Senarai 31 Blogger Yang Menyampah Dengan @Ibdil Pengerusi BMB Yang Membawa Kepada Misteri Kehilangan 'Cocodilly' @Khairykj @NajibRazak @ahmadmaslan

Keegoan Pengerusi Biro Media Baru (BMB) Ibdillah Ishak terserlah dengan keengganan beliau memohon maaf serta menarik balik kenyataan beliau, "Kita rasa satu kesilapan kerana membayar blogger, kalau tak dibayar mereka akan hentam kita pula. Sekarang BMB akan cari sukarelawan yang sanggup berkhidmat pada parti secara sukarelawan tetapi mereka tiada platform".

Kekesalan beliau terhadap sikap semua blogger pro UmnoBN itu juga memaksa beliau untuk mencari sukarelawan yang sanggup menjilat apa saja secara percuma, rentetan kenyataan itu beberapa orang blogger bangkit mempertahankan maruah dengan meminta penjelasan terhadap kenyataan yang dibuat oleh Ibdillah yang juga dikenali sebagai 'Raja Instagram', 

Bagaimanapun 'Raja Isntagram' dilaporkan terus berdegil sekaligus bergedil, hasil bedilan itu menyebabkan semakin ramai blogger berasa kurang senang dan bangkit dengan pelbagai 'lifestyle' berbeza yang tujuannya satu supaya 'Raja Instagram' memohon maaf dan menarik balik kenyataan biadap tersebut, setakat ini seramai 31 blogger berjaya dikenalpasti, selebihnya dijangkakan akan menyusul.

Menariknya, wartawan stesen Tv terkenal, Mazidul Akmal Sidek turut membuat kritikkan pedas selain mempertikaikan kredibiliti 'Raja Instagram' diatas perlantikkannya  sebagai pengerusi BMB. Rujuk pautan-pautan dibawah.
    1. http://mymassa.blogspot.com/2013/12/tanyaibdil-ibdil-adakah-lifestyle-anda.html?m=1
    2. http://aku-tak-peduli.blogspot.com/2013/11/instagaram-addictbiar-betul-kharykj.html?m=1
    3. http://medantempurkedah.blogspot.com/2013/12/tanyaibdil-kenyataan-ibdil-diputar.html?m=1
    4. http://dinturtle.blogspot.com/2013/12/siapa-mamat-paling-glamer-pau-2013-ni.html?m=1
    5. http://gelombangkick.blogspot.com/2013/12/najibrazak-dengar-khairykj-jawab-betul.html?m=1
    6. http://theflyingkick.blogspot.com/2013/12/ibdillah-ishak-rupa-rupanya-ketua.html?showComment=1386150451893&m=1
    7. http://taipingmali.blogspot.com/2013/12/bmb-ibdillah-vs-bloggers.html?m=1
    8. http://daengselili.blogspot.com/2013/12/khairykj-tunfaisal-najibrazak-ini-bukan.html?m=1
    9. http://kulaanniring.blogspot.com/2013/12/kenyataan-pengerusi-bmb-bakal-bikin.html?m=1
    10. http://riziqin.blogspot.com/2013/12/link-blog-blog-yang-menangkis-kepoyoan.html
    11. http://www.penembak-tepat.com/2013/12/repost-mymassa-tanyaibdil-ibdil.html
    12. http://jkkk-kotasarangsemut.blogspot.com/2013/12/malas-nak-buka-akaun-instgram-tapi-nak.html
    13. http://headbomb.blogspot.com/2013/12/hah-lifestyle-lah-sangat-sepatah-haram.html
    14. http://zmsegamat.blogspot.com/2013/12/ibdillillah-ishak-pengerusi-biro-media.html
    15. http://www.1peluru.com/2013/12/lifestyle-cara-cara-memasak-nasi-ayam.html
    16. http://bela-13.blogspot.com/2013/12/11-dalilmengapa-ibdil-lebih-popular.html
    17. http://sangkakalajari9.blogspot.com/2013/12/pengerusi-bmb-ppum-jangan-pandang.html
    18. http://aktivispendangjr.blogspot.com/2013/12/pertama-kali-aku-terluka-dengan.html?utm_source=twitterfeed&utm_medium=twitter
    19. http://penadaritanahmelayu.blogspot.com/2013/12/kurangkan-politik-tentera-maya-hingga.html?utm_source=twitterfeed&utm_medium=twitter
    20. http://jendelamy.blogspot.com/2013/12/tanyaibdil-apa-maksud-kenyataan.html
    21. http://truthvaccine.blogspot.com/2013/12/pau2013-pra-sekolah-intensif-media.html?utm_source=twitterfeed&utm_medium=twitter
    22. http://tenteramaya.blogspot.com/2013/12/pau2013-tanyaibdil-pengerusi-bmb-ibdil.html
    23. http://harapan-esok.blogspot.com/2013/12/tips-memilih-topi-untuk-lelaki-sejati.html\
    24. http://theunspinners.blogspot.com/2013/12/idli-masih-novice-diam-dengar-belajar.html
    25. http://semuthitam80.blogspot.com/2013/12/pengerusi-biro-media-baru-di-geng-bang.html
    26. http://waklongman.blogspot.com/2013/12/kemas-kini-terakhir-entri-blog-milik.html
    27. http://matkilaupenang.blogspot.com/2013/12/video-permohonan-maaf-ibdil-pengerusi.html
    28. http://justread-whatever.blogspot.com/2013/12/an-asshole-in-pemuda-umno.html
    29. http://bumiyang.blogspot.com/2013/12/panglima-perang-maya-umno-hadapi.html
    30. http://lamanizzs.blogspot.com/2013/12/video-ibdil-ajak-pengamal-media-pro.html
    31. http://www.mazidulakmal.com/2013/12/ibdillillah-ishak-pengerusi-biro-media.html?m=1
      Selepas kebangkitan 31 pejuang maya, blog ulung 'lifestyle' berprestij yaitu 'Cocodilly.blogspot.com' yang dipercayai milik 'Raja Instagram' disahkan telah ditutup kepada umum dan hanya menerima pelawat yang dijemput sahaja, penutupan blog beliau kepada umum itu mengingatkan kita kepada penutupan akaun Facebook milik 'Joemar' yaitu rakan pembunuh kejam Ambank apabila menyedari 'lifestyle' sedang diintip. Rupanya 'lifestyle' Raja Instagram ni pun stended Indon jerlah!
      Berbalik kepada isu BMB dan kredibiliti 'Raja Instagram' lantikkan KJ, dalam satu kenyataan yang dibuat oleh 'Raja Instagram' antara lainnya dipetik sebagai berkata "Pada Januari 2014 kita akan memulakan lembaran baru, dimana saya sendiri akan melantik ketiga belas semua negeri.... pengerusi BMB, dan dibawah pengerusi BMB tu akan ada pengerusi BMB diperingkat bahagian juga, dan kalau boleh kita turun ke akar umbi diperingkat cawangan"

