TERAJU Tak Cukup Kakitangan! Lagi Usahawan Melayu Jadi Mangsa

Saya cukup bersimpati dengan salah seorang usahawan Melayu yang menjadi mangsa kepada karenah agensi perlaksana yang kononnya bertanggungjawab dalam mengangkat agenda bumiputera.

KELMARIN pihak Buletin Usahawan Melayu (BUM) dihubungi seorang usahawan yang merasakan seperti dipermainkan pegawai serta kakitangan dalam Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU).

Menurut usahawan terbabit, pada 27 Ogos 2014, pihak TERAJU telah menghantar surat menyatakan persetujuan untuk meluluskan permohonan dana bagi membiayai satu projek melibatkan syarikat miliknya.

Sebaik sahaja menerima surat kelulusan tersebut, pihak syarikat terbabit terus melampirkan Facilitation Grant Agreement (Perjanjian) sebagaimana dinyatakan oleh pihak TERAJU dalam surat yang dihantar kepadanya.
Selepas segala dokumen dilengkapkan dan diserahkan kepada pihak TERAJU bagi proses selanjutnya. Menurut usahawan tersebut, setelah tiga bulan menyerahkan dokumen yang dikehendaki, beliau kerap berhubung dengan pihak TERAJU, tetapi tidak pernah diberikan satu jawapan solid diberikan oleh pihak TERAJU.

Malah pihak TERAJU turut memberikan alasan permohonan tersebut lambat diproses ekoran TERAJU berhadapan masalah kekurangan kakitangan. Baca seterusnya diSINI.

Surat Sulit Kepada FBI - Menteri Dikencing Peguam...!

Minggu lepas heboh tentang surat sulit kepada FBI bagi membawa balik seorang ahli kongsi gelap ke Malaysia di mana surat tersebut telah ditandatangani oleh DS Zahid Hamidi.

Dalam surat berkenaan, Menteri Dalam Negeri menafikan Paul Phua Wei Seng yang sedang dibicara di Amerika Syarikat atas tuduhan menjalankan aktiviti perjudian bola sepak Piala Dunia 2014 di Caesar's Palace Hotel, Las Vegas adalah ahli kongsi gelap.

Surat tersebut turut menyatakan Paul Phua banyak membantu negara. Ramai melahirkan kekesalan terhadap tindakan Menteri Dalam Negeri ekoran pendedahan yang dibuat South China Morning Post.

Selepas laporan tersebut, KDN mula menerima serangan bertubi-tubi oleh pembangkang serta pihak dalam UMNO sendiri. Ramai yang meletakkan kesalahan kepada Menteri Dalam Negeri sedangkan menteri biasanya menandatangi sesuatu surat selepas diyakinkan atau dipengaruhi orang lain.

DS Zahid Hamidi menandatangani surat tersebut tanpa menyedari individu bernama Pual Phua adalah ahli kongsi gelap kerana telah diyakinkan Ghani Patail serta Shafee Abdullah. Baca seterusnya diSini.

Video - Kejadian Aneh Ketika Rumah Ditenggelami Banjir Hanya Gambar 'Tok Guru' Terselamat

Mengapa begitu bodoh sekali manusia taksub yang belum sedar-sedar lagi akan bala yang telah menimpa sehingga masih lagi ingin memuja dan mendewa-dewakan gambar makhluk yang tidak ada bezanya dengan mereka ?

Bertaubatlah sebelum bencana yang lebih besar akan menimpa, sesungguhnya apa yang diperlihatkan pada rakaman video dibawah oleh beberapa pentaksub hanyalah menunjukkan kebodohan mereka berfikir.

Mereka beranggapan gambar bekas Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang digantung dirumah salah seorang dari mereka sebagai petunjuk dimana bekas MB itu mempunyai karomah tertentu.

Dalam kejadian banjir besar yang melanda Kelantan, rumah tersebut ditenggelami air banjir sehingga sedikit tergelincir dari kedudukan asalnya. Setelah air surut mereka kembali ke kediaman ini dan mendapati hanya gambar bekas MB itu saja yang kelihatan sempurna seolah-olah tidak terkesan walaupun ditenggelami air sedangkan gambar lain yang digantung kesemuanya rosak.

Dengan itu mereka mempercayai bahawa gambar bekas MB itu sebagai keramat, dungu sungguh! Jauh terpesong dari ajaran agama Islam, tidak mustahil sedikit masa lagi ramai pula yang akan menggantung gambar bekas MB itu kerana mempercayai keramat yang ada padanya.

Tapi mengapa mereka langsung tidak terfikir bahawa gambar bekas MB yang kelihatan sempurna itu merupakan satu petunjuk dari pencipta dimana kerana menggantung gambar itulah yang menjadi punca kepada bencana yang menimpa.

Dalam banyak-banyak gambar (termasuk ayat-ayat suci Al-Quran) yang digantung, tak mungkin Allah lebih memelihara gambar tersebut daripada ayat-ayat suciNya. Jadi kenapa hanya gambar itu saja yang sempurna ? Mungkin Allah nak tunjuk kerana pemujaan pada gambar itulah punca kepada bencana, sebab tu hanya gambar berkenaan saja dibiarkan sempurna supaya umat Islam sedar dan kembali kepada akidah Islam yang sebenarnya.

Mungkin juga ini hanyalah rekaan, gambar itu baru digantung, sebarang kemungkinan boleh berlaku, tapi untuk mempercayai karomah kemuliaan seorang ahli politik lebih suci dan dimuliakan daripada ayat suci Al-Quran, sorry ia langsung tak masuk akal. Hentikan pemujaan ini, berimanlah kepada Allah. Anda Mampu Mengubahnya.

Kalaulah itu rumah 'Tok Guru', apa yang pentaksub akan kata bila rumah tersebut hanyut dan terdampar diatas rumah orang lain, mungkinkah mereka akan kata, biarpun rumah berkenaan usang, Allah muliakan dengan meletakkannya diatas.