@NajibRazak Bukan Lawan Tun Mahathir

Serangan Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bakal berterusan sehinggalah apa yang dimatlamatkan beliau tercapai.

Setiap apa yang dikritik oleh Tun M mendapat penerimaan berbeza dikalangan rakyat, ada yang mengatakan Tun M gila kuasa, semua orang nak dikritiknya, semua orang tak betul, seolah-olah dia seorang saja yang betul.

Namun tidak kurang juga yang berpendapat, sekalipun begitu sikap Tun M, kalau orang yang dikritiknya tidak buat salah, macammana Tun M nak kritik?, misalnya Tun M nak kritik DS Najib ni kaki mabuk minum arak, sudah tentu tidak boleh sebab DS Najib tidak minum arak.

Maknanya kena lihat apa yang dikritik itu berasas atau tidak bukan melihat beliau sebagai sering mengkritik, contohnya isu 1MDB, berasas ataupun tidak kritikkan Tun M itu hanya boleh dibuktikan oleh DS Najib.

Sebagaimana yang disarankan dikalangan profesional, pembangkang yang turut dipersetujui oleh Tun M, yaitu membuat audit forensik atau menubuhkan suruhanjaya siasatan diraja (RCI) bagi menyiasat perkara itu (1MDB).

Bila itu dibuat barulah dapat diketahui kritikkan Tun M itu kritikkan dari seorang yang gila kuasa atau kritikkan dari seorang tokoh yang berjasa.

Sejenak cuba bayangkan kalau kita jadi PM, Tun M kritik hal itu, sedangkan ia tidak berasas, kita PM yang baik, kita tidak salah, so apa yang akan kita buat untuk bersihkan nama serta maruah dan kepimpinan kita ?.

Adakah kita memilih untuk diwawancara di TV3?  atau serta merta memberi arahan supaya disegerakan apa yang dituntut oleh pengkritik yaitu membuat audit forensik atau menubuhkan suruhanjaya siasatan diraja (RCI) dengan berkata;

"Saya mahu audit forensik dilakukan keatas 1MDB, saya bagi masa 14 hari dari sekarang laporan penuh mesti berada dimeja saya tepat jam 10 pagi, saya tak mahu dengar sebarang masalah, tak cukup tenaga kerja dalam negara, boleh import dari konsultan British atau mana-mana, tak cukup masa 14 hari, boleh buat shif 24 jam, faham semua sekali!!!".

Mudah bukan? Atau bercakap memang mudah?, mudah tak mudah pun sebab Tun M yang pernah jadi PM ni kata, jadi PM bukan payah pun, nak buat apa?  beri arahan je, (kun fayakun) semua pegawai yang akan buat.

Isu 1MDB perlu penjelasan konkrit yang berwibawa, bukan sekadar jawapan bertulis tanpa sebarang sokongan dokumen atau fakta dari badan yang punyai kredibilti.

Tidak ada pilihan lain untuk melenyapkan persepsi masyarakat dan menghentikan kritikkan Tun M, namun jika DS Najib memilih pilihan bersifat menyerang balas, apa yang boleh dikatakan ialah DS Najib bukanlah lawan Tun Mahathir.... - Bersambung. Anda Mampu Mengubahnya.

Video - Membongkar Akhlak Sebenar Habib Syech Ya Ha Nana & Kesesatan Tarikat Al-Haqqani @JakimOfficial @dsjamilkhir

Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan (MFK),  Prof Emiritus Tan Sri Dr Abd Shukor Husin beberapa hari lalu memberitahu media setakat ini pihaknya belum dapat memastikan penglibatan Ya Ha Nana Habib Syech Abdul Qodir Assegaf dengan kumpulan ajaran sesat Tariqat Naqsyabandiah Al-Haqqani.

Menurut beliau, tidak ada fakta yang boleh mengaitkan Habib Syech, setakat gambar bersama kumpulan itu tidak cukup untuk menuduh ianya terlibat dengan kumpulan ajaran sesat tersebut.

"Sehingga sekarang ini kita tidak dapat pasti apakah benar-benar ada hubungan, kita tak nak bagi perkara-perkara yang tidak ada kita buat kajian yang sepenuhnya sama ada betul atau tidak, hubungan Habib Syeh dan Syeikh Hisham tidak ada kaitan ditemui setakat ini".

Penglibatan Habib Syech dengan Tarekat Naqsyabandiah tidak dapat dinafikan lagi, kehadiran Habib ketika peristiwa yang mengzahirkan kesesatan Tariqat Naqsyabandiah dan meraikan pengumuman Syeikh Hisham Kabbani bahawa saat beliau berdiri, Rasulullah hadir dari langit sebelah timur bersama para aulia dan ribuan malaikat. (rujuk video dibawah)

Selain itu, penyertaan Habib Syech dalam program Tariqat Naqsyabandiah bukan perkara asing, lebih-lebih lagi pada program yang turut dihadiri oleh Syeikh Hisham Kabbani. 

Menguatkan lagi dakwaan tanpa sebarang keraguan, dimana Habib Syech yang sering dijemput untuk Ya Ha Nana di Putrajaya dan seluruh Negara itu merupakan ahli kumpulan Tariqat Naqsyabandiah, ia dapat disahkan menerusi bukti rakaman video beliau mengambil ijazah Thariqat dan bai'ah dengan Syeikh Hisham Kabbani yaitu pemimpin kanan Tariqat Naqsyabandiah Al-Haqqani.

Pihak  berkuasa seperti JAKIM atau Majlis Fatwa Kebangsaan perlulah tegas menyiasat dan mengambil tindakkan tanpa sebarang kompromi atau tunduk pada mana-mana pihak yang berkemungkinan menjadi dalang dibelakang kumpulan ajaran sesat ini.

Melihat kepada garis panduan bagi mengadakan program yang diperakukan oleh JAKIM, ia tertakluk dibawah perkara 8 (a) dan (b) sebagaimana nyata terlampir dibawah, umat Islam mengharapkan pihak berwajib dapat berfungsi sebagaimana yang diamanahkan, ancaman kepada umat Islam tidak patut dipandang enteng sementelah ajaran sesat atau bercanggah ini sudah meresapi kebahagian dalam Istana dan pusat pentadbiran negara. Anda Mampu Mengubahnya.
"Jangan pernah ada rasa takut menegakkan kebenaran Islam sekalipun Maharaja Firaun yang akan kita berdepan"

Video - Sheikh Ya Hanana Puja Kubur Berba'ah Tariqat Naqsyabandiah Yg Difatwakan Haram Tapi Dijemput Ber-Hanana @JakimOfficial @dsjamilkhir @NajibRazak

Apakah penangan Ya Hanana telah mengaburi kesesatan kumpulan Tariqat Naqsyabandiah Al-Aliyyah Syeikh Nazim Al-Haqqani yang difatwakan HARAM oleh Majlis Fatwa Kebangsaan pada 3 Apr 2000 kerana bertentangan dengan fahaman akidah Ahli Sunnah Wal-Jamaah dan menyeleweng dari ajaran Islam?.

Mungkin ajaran Syiah pun lepas ni menggunakan pendekatan dakwah secara Ya Hanana. Benar tidak nampak ada apa yang salah dengan lirik lagu Ya Hanana, bahkan ia diminati oleh keseluruhan masyarakat dan diterima ramai.

Namun strategi seperti itu sudah biasa digunakan, sesetengah kumpulan ajaran sesat pada awalnya tidak nampak kesesatan mereka, namun penyelewengan akan dilakukan secara halus tanpa disedari dan lama kelamaan kita umat Islam akan terpengaruh dan turut mengikuti ajaran mereka.

Sungguh malang Ya Hanana ini hanyalah senjata atau pendekatan dakwah kumpulan yang difatwakan haram yang cuba menyebarkan ajarannya secara halus,
Wasatiyyah VS Ya Hanana Tariqat Naqsyabandiah

Bertambah lagi malang bilamana pihak kerajaan yang sering digembar-gemburkan mempratikkan Islam berkonsepkan Wasatiyyah juga tidak terkecuali dari mengalu-alukan dan menjemput ahli kumpulan ini untuk bersama umat Islam dalam aktiviti ber-Ya Hanana yang diadakan secara besar-besaran.

Timbul persoalan pada kita bilamana kumpulan yang telah difatwakan HARAM, boleh dijemput ke program agama yang dihadiri oleh pemimpin tertinggi negara 1Malaysia dan puluhan ribu umat Islam ?

Adakah ada individu tertentu yang berpengaruh berada dibelakang kumpulan ini?, jika tidak masakan pihak JAKIM atau pihak yang bertanggungjawab mengeluarkan dan memperakukan garis panduan (rujuk lampiran dibawah) boleh pejam mata tanpa mengambil sebarang tindakan ?
Soal melibatkan akidah umat Islam, pihak bertanggungjawab tidak seharusnya berkompromi, tidak kiralah sebesar manapun ORANG atau makhluk yang mendokong kumpulan tersebut, tindakan tegas WAJIB diambil demi akidah umat Islam agar terus terpelihara dan tidak terpesong.

Majlis Fatwa Kebangsaan yang dianggotai oleh mufti setiap negeri, alim ulamak, proffesional dan perundangan Islam adalah pihak yang bertanggungjawab dalam memfatwakan sesuatu hukum, apabila Majlis Fatwa memutuskan Tariqat Naqsyabandiah Al-Aliyyah Syeikh Nazim Al-Haqqani sebagai HARAM, mengapa golongan yang mendakwa mengamalkan Islam berkonsepkan wasatiyyah masih terhegeh-hegeh menagih Ya Hanana dari ahli kumpulan tariqat ini.

Kurang maklumatkah ? Hal ekonomi pun... ? Hal agama pun.... ? Hal bangsa...? lecehlah....!!!

Apapun, sebelum umat Islam beransur-ansur 'lara' dan terjebak ke langkah yang keseterusnya mungkin joget atau disko Ya Hanana, memuja kubur dsbnya, atau  secara meluas dihidangkan dengan lawak dimana Nabi Adam turun di Gunung Jerai Kedah, angka 13 yang keramat dsbnya, hal ini perlu dibendung.




 
 ???????????????????????????????????????????????????????????????????=
 
Kepada pengikut kumpulan berkaitan yang merasa marah ekoran dakwaan dengan bukti yang dilampirkan, nasihat saya agar mematuhi saranan Majlis Fatwa supaya anda segera bertaubat dan kembali kepangkal jalan, tak usahlah nak buat amalan pelik-pelik ni, kembali kepada ajaran Islam sebenar, nak berqasidah ke apa ke tak perlulah nak berjoget-joget, sekalipun tak haram ia juga bukanlah sunnah, dikhuatiri bila sudah lelah berjoget pelbagai amalan lain pula yang akan muncul atau akan diada-adakan.

Kita boleh terima perbezaan pendapat malah tidak kekok untuk kita raikannya, tapi bilamana perbezaan pendapat itu sudah jauh menyimpang ia bukan lagi perbezaan pendapat tetapi sudah bercanggahan.

Selain pengharaman oleh Majlis Fatwa dan amalan yang menyalahi amalan kebiasaan umat Islam dinegara ini, kesesatannya dikuatkan lagi dengan penampilan akhlak anak kepada Sheikh Nazim yaitu Sheikh Bahaudin yang juga merupakan pemimpin kanan kumpulan tersebut malah akan mewakili Sheikh Nazim ke majlis-majlis yang tidak dapat dihadiri oleh bapanya.

Dengan itu seluruh umat Islam khasnya golongan atasan yang mendakwa mengamalkan Islam berkonsepkan Wasatiyyah perlulah peka akan hal tersebut dan tidak pula cenderung untuk mempraktikkan ajaran yang sangat jelas bercanggah dengan Islam ini. Anda Mampu Mengubahnya.

Gambar Altantuya Dan @NajibRazak Tersebar Tapi @Zahid_Hamidi & @KBAB51 Diam Seolah Asli !

http://info-omm.blogspot.com/2015/04/korang-pasti-terkejut-melihat-gambar.html
Sejauhmana penguatkuasaan undang-undang terhadap penyebaran gambar yang disunting dan berunsur fitnah dikuatkuasakan? Apakah perlakuan menyebarkan gambar berunsur fitnah adalah satu kesalahan yang boleh didakwa ? Jika perlakuan itu kesalahan mengapa tidak nampak-undang-undang itu dikuatkuasakan ? Takkan nak tunggu Ayahndaaa Rani Kulup buat laporan dulu baru nak ambil tindakkan.

Dialam maya ini pengamalnya terdiri dari kepelbagaian, penghadaman dan penerimaan terhadap sesuatu maklumat yang dilayari juga pada tahap penerimaan yang berbeza, ada yang menerima dan percaya bulat-bulat, ada yang teliti dan bertapis sebelum mempercayainya dsbnya.

Seperti lampiran diatas yang disiarkan dilaman http://info-omm.blogspot.com/2015/04 korang-pasti-terkejut-melihat-gambar.html yang dikongsi lebih 25k  pengguna Facebook dalam masa kurang dari dua hari, dan jumlah share itu dijangkakan mungkin akan terus meningkat dua kali ganda, jika jumlah sebaran menjadi penanda aras kepada penerimaan masyarakat.....???

25k jumlah share adalah angka sebaran yang agak besar berbanding siaran blog sama pada 12 April lalu (Rujuk lampiran dibawah) dimana percubaan pertamanya untuk mengaitkan individu tertentu dengan tajuk lebih kurang sama cuma tanpa meletakkan gambar edit lelaki mirip Perdana Menteri Malaysia bersama Altantuya, hanya mendapat 34 share sahaja.

Melihat kepada jumlah angka share yang terlalu ketara yaitu 25 ribu dan 34 itu, pada pandangan anda apa yang mendorong perbezaan jumlah tersebut? Banyak share sebab Altantuya ke atau sebab gambar lelaki yang di-edit mirip Perdana Menteri bersama Altantuya ?
Bagi mereka yang sudah lali dengan dunia alam maya, gambar lelaki mirip PM bersama Altantuya tu memanglah tidak menjadi butir gatal pun kerana kita tahu dan sahih bahawa gambar tersebut adalah edit. Tapi macammana dengan 25k share itu? Berkemungkinan besar sebahagian darinya percaya gambar itu adalah tulen.

Justeru, penyebaran gambar edit (bukan kartun) yang cuba memberi persepsi mengaitkan dengan perlakuan jenayah keatas sesiapa sahaja baik dikalangan pemimpin pembangkang atau kerajaan harus dibendung dan diambil tindakkan tegas,

Jika pihak berkuasa lembap menguatkuasakan undang-undang, sehingga persepsi dan fitnah seperti ini gagal ditangani, dikhuatiri lama-kelamaan ianya akan dipercayai  sebagai realiti. Anda Mampu Mengubahnya.

Penjelasan Dr Asri dari kacamata Islam mengenai hukum Najib bersumpah dengan nama Allah...

Berani Sungguh @drfathulbari Cabar Kerajaan Kelantan !!!

Kerajaan Kelantan pimpinan Pas dicabar mengeluarkan fatwa bahawa semua cukai di bawah pentadbirannya adalah haram sebelum menyanggah hukum pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) pada masa ini.

Exco Pemuda Umno, Dr Fathul Bari Mat Jahaya berkata, Pas Kelantan tidak sewajarnya menyalahgunakan dalil untuk menyerang pelaksanaan cukai baru itu sahaja tanpa pemahaman mendalam.

"Sebenarnya, nas-nas tersebut adalah bersifat umum terhadap apa-apa cukai, jadi kenapa ditumpukan kepada GST sahaja, saya melihat ini ada usaha-usaha politik.

"Kalau hendak cakap cukai itu haram, saya minta Kerajaan Kelantan bercakap haram ke atas semua cukai, cukai pendapatan haram...cukai pintu haram...haramkan semua cukai, kenapa GST sahaja, tolong jangan selektif," katanya kepada Sinar Online, semalam.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob