Video Bongkar Bangunan Batu Belakang Rumah Nik Aziz Banglo Terselindung Di Balik Kayu

Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sememangnya terkenal dengan kezuhudannya, biarpun zuhud itu hanya bertopeng, namun masih ramai yang percaya bahawa beliau seorang yang benar-benar zuhud.

Pada Januari tahun lalu Gk pernah mendedahkan mengenai misteri bangunan batu dibelakang rumah Nik Aziz, namun terdapat ramai pentaksub yang menafikan akan wujudnya bangunan batu tersebut, tidak kurang juga yang mendakwa bangunan itu adalah asrama pelajar tahfiz serta pelbagai lagi penafian yang diada-adakan demi membela Tok Guru mereka.

Demi menyatakan kebenaran, misi khas membongkar penipuan Nik Aziz yang berlagak zuhud dengan mendakwa hanya tinggal dirumah papan itu dilancarkan bersama rakan-rakan, pada mulanya cakap-cakap mengenai pentaksub sanggup mati kerana Nik Aziz agak menggetarkan kami jika kami kantoi semasa membuat tinjauan, begitu juga dengan jin peliharaan Nik Aziz yang sentiasa mengawasi kediamannya.

Setelah kami berbincang, apapun berlaku kami nekad untuk meneruskan niat suci ini, bersemangatkan mencari kebenaran, dan yakin Allah bersama orang-orang yang benar, perasaan takut dan gugup hilang secara tiba-tiba, lantas kami terus ke lokasi dan mencuba beberapa lorong bagi mengenal pasti kedudukan  bahagian belakang rumah Nik Aziz. Alamak seriuslah pulak misi ni ya. Hahaha, janji puas...

Bukan apa, tak salah jika Nik Aziz atas kapasiti beliau seorang Menteri Besar untuk beliau tinggal dibanglo mewah sekalipun, cuma yang duk jaja cerita kata Nik Aziz ni tinggal rumah papan tu apa ke hellnya. Apa ke jadahnya nak menipu zuhud dan berlagak alim ? Nik Aziz suka sangat dirakamkan lakonan zuhudnya ditepi rumah buruk milik rakyat yang juga jirannya, tergamak sungguh si lebai kelarah ini. Kenapa perlu berlakon dan menunjukkan kepada rakyat bahawa beliau seorang yang zuhud, tidak takutkah Nik Aziz akan balasan Allah Taala ?

Bagaimanapun rakaman video dibawah hanyalah intro rakaman suara ketika bertanyakan budak-budak yang tinggal berhampiran dengan rumah  Nik Aziz, gambaran sebenar belakang rumahnya akan di upload pada masa yang sesuai nanti, buat pentaksub, terimalah kebenaran seadanya sekalipun ia pahit, tiada gunanya memaki hamun demi kerana si tua lebai kelarah itu, kerana tidak ada yang istimewa selain dari lakonan alim untuk memperdaya umat Islam agar menyokong Pas.

Cerita yang menggambarkan kononnya Nik Aziz ni zuhud, keramat dan alim adalah rekayasa orang-orang kanan Nik Aziz semata-mata, hakikat sebenar Nik Aziz hanyalah seorang pelakon yang mempergunakan agama untuk kepentingan politik.
Kesimpulannya, seluruh kehidupan Nik Aziz dihabiskan dipentas lakonan zuhud, sepanjang masa jurugambar medianya mengaturkan pentas lakonan sebagaimana gambar diatas, kononnya Nik Aziz sedang membersihkan sekitar halaman rumahnya, sedangkan rumah kayu yang nampak itu bukan rumahnya, rumah beliau yang sebenar berada dibelakang rumah kayu itu, untuk lebih jelas perhatikan dimana kubah masjid, dan rumah Nik Aziz bersambung dengan masjid, namun kenapa gambar Nik Aziz diambil berlatarbelakangkan rumah jirannya dan diomong sebagai Nik Aziz sedang membersihkan halaman rumahnya sendiri.

Diulangi sekali lagi bahawa tidak salah untuk Nik Aziz tinggal dirumah banglo, tetapi kenapa perlu MENIPU mengatakan tinggal dirumah kayu ? Kalau nak zuhud, zuhudlah betul-betul, sampai bila nak menipu ni ? Semakin lama semakin akan terbongkar siapa sebenarnya Nik Aziz. Anda Mampu Mengubahnya.

15 comments:

  1. Kih kih kih--Ambo tok leh nak cakap apo,,,memang itulah cheghito nyo..ha ha ha--hop bodo jah dok kena tipu,,kih kih

    ReplyDelete
  2. SEbenarnya Tuan (sayo ni orghe kelate, dan pernoh gi rumah NA untuk urusan keje), rumah asal NA memang daripada kayu.

    Jika Tuan masuk dan park kereta di depan sekolah Darul Anuar (dulu sekolah tu kepunyaan keluarga NA.. kira macam tempat budak-budak ngaji pondok la.. sbb tu NA dapat title tok guru, now sekolah dan tapak sekolah tu dah diserah kpd YIK),
    di sebelah kiri Tuan akan nampak porch dan rumah kayu. Itulah rumah NA (maksud saya bahagian ruang untuk terima tetamu). Bila NA jd menteri besar, dia renovate bahagian rumah yg selebihnya dibelakang (buat rumah batu laa). Bahagian rumah yg mewah tu memang tak nampak walaupun dari ruang sambut tetamu (yg rumah kayu tu).

    Di belakang rumah NA, juga ada banglo Nik Razi (2 tingkat). Masa saya pergi tu dah lama, rasa2nya tahun 97 atau 98, dah lupa, masa tu banglo Nik Razi baru 90% siap. Saya pergi melawat isterinya yg baru lepas bersalin.

    Orang yg 'sangka' NA dan keluarganya tak hidup mewah adalah orang2 dari luar Pulau Melaka. Kalau tanya orang Pulau Melaka, mereka boleh cerita la.
    Keluarga NA amat bangga dengan keturunan mereka dari keturunan Raja Jembal (sbb tu mereka ada title NIK). Cuba Tuan tya orang2 tua kat situ, keturunan Raja Jembal ni bagaimana jenis orangnya.

    Benar kata Tuan, tak salah nak hidup mewah. Allah dah bagi rezeki, terima ajelah kan.

    wallahu'allam.

    ReplyDelete
  3. Setuju benor ler .. kita tidak lah iri hati kepada apa yang dimilik Pok nik ... rezeki ALLAH ... tapi orang PAS jangan jual lah modal soal zuhud ini dengan memberikan gambaran yang salah... manusia tetap sama memerlukan kemudahan untuk memberi sikit kesenangan ... contoh nak rasa makan sedap gi makan kat hotel .... nak jalan selesa sikit sebagai MB ...kena naik Mercedes.

    ReplyDelete
  4. Pakcu Pula Melaka2/12/2013 8:40 AM

    Sekitar rumah NA dulu banyak juga lot-lot tanah kepunyaan orang kampung dan ada juga rumah kediaman rakyat marhaen. Satelah 23 tahun duduk disitu bersama dengan anak menantu, kawasan keliling telah dibeli dan dimiliki oleh Datin (isteri NA), anak dan menantu NA. Maknanya hartanah sekeliling rumah yang ada sekarang telah bertukar tangan kepada NA dan keluarga.

    Hanya ada sebuah rumah kepunyaan Che Wan yang degil tak mahu dijual walaupun berkali-kali dipujuk dan ditawarkan harga yang tinggi oleh Datin untuk melengkapkan pemilikan harta disitu. Alasan Che Wan adalah rumah kecik dan tanah itu adalah pusaka kepada anak-anaknya, kalau dijual maka tidak adalah nostalgia turun temurun keluarganya disitu, dan anak cucu mungkin merempat ditempat lain.

    Tak tahulah samada Che Wan dapat bertahan dari menjual tanah tersebut, sebagaimana jiran-jirannya sebelum ini seorang demi seorang terpaksa memindahkan hakmilik harta-harta mereka kepada keluarga NA dengan jualan yang begitu rendah disebabkan tahap kemiskinan dan desakan hidup masing-masing. Lagipun berurus niaga harta dengan TG besar pahalanya.

    ReplyDelete
  5. Bukan pahala tapi bala utk anak cucu..

    ReplyDelete
  6. nampak sangat video antara jujur n xjujur....berguru dgn RTM @ TV3?

    ReplyDelete
  7. hurm.... rumah kayu... rumah batu 2 tingkat.... masih nampak biaser sahaja.... adatlah rumah kayu bercampur rumah batu.... macam rumah nenek saya di kelantan... yang batu cantik sikit dan kemas sikit.... ape masalahnye yer?... rasanya rumah pak menteri lain lagi hebat2.. ade yg macam istana.... bilik berlebih2... harga berjuta2....

    berkenaan dengan datin nak beli tanah dikawasan itu... masalahnye ape yer?.. dia beli, bukan curi kan? kg. nenek saya juga sume anak beranak sahaja... org luar tak dibenarkan memiliki tanah kawasan tu.... kalo nak jual pun kepada ank beranak sahaja... tempat camni bagus.. kita tau rumah siapa, anak siapa.... senang nak kawal dari anasir luar...

    ReplyDelete
  8. Salam...bwk2lah bertaubat drpd asyik nak carik salah n hina dan kutuk org ni...kalau pun nak carik kebenaran..tp jgn sampai guna ayat @perktaan yg boleh menyakiti hati dan perasaan org...yg awk kutuk da hina tu alim ulama plak...mmg dasar umat akhir zman lah

    ReplyDelete
  9. rumah besar ape nyer? rumah biasa biasa jer rumah kalau nak dibandingkan dengan rumah2 oranng2 leader umnos dengna pagar tinggi dengan kereta mewah bersepah2.

    ReplyDelete
  10. setakat video gambar baik xpayah buat video..letak je gambar2 yg kamu cilok drpd internet tu sebagai gambar..imgatkan pendedahan ape la td..cuba lagi lain kali ye..

    ReplyDelete
  11. Langsung takde ciri-ciri intelektual dalam menyampaikan maklumat kepada orang ramai.. hanya propa, misinformation dan kutuk mengutuk yang menunjukkan kebodohan diri sendiri.. rumah biasa je, rumah mak bapak saya pun lebih kurang sama kot. tapi bapak saya bukan menteri. orang biasa2 saje.. rumah menteri lain yang tersergam bak istana tak nak di videokan ke untuk tontonan umum??

    ReplyDelete
  12. agak bodoh yg post video...ni bukan masalah taksub tp pergi la tanya ke rumah yg dianggap rumah MB tu betul ke rumah nik aziz?? setakat video tahi macam ni maklumat tak boleh pakai...

    ReplyDelete
  13. Hahaha....memang dasar tak pakai otak,beginilah kpd yang post video nie cuba bandingkan rumah Najib dan rumah TNA.Kita tgk siapa yg hidup mewah sampai tak ingat alam akhirat.

    ReplyDelete
  14. dah memang kerja org umno...kalau keje org PR pulak, dia cari kesalahan org umno...tp tk perlu nk sumpah seranah...

    ReplyDelete
  15. Kedua2 pihak bodoh...rakyat cam kita ni dok backup pemimpin masing2...bergaduh sesama sendiri...diorang gak yg hidup senang......

    ReplyDelete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...