan difahamkan akan berkerjasama dengan PASni UMNO dalam merungkai sesuatu hukum yang ditimbulkan supaya ianya tidak berlanjutan dan menjadi satu guide lines kepada Pemimpin Umno jika diberi peluang dalam menerajui kepimpinan negeri Kelantan pada PRU 13 nanti.

Syabas PASni UMNO dengan kerjasama yang menempatkan orang agama ditempat yang sepatutnya, Syukur Alhamdulillah perjuangan retorik Pas membuatkan lebih ramai ahli ulamak sedar yang selama ini mereka dipergunakan dalam usaha memporak-perandakan umat Islam hanya kerana ingin berkuasa.

Harapan semua pihak agar lebih banyak aktiviti dapat dianjurkan oleh PASni UMNO lebih-lebih lagi ianya berbentuk forum ilmiah, ini supaya semua rakyat Kelantan dapat bertukar pandangan diatas apa-apa pilihan mereka, dan tidak terikat dengan janji-janji kosong bersifat retorik semata-mata.

Ayuh! letaklah sesuatu itu biar kena pada tempatnya. Anda mampu mengubahnya.

HARGAI TOKONG HARGAI SEJARAH DI NEGERI SERAMBI MEKAH

Penemuan terbaru yang belum dapat dipastikan kesahihannya

Kelantan adalah sebuah Negeri dimana ianya kaya dengan warisan sejarah dan juga rumah-rumah ibadat Tokong yang besar dan tingginya melepasi aras ketinggian pokok kelapa dan juga menara masjid.

Kelantan juga mempunyai Tokong yang terbesar di Asia. Itulah yang patut dibanggakan oleh seluruh rakyat Kelantan sebuah Negeri Serambi Mekah. Tapi bagaimana pula dengan warisan peninggalan sejarah.

Walaubagaimanapun beberapa bulan yang lepas berlakunya pertikaian mengenai kemerdekaan negara kita, ianya berkait rapat dengan tempat peninggalan sejarah yang juga warisan kepada generasi dimasa hadapan.

Menurut salah seorang Prof Kang Kong yang mengeluarkan kenyataan bahawa negara kita tidak pernah dijajah adalah satu kenyataan yang tidak masuk akal kerana adanya warisan sejarah yang perlu dijaga ini.

Seandainya Tokong dihargai dan diberi peruntukkan atau dana mengapa tidak warisan sejarah ini. Sejarah adalah isu utama yang berkait dengan agama, tanpa sejarah agama tidak akan diketemui.
Jika hari ini sudah berlakunya pertikaian mengenai Tokoh dan Kemerdekaaan, bagaimana agaknya jika 30 tahun akan datang. Seharusnya warisan sejarah perlu dijaga dan dihargai akan kewujudannya supaya ia kekal sebagai saksi identiti sesebuah negara dan juga negeri.

Sayangilah warisan kita, hargailah sejarah, Anda Mampu Mengubahnya.

MASALAH AIR DI KELANTAN - RAKAMAN LIVE DARI BLOGGER

Diatas tanggungjawab sebagai seorang insan kepada insan, GK mengambil pendekatan ini sekadar memberi renungan buat masalah yang dihadapi oleh rakyat Kelantan.

Sungguhpun begitu tanpa pengalaman didalam bidang pengambaran diharap ianya dapat memberi mesej kepada pihak berwajib supaya menyelesaikan isu air ini dari membebani rakyat.

Biarlah bicara sopan itu dimengerti, jangan sampai kebiadapan pula yang dipertaruhkan, rasa kurang senang mereka samalah juga dengan rasa kurang senang dari apa yang dialami oleh sebahagian besar rakyat di negeri bertuah Kelantan Darul Naim.. Oleh itu Anda Mampu Mengubahnya.....

PR - PANCING & REHAT, JAMBATAN MAUT ATAU BERKEBAJIKAN DI PULAU MELAKA

Mengambil iktibar dari apa yang berlaku GK merasakan terpanggil untuk melontarkan pendapat mengenai sebuah jambatan usang yang terletak di Kampung Pulau Melaka Kota Bharu yang dijadikan sebagai tempat memancing oleh sebilangan dari masyarakat setempat.

Umumnya pada hari minggu jika melalui jalan ini pasti dapat dilihat apa yang dinyatakan ini sebahagian dari realiti apa yang berlaku.

Mencegah lebih baik dari mengubati diatas malang yang tidak berbau dengan mengambil langkah waspada  adalah difikirkan sebaiknya jambatan tersebut diubah dari menjadi sebuah perangkap maut kepada kebajikan untuk rakyat,  terutamanya kepada kaki pancing untuk mengisi masa lapang dengan hobi tersebut.

Secara ringkas Jambatan yang dimaksudkan  adalah jambatan lama dan  telah digantikan dengan jambatan baru yang  ianya tidak digunakan lagi untuk dilalui sebarang kenderaan. Fenomena alam, hujan dan panas satu lumrah kurniaan ilahi, bagi sebuah jambatan usang yang terdedah dengan cuaca demikian saban hari menyebabkan struktur lantainya hampir 80 peratus reput dan sangat berbahaya kepada mereka yang menjadikan jambatan ini sebagai lubuk pancing.

Acap kali ketika melalui jalan ini GK melihat beberapa orang kaki pancing sedang leka diatas jambatan tersebut tanpa memikirkan akibatnya.  Keseronokkan memancing adalah ketika mana umpan yang dicampakkan disentap, ketika itu keghairahan pemancing akan melupakan keadaan sekelilingnya.

Lebih membimbangkan adakalanya  ia terdiri dari kanak-kanak, mungkin ada yang terfikir apakah ibubapa kanak-kanak tersebut  membiarkan anak-anak mereka berada diatas jambatan itu, jawapannya pastilah tidak kerana mereka tidak mengetahuinya dan sangat mustahil juga untuk anak-anak mereka memberitahu ibubapa mereka terlebih dahulu.

Sangatlah mudah jawapan untuk kita tidak bertanggungjawab diatas perkara buruk sekiranya berlaku  yang berkait diatasnya. Sebelum fikir kita jauh tersasar sila tonton video dibawah  dan membuat penilaian mengenainya.

Bagaimana pendapat anda ? Begitulah juga dari apa yang hendak dibawa oleh GK berkaitan dengan jambatan tersebut.  Sekiranya menjadikan sesuatu itu satu perangkap yang boleh membahayakan  sudah pastilah akan ada yang  menjadi mangsa.

Secara kesimpulannya tanpa menunding jari kepada mana-mana pihak, dan  mengambil kira beberapa faktor  semasa  serta situasi yang boleh memberi  manfaat  kepada seluruh rakyat, Dimana papan lantai jambatan yang sudah reput itu hendaklah digantikan dengan papan  lantai yang baru supaya  sebuah jambatan yang berstatus perangkap maut  tadi dijadikan syurga untuk kaki pancing.

Melihat kepada  tiang jambatan tersebut adalah dibina dari bahan simen yang masih utuh dan mampu untuk menampung beban . Memenuhi  permintaan rakyat serta tanggungjawab pemerintah bagi menyediakan kemudahan asas dan tempat riadah dirasakan perlu untuk kerajaan mengambil langkah yang lebih efektif  dengan menjadikan tapak jambatan itu sebagai tempat Pancing dan Rehat atau ianya lebih sesuai juga dengan singkatan PR.

Lokasinya juga  sangat strategik kerana berhampiran dengan kediaman Tokoh Islam dan merupakan seorang Menteri Besar selain bergelar Ulamak yang sentiasa mendapat kunjungan  dari  dalam dan luar Negara. Peka dengan keselesaan untuk rakyat  yang boleh  menjadi contoh dan bukti kebajikan kepada rakyat.

Beberapa perkara yang  memperlihatkan ianya sangat berfaedah selain dari mengelak  berlakunya kejadian yang tidak diingini, diantaranya ialah dapat menangani masalah sosial remaja yang banyak menghabiskan masa seperti merempit ,berjudi, menagih dadah dan sebagainya. ia mampu untuk menarik minat remaja dengan aktiviti memancing seperti ini.

Disamping itu juga peranan kerajaan didalam pentadbiran yang  secara langsung terus kepada rakyat lebih berketerampilan berbanding dengan membina replika rehal di beberapa tempat yang ianya tidak memberi apa-apa keuntungan kepada rakyat malahan ianya lebih kepada pembaziran dan bukannya keperluan. 

Gambaran GK kepada replika rehal tidak mencerminkan ianya Islamik kecuali gimik kepada sebuah negeri jika naungan Islamnya bermotifkan politik.

Jika satu sahaja replika rehal  tidaklah keterlaluan untuk dijadikan icon atau simbol sebuah pemerintahan Islam. Bila lebih dari itu sukar untuk diterima sedangkan masih banyak lagi keperluan untuk rakyat belum  dilaksanakan.

Mengambil kira kos pembinaan replika rehal lebih baik kos tersebut digunakan untuk  menaiktaraf jambatan usang tadi sepertimana yang telah dicadangkan.

Comel dan berkilat kayu-kayu itu
Melihat kepada kemampuan pemilik rumah diatas yang juga Exco Kerajaan Islam Kelantan, dimana ianya membina jambatan rehat berhadapan rumahnya, difikirkan untuk kos naiktaraf jambatan terbabit juga dijangkakan tidaklah menelan belanja yang besar.

Berkeadaan pula dengan Negeri Kelantan yang kaya dengan hasil balak lebih memudahkan lagi proses tersebut, kerajaan seharusnya memanfaatkan peluang ini sebaik yang mungkin dan memberi penekanan terhadap perkara-perkara yang berkaitan dengan rakyat dalam memanfaatkannya.

Untuk mengetahui berapa kos kayu kayan balun balak itu bolehlah Menteri Besar Kelantan bertanya kepada salah seorang Exco Kerajaan Negeri yang berkait dengan kayu kayan tersebut yang juga adalah pemilik rumah diatas. Anda Mampu Mengubahnya.

MISTERI BANGUNAN BATU DIBELAKANG RUMAH NIK AZIZ TERBONGKAR !!!


Sampai bila Nik Aziz nak berlakon zuhud ni ? Yerlah GK bukan nak heran pun dengan rumah dia, sebab rumah Menteri Besar lain lagi besar.

Yang nak dibangkitkan disini adalah rumah seorang ULAMAK. Jika seseorang itu bergelar Ulamak, atau dipanggil sebagai Tuan Guru yang makannya zuhud sampai jilat pinggan adakah layak untuk duduk rumah diluar setinggan didalam kondo ini ?

Maknanya diantara rumah Menteri Besar di Malaysia ini rumah Nik Aziz yang paling sederhana. Tapi Diantara rumah ULAMAK di dunia ini rumah Nik Aziz lah yang paling besar. Kategori mana Nik Aziz yang sebenarnya.

Jika melihat gambar-gambar beliau yang menangis dan berkeadaan zuhud, sedikit terkejut bila melihat apa yang ada dibelakang rumah Nik Aziz. Kenapa tiada sekeping gambar pun di upload keadaan belakang rumah Nik Aziz ini.

Bukan GK nak menyibuk jaga rumah dia, tapi sekadar nak tahu apakah benar Nik Aziz ini seorang yang zuhud dan layak untuk digelar Tok Guru ataupun hanya sandiwara semata-mata.

GK rasa ianya satu perkara yang sangat payah untuk merakamkan keadaan dibelakang rumahnya. Melihat pandangan depan ada bangunan batu disebalik bangunan kayu.





Rasanya ramai benar yang nak lihat bagaimana keadaan belakang rumah Nik Aziz ini...hehe.

Mungkin untuk merakam gambar dibelakang rumah Nik Aziz ni boleh dibuat tender secara terbuka. Kalau senang dah lama gambar belakang rumahnya tersebar untuk membongkar misteri bangunan simen disebalik bangunan kayu tersebut. Ada Brannnnn !!!! Anda Mampu Mengubahnya...
Untuk video terbaru ikuti link dibawah.

http://gelombangkick.blogspot.com/2013/02/video-bongkar-bangunan-batu-belakang.html

ANWAR IBRAHIM LEBIH BERNILAI DARI 1.6 JUTA RAKYAT KELANTAN

"Hormatnya you sampai tunduk macamtu sekali"
Apakah Anwar seorang lebih berharga dari 1.6 juta rakyat Kelantan ? Isu royalti minyak kepada Kelantan seringkali dibangkitkan menjadi bahan politik untuk meraih simpati rakyat terhadap penindasan yang kononnya dilakukan oleh kerajaan pusat terhadap rakyat Kelantan.

Ramai golongan cerdik pandai terutamanya yang berasal dari Kelantan terperangkap dengan isu ini, perlu disedari ini hanyalah tuntutan kepada permainan politik semata-mata dan bukannya ikhlas untuk memperjuangkan nasib rakyat melalui tuntutan tersebut.


Bermacam pandangan karut marut telah diberikan dalam usaha menuntut royalti minyak daripada kerajaan persekutuan, dalam isu ini Pas akan mendapat manfaat dalam apa jua keputusan, Namun pernah GK cadangkan kepada Kerajaan Kelantan mengenai cara bagaimana untuk mendapatkan royalti tersebut sekiranya perjuangan Pas adalah ikhlas untuk rakyat.

Mirip cadangan tersebut hanya terpakai dalam Perhimpunan 901sehingga bebasnya Anwar Ibrahim dalam tuduhan liwat keatasnya. Jika Pas ikhlas, kenapa tidak diadakan satu perhimpunan secara besar-besaran bagi mendesak kerajaan pusat menyerahkan royalti kepada Kelantan.

Tapi kerajaan Barisan Nasional diperingkat pusat lebih matang dan teliti dalam sesuatu isu, pembebasan Anwar Ibrahim sudah menjejaskan undi simpati terhadap pembangkang, lebih bergaya sekiranya Kerajaan Pusat bagi royalti kepada Kelantan (Bukan kepada Kerajaan Kelantan) dibawah penyeliaan satu jawatankuasa baru untuk memastikan wang tersebut digunakan dengan cara yang betul. Tindakan tersebut pasti akan mengjahanamkan Pas dan Pakatan Rakyat.


Dulu GK cadangkan pada setiap hari sabtu seluruh rakyat Kelantan memakai baju khas dalam membuat tuntutan royalti, baju tersebut diberi percuma kepada seluruh rakyat atau dijual dengan harga modal sahaja. Dengan menunjukkan kesepakatan rakyat dalam menuntut hak mereka, maka pada hari minggu seluruh rakyat akan memakai baju tersebut .

Bila tuntutan ini dibawa ke mahkamah, seluruh rakyat Kelantan dan penyokong Pakatan Rakyat akan berhimpun sepertimana Perhimpunan 901. Jika kerana seorang individu yang bernama Anwar Ibrahim boleh diadakan Perhimpunan, inikan pula perhimpunan untuk kepentingan 1.6 juta rakyat Kelantan. Kenapa ia tidak diadakan. Inilah yang menunjukkan TUNTUTAN ROYALTI tersebut bukan untuk RAKYAT tapi untuk kepentingan politik PAS semata-mata.

Jika Mahkamah boleh berlaku adil kepada Anwar Ibrahim adakah Pas berasa sangsi untuk Mahkamah berlaku adil kepada seluruh rakyat Kelantan ? Jika yakin dan percaya royalti itu hak kita dan yakin juga Mahkamah berlaku adil, masakan lagi mahu bercakap mengenai royalti sebelum keputusan mahkamah.

Janganlah jadi manusia yang hipokrit, bila sesuatu kes itu berpihak kepada kita, dikatakan mahkamah itu adil, bila tidak berpihak dikatakan zalim. Apa guna ada mahkamah kalau macam tu. Ayuh ini bukan zaman batu. Janganlah kebudak-budakan lagi. Anda mampu mengubahnya..

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...