Syabas @NajibRazak Tapi Perjuangan Belum Selesai Selagi OSA Bermaharajalela

Syabas buat YAB Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak kerana membuat keputusan yang sangat tepat yaitu mengekalkan Akta Hasutan 1948 malah diperkukuhkan lagi.

Namun sudah menjadi lumrah, disebalik pengumuman beliau itu terdapat suara-suara sumbang yang mengatakan beliau telah memungkiri janjinya sebelum ini untuk memansuhkan akta tersebut.

Mengutamakan masalah umum berbanding janji yang bersifat peribadi adalah jauh lebih baik, pengorbanan besar yang dibuat oleh beliau sebenarnya, kerana beliau sanggup dipandang sebagai seorang yang mungkir daripada melihat kehancuran atau ketidak harmonian berlaku dalam negara ekoran kedegilan beliau untuk mengotakan janji.

Ada yang berpendapat tindakan mengekal Akta Hasutan adalah tindakan politik bagi membolehkan UmnoBN mengekalkan kuasa. Pendapat semua boleh bagi pendapat, kalau dulu mereka kata guna ISA untuk UmnoBN kekal kuasa, tetapi pengumuman memansuhkan ISA pada 11 Julai 2012 telah membuktikan tanpa akta tersebut UmnoBN tetap kekal berkuasa apabila memenangi PRU pada 05 Mei 2013.

Kesimpulannya akta berkenaan adalah sangat diperlukan demi menjamin kesejahteraan negara, cuma mungkin ia perlu ditambah baik supaya akta itu tidak disalahgunakan dengan sewenangnya.

Begitu juga dengan Official Secret Acts (OSA) atau Akta Rahsia Rasmi 1972, akta ini juga perlu dikaji semula, bukan dimansuhkan tetapi dibuat penambahbaikkan kerana ia berisiko besar disalahgunakan.

Sepatutnya perlu ada had-had rahsia bukan semua perkara itu rahsia, sebagai contoh perkara yang melibatkan keselamatan negara seperti jumlah kelengkapan ketenteraan, pertahanan negara dan seumpamanya, tidak boleh didedahkan,  wajar dan tepat akta tersebut digunakan.

Adapun dokumen-dokumen kerajaan yang melibatkan perbuatan rasuah tetapi sewenangnya diklasifikasikan sebagai rahsia oleh Menteri atau pegawai awam tidak sepatutnya memerlukan ia diubah status baru boleh didedahkan.

Pengelasan sebagai rahsia itu hanya terpakai untuk keselamatan negara, bukan untuk melindungi perbuatan rasuah pemimpin, malangnya OSA telah disalahguna untuk melindungi perbuatan rasuah dengan pengelasan sebagai rahsia kepada dokumen-dokumen melibatkan rasuah.

Sesuatu akta atau undang-undang itu sangat penting kepada negara, tapi kadangkala akta dan undang-undang itu jugalah yang akan memudaratkan bila ia disalahgunakan. Persoalannya beranikah PM mengkaji semula akta yang berkait rapat dengan perbuatan rasuah jerung ini ? Anda Mampu Mengubahnya.

Video - @Khairykj Pemimpin Hebat Berucap Tak Mesti Berdegar Lihat Kehebatan @MuhyiddinYassin !

Ramai yang begitu teruja mendengar ucapan Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin didalam Perhimpunan Agung Umno biarpun ucapan beliau tidak ada 'tune' yang berdegar-degar yang mengharapkan tepukkan dan sorakkan dari perwakilan.

Saya juga tidak terkecuali dengan keterujaan itu, cuma mungkin keterujaan saya ada sedikit berbeza dengan anda, jika anda teruja dengan isi ucapannya, saya pula lebih teruja dengan cara beliau menyampaikan ucapan.

Bagi saya jika seseorang pemimpin itu mampu menyampaikan ucapan tanpa melihat kepada teks ucapan, pemimpin itu adalah pemimpin sejati yang benar-benar maklum, arif atau faham dengan apa yang beliau ucapkan. (benar-benar merasai denyut nadi rakyat)

Jarang sekali dapat kita lihat pemimpin berucap tanpa melihat kepada teks ucapan yang kita sendiri tidak tahu samada teks ucapan itu berdasarkan matlamat perjuangan atau hanya teks ucapan yang ditulis oleh orang lain.

Jika ucapan tanpa melihat kepada teks mampu disampaikan, adalah sudah pasti isi ucapannya itu tulus datang dari pemimpin itu sendiri dan pemimpin itu memang sedang berkira-kira dalam proses tindakkan, penyelesaian atau perlaksanaan.

Sungguhpun begitu, bukanlah bermaksud pemimpin yang menyampaikan ucapan dengan membaca teks itu tidak bagus, cuma ia mungkin kurang bagus dan berisiko untuk dianggap ucapan kosong 'pokko' yang sekadar memenuhi acara program dan langsung tidak kena mengena dengan matlamat perjuangannya.

Oleh sebab itu jugalah dapat kita lihat sikap pemimpin yang sering berubah dan tidak ada prinsip, adakalanya berimej liberal dan secara 'auto' berubah menjadi jaguh kaum pada satu-satu masa. Pemimpin seperti ini tidak boleh pakai sama sekali, kerana perjuangan pemimpin ini hanya untuk kepentingan diri sendiri yang ingin mencapai matlamatnya semata-mata.

Berbalik kepada ucapan TS Muhyiddin selama 22 minit (rujuk video dibawah), kesimpulannya selain misi, matlamat, angka, nama, judul yang mampu beliau sebut tanpa merujuk teks, terbuktilah bahawa beliau bukannya pemimpin yang menjadikan parti sebagai platform untuk kepentingan peribadi, sebaliknya beliau memang menghayati setiap permasalahan rakyat serta hal berkaitan negara atau dengan kata lain beliau adalah ahlinya.

Adapun jika bukan ahlinya, atau beliau adalah kontraktor, beliau tidak akan mampu untuk memberi ucapan seperti itu melainkan hanya mampu berucap hal yang berkait dengan selok-belok kontraktor sahaja. Syabas dan tahniah UMNO masih punyai pemimpin yang sebenarnya pemimpin. Anda Mampu Mengubahnya.

Ucapan penuh TS Muhyiddin rujuk http://yuseriyusoff.blogspot.com/2014/11/pau2014-teks-penuh-ucapan-ts-muhyiddin.html
  

Hapus Subsidi Petrol Conform Minyak Akan Turun

Rakyat Malaysia tidak perlu panik atau melatah dengan pengumuman kerajaan untuk memansuhkan subsidi melalui pelaksanaan kaedah pengapungan terkawal bagi menentukan harga runcit petrol RON95 dan diesel yang bermula pada Disember ini.
 
Tinjauan mendapati ramai dikalangan pengamal media sosial jadi 'kalut' tidak menentu kerana rata-rata menganggap akan berlaku kenaikkan harga minyak ekoran dari tindakkan kerajaan memansuhkan subsidi bahan api tersebut.

Pakar-pakar ekonomi dan petroleum juga kelihatan seperti cendawan tumbuh selepas hujan dalam memperkatakan isu ini, pelbagai pendapat, teori, hujah, fakta dan auta dilontarkan.
 
Tambah melucukan bilamana ada yang berpendapat kerajaan sengaja ingin menyusahkan rakyat supaya rakyat hidup dalam kesempitan sekaligus akan mengemis bantuan dari kerajaan. Bila mengemis kerajaan akan senang untuk mengawal dan mencaturkannya, mereka yang menentang tidak akan diberi bantuan, mahu tidak mahu terpaksa akur dan kekal menyokong kerajaan.
 
Benarkah begitu ? Bagi saya pendapat itu sungguh lucu! kerana jika dalam keadaan susah atau sempit, bukankah kita akan bertambah berani menentang! Tiada apa lagi yang nak dihairankan, tidak ada apa kepentingan, hidup pun susah lebih baik mati menentang!.

Apapun setelah meneliti pelbagai pandangan yang berbeza dan meletihkan, bagi saya simple saja, tak usah 'kalut' bebankan fikiran dengan memikirkan perkara yang bukan ditentukan oleh kita.

Minyak nak naik ? biarkan! GST akan menaikkan harga barang ? biarkan!, apa saja biarkan, buat masa ini kita sebagai rakyat tidak mampu untuk menghalang segala macam hasrat kerajaan. So biarkan.....letih sesangat.....

Lagipun rakyat patut kesiankan kerajaan yang terpaksa menanggung subsidi berbillion RM kerana harga sebenar petrol RON95 agak mahal yaitu hampir menyamai harga RON97. Malah harga semasa bagi RON95 lebih mahal yaitu selepas subsidi sebanyak RM 0.28 sen seliter ialah RM2.30seliter, bermakna harga sebenar RON95 sebelum subsidi ialah RM2.58 seliter berbanding RON97 ialah RM2.55 dimana RON97 tidak ada subsidi dan harganya ditentukan oleh apungan terurus berdasarkan kuasa pasaran.

Biarpun begitu ada baiknya kita cuba berfikir secara rasional, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, bersama kabinet dan kepimpinannya sudah pasti ingin terus kekal menerajui negara ini, oleh itu sangat mustahil jika beliau ingin melakukan sesuatu transformasi yang mana kesan dari itu membebankan rakyat sekaligus memaksa rakyat untuk berpaling tadah...

Sekalipun transformasinya bakal membebankan rakyat, rakyat tetap tidak perlu bimbang, buat dek jer! sampai masa dan ketikanya kuasa akan ditangan rakyat, ketika itulah rakyat boleh menentukan samada mahukan subsidi atau sebaliknya lebih-lebih lagi isu ni bersifat meluas yang melibatkan seluruh rakyat.  Anda Mampu Mengubahnya.

Selepas ni boleh bina 2 ribu dewan orangramai di 2 ribu kampung atau boleh bina 4 universiti sebulan (48 universiti setahun) atau boleh bina 2000km jalan kampung untuk sabah dan Sarawak. Wowwww!!!!

Denyut Nadi Siswazah Menganggur Tak Mampu Bayar Hutang PTPTN Apa Kata @NajibRazak @ahmadmaslan ?

Lebih 500,000 peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sehingga kini masih liat membayar balik pinjaman masing-masing walaupun pelbagai usaha sudah dilakukan oleh kerajaan.

Kecewa dengan keadaan itu, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan mengingatkan "Kepada peminjam ini bertaubat dan bayarlah hutang. Hutang wajib dibayar walau tidak dituntut,"

Sebelum ini dalam pembentangan bajet 2015, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak juga turut menyentuh berkaitan hutang PTPTN, beliau mendendangkan mafhum hadis bersabit orang yang tidak membayar hutang katanya "roh seorang mukmin itu tergantung-gantung dengan sebab berhutang waima dia mati seorang mati syahid pun diampuni (dosa) melainkan hutangnya".

Benar kata-kata Menteri itu, hal ini sedikitpun tidak boleh kita nafikan sama sekali, peminjam mestilah bertanggungjawab dengan pinjaman yang telah dibuat dan WAJIB membayar balik pinjaman tersebut.

Apapun kerajaan juga perlu melihat ia dari pelbagai sudut agar sesuatu tindakkan dan kenyataan yang dibuat itu rasional  dan selari dengan moto 'Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan".

Sebagai contoh, jika peminjam itu sudah mempunyai pekerjaan atau pendapatan tetap serta sangat berkemampuan  untuk membayar balik pinjaman tetapi sengaja liat atau ingkar untuk membayarnya, maka adalah sangat wajar dan WAJIB untuk diambil tindakkan yang tegas.

Namun bagaimana pula dengan peminjam yang masih belum mendapat pekerjaan atau dengan kata lainnya menganggur ? Jika kerajaan kata yang menganggur itu dia punya pasal, bukan masalah kerajaan, kerajaan hanya bagi pinjaman untuk belajar, bab kerja kerajaan tak campur! pandai-pandailah berdikari mencari kerja, apa yang kerajaan tahu ialah pinjaman wajib dibayar, kerja ke, tak kerja ke, ada duit ke, takder duit ke tak kira, hutang WAJIB dibayar.

Kalau begitu kerajaan pun lebih kurang macam Ah-long jugalah, tak kisah, kerajaan boleh saja untuk bersikap demikian, kerana mungkin berdirinya kerajaan dengan sendirinya, so kerajaan boleh angkuh sesuka hati tanpa perlu dacing timbangan....

Sikap tegas dan angkuh sebenarnya tidak kemana, jika kerajaan bersikap angkuh dan peminjam pun bersikap sama dimana peminjam mengatakan nak saman ke, nak tahan pasport ke, nak bankrupt ke waima nak hukum gantung mati ke,  lantaklah!, peduli apa!, aku nak makan pun susah!, nak bayar dengan apa?, kais pagi makan esok! hutang 'kroni' beratus billion takder pula nak kalut!!!, blablablabla......

Siapa yang untung ? Selesaikah masalah ? Tidak!!!! Jadi ada baiknya pemimpin cerdik pandai dalam kerajaan melakukan TRANSFORMERSi kepada sistem pengajian tinggi negara sekaligus mengenalpasti punca kepada pengangguran dikalangan graduan dimana ia berkemungkinan sangat berkait rapat dengan masalah membayar balik pinjaman.
Statistik siswazah menganggur
Mengikut Laporan Ekonomi Malaysia 2009 oleh bank dunia, 48 peratus dari majikan yang dibanci menyatakan graduan kekurangan keupayaan IT, 46% melaporkan kekurangan Bahasa Inggeris, 37% melaporkan kekurangan dalam kebolehan am berkomunikasi, 30% dalam keupayaan kreativiti, dan 28% berkata kekurangan kemahiran teknikal/profesyenal, dan 25% dalam penyelesaian masalah (problem solving).

Berdasarkan laporan tersebut, punca utama graduan menganggur dikenalpasti, selain graduan itu sendiri kerajaan juga perlu membantu mereka untuk mengatasi permasalahan berkenaan.

Mungkin kerajaan boleh membantu dengan mewujudkan pusat atau bengkel pemulihan khas graduan ala Pusat Latihan Khidmat Negara PLKN sebagai contoh dsbnya, dimana selain modul-modul yang khusus berkaitan dengan kelemahan graduan, penyerapan motivasi juga perlu supaya graduan lebih berani dan yakin dengan diri sendiri.

Kerajaan atau Menteri tidak harus hanya tampil dengan peringatan atau desakan supaya graduan membayar hutang semata-mata, malah perlu turut rasa denyut nadi graduan yang liat membayar hutang  dan perlu tahu serta faham apa permasalahan graduan yang liat ini dan pada masa sama mencari alternatif untuk membantu mereka.

Kita khuatir jika kerajaan sering tampil dengan pengumuman yang bersifat 'mengcekik', mendesak dan menaikkan, rakyat akan bertambah muak dan bosan, bila begitu kerajaan yang ada hari ini mungkin akan sukar untuk dipertahankan. Akhirnya Menteri pula yang akan menganggur dan lebih sadis kalau ada yang menjadi banduan, semoga dijauhkan.. Anda Mampu Mengubahnya.

@NajibRazak Tolong Jangan Jadi PM Yang Hanya Tahu Naikkan Minyak !

Antara alasan paling bagus dan mesra rakyat kebanyakkan bagi menaikkan harga petrol ialah 70% bahan api digunakan mereka yang berpendapatan tinggi sebab mereka banyak kenderaan & kuasa cc besar.

Hujah berkenaan sering dilontarkan oleh pemimpin dalam kerajaan, kononnya jika subsidi tidak dikurangkan adalah tidak adil kepada rakyat kebanyakkan yang lebih sedikit penggunaan petrol berbanding golongan kaya.

Oleh demikian subsidi pun dikurangkan  maka berlakulah kenaikkan harga bahan api dengan disusuli barang keperluan lain.

Untuk rakyat kebanyakkan, kerajaan 'cover' balik kenaikkan petrol tadi dengan pemberian BR1M, samada setimpal atau tidak tepuk dada tanya kocek.

Pengurangan  subsidi itu juga disebut sebagai rasionalisasi subsidi kononnya dengan langkah itu pemberian subsidi tidak tersasar, adil dan tepat kepada golongan sasar.

Persoalannya apakah hanya itu satu-satunya langkah yang terbaik dan adil mampu dilakukan oleh kerajaan ? Jika benarlah kerajaan kita ni baik dan bagus serta telus dengan hasratnya supaya pemberian subsidi tidak tersasar, mengurangkan subsidi seperti itu bukanlah caranya.

Kerana umum mengetahui bilamana berlaku kenaikkan bahan api, secara 'automatik' barangan keperluan lain turut akan naik, hal ini sudah pasti akan lebih menambahkan lagi beban rakyat.

Mengapa kerajaan tidak naikkan saja cukai kenderaan mewah atau yang berkuasa 'cc' tinggi untuk 'cover' balik penggunaan petrol bersubsidi ? Mengapa kerajaan tidak memperkenalkan cukai baru kepada golongan berpendapatan tinggi sebagai 'cukai subsidi'.

Jadi dengan langkah itu bukankah ianya lebih tepat kepada golongan sasar. Kerajaan tidak sepatutnya mengambil langkah yang bersifat 'marahkan nyamuk kelambu dibakar'.

Sebagai contoh, jika kenderaan melebihi 2000cc dianggap sebagai kenderaan mewah atau kenderaan yang banyak menggunakan petrol, naikkan atau tambahkan cukai, andaikan secara pukal nisbah penggunaan petrol setiap kenderaan 2000cc ialah 10 liter sehari, 20 sen seliter x 10 = RM2 x 365 hari = RM730. Dsbnya.

Selain itu, kerajaan juga boleh memperkenalkan cukai baru kepada golongan berpendapatan tinggi yaitu sebagai 'cukai subsidi'.

Adakah anda fikir dengan menaikkan cukai kenderaan mewah atau memperkenalkan 'cukai subsidi' kepada golongan berpendapatan tinggi itu akan membebankan rakyat kebanyakkan ?

Kalau cukai baru seperti GST boleh diperkenalkan kepada seluruh rakyat mengapa tidak perkenalkan juga 'cukai subsidi' kepada golongan berpendapatan tinggi ?.

Tahukah Menteri dan Ayam? Lantaran kenaikkan bahan api yang belum sampai sebulan, hari demi hari barangan keperluan lain turut naik, contohnya telur ayam, daripada 5 biji RM2, hari ini 4 biji RM2, maknanya kurang sebiji. Bila tanya pekedai, ya telur naik harga!

Bagi Menteri dan yang sewaktu dengannya kenaikkan harga barang seperti telur ayam bukanlah menjadi isu besar, tapi bagi marhaen seperti kami yang jika sebelum ini masih mampu untuk makan daging ayam, sekarang tidak lagi, kami hanya mampu untuk makan telur ayam saja.

Tapi kalau telur ayam pun dah naik, mungkin sedikit masa lagi kena makan bulu ayamlah pula! tak pun taik ayam... Anda Mampu Mengubahnya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...