      Perlukah untuk 'create' jawatan pengerusi berbagai tu? itu bukan perkara penting yang perlu diutamakan, Tak perlu terlalu rasmi sangat, lagipun budaya 'create' jawatan ni banyak keburukkannya dari kebaikkan.

      Pengamal media baru harus lebih bebas seperti sediaada, kebolehan dalam kepelbagaian yang berbeza itu mesti diteruskan tanpa terikat dengan mana-mana akta 'lifestyle' , ia penting supaya selari dengan kehendak masyarakat yang turut punyai citarasa yang berbeza yang tidak hanya tertakluk seperti citarasa Raja Instagram' semata-mata. 

      Sebagai seorang yang bertanggungjawab keatas BMB, 'Raja Instagram' wajib faham akan perkara ini, mana boleh kita nak suruh semua orang tu macam kita, semua perkara nak kena turut kepala otak berjambul 'Raja Instagram', itu tak patut, kebebasan bersuara dan berpandangan perlu dirai dan diterima oleh semua pihak dengan masing-masing tidak merendah-rendahkan antara satu sama lain, itulah juga sebenarnya semangat 'brotherhood' blogger bebas mesra BN, ni ada ke patut tetiba jer terencat akal terus sound,

      "Buat masa sekarang ini, pada mereka, there is no direction. Direction dia orang hari hari hendak membidas pembangkang. Takkan kerja kita itu hari hari membidas pembangkang. Dah takder kerja lain ke ?

      Untuk makluman 'Raja Instagram', kalau nak cakap pasal kebajikan, kena duduk dalam biro kebajikan, kalau dalam BMB nak utamakan pasal kebajikan itu dah diluar bidang, sedangkan banyak lagi perkara penting yang berkait dengan media baru langsung tidak disentuh.

      Seperti  kata bro Mazidul kepada 'Raja Instagram', "Untuk menjadi ketua berkredibiliti, kita usah terlalu banyak bercakap, buat dan buktikan", ermmm, pasti ada sebab kenapa bro Mazidul mengeluarkan kenyatan demikian, setelah diteliti, rupa-rupanya 'Raja Instagram' ni memang banyak cakap, tapi percakapannya itu semua tergantung dan tidak berkeputusan.

      Contohnya, selain tidak mengaku salah dan menyalahkan orang lain, 'Raja Instagram' juga konon-kononnya tunjuk jantan dengan mengajak pengamal media baru untuk bersemuka dan berdialog, namun perkataan yang digunakan untuk ajak jumpa pula ialah 'harap dapat jumpa', 'ingin jumpa', 'akan jumpa', dan 'bila jumpa nanti', kesemua perkataan itu tergantung dan tidak menunjukkan ia seorang ketua yang berkredibiliti, kenapa 'Raja Instagram' tak mampu untuk membuat penegasan dengan menetapkan tarikh perjumpaan ?

      Begitu juga dengan jemputan bro Mazidul yang mengajak 'Raja Instagram' turun padang membuat liputan mengenai permasalahan yang dihadapi rakyat, tapi respon 'Raja Instagram' tetap tergantung seperti tak mampu untuk buat keputusan sendiri.
      Dalam isu 'Raja Instagram', apa yang boleh diandaikan adalah 'Raja Instagram' hanyalah menjadi boneka pemimpin tertentu dalam usaha mengawal media baru supaya lebih liberal sekaligus dapat menjamin masa depan pemimpin tertentu menggapai cita-citanya.

      Ini kerana, walaupun diserang, 'Raja Instagram' kelihatan tidaklah terlalu cemas atau khuatir akan menjadi liabiliti kepada ketuanya, macam ada jaminan kukuh berada dibelakang, ia berkemungkinan jaminan kukuh itu berpendapat "Biarkan diaorang, jangan bagi muka, dah puas menyalak nanti diamlah tu". Agaknyalah kot! Kahkahkah, andaian yang memandai-mandai.

      Apapun tak salah untuk lebih berwaspada, ini kerana jika dibuat penelitian kepada latar belakang 'Raja Instagram' dari beberapa sudut, termasuklah ketokohan, populariti dan kesungguhan berkempen, kemenangannya bertanding untuk jawatan Exco Pemuda  menimbulkan banyak keraguan, 'Raja Instagram' tidak begitu ghairah berkempen sebagaimana calon-calon lain, malah ia seperti sudah selesa dan terjamin akan menang yang akhirnya terbukti menang...Kemenangan yang boleh diklasifikasikan sebagai tidak berdasar tapi...(Masih dalam siasatan).

      Seterusnya sikit lagi, sebab takder kerja, takkan kerja kita hari-hari nak bidas pembangkang, eh,eh ya tak ya jugak ? Sesekali nak jugak kongsi 'lifestyle' sebagai seorang sukarelawan yang ikhlas berjuang demi agama bangsa dan negara.

      Cantik tak kereta sukarelawan kat bawah tu, sebenarnya sebelum pakai Waja 1.6 tahun 2002, sukarelawan ni pakai Proton Wira 1.6 tahun 1997, biasalahkan dari Wira pergi ke Waja, sukarelawan katakan, tapi Waja ni dah jual dah,..jual tahun 2007 lagi, agak-agaknya lepas jual Waja ni sukarelawan pakai apa ??? Dari cemerlang ia gemilang lantas terus terbilang seorang sukarelawan...Anda Mampu Mengubahnya. - Bersambung dalam merungkai kisah 'lifestyle' bersiri 144&1919 yang misterinya berlaku serentak....
      Apabila dikehendaki, kadangkala perjuangan itu menuntut untuk tidak ber-'playsafe'

      1 comment:

      1. baru kena siku sikit dengan blogger pro-kerajaan dah bertutup blog bagai. Itu belum lagi kena sepak terajang dengan blogger pro-pembangkang, aku rasa terus tutup biro media baru tu menyorok bawah ketiak bini tiap-tiap hari...!!!!!!!!!!!

        ReplyDelete

      Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

      Blog Archive

      Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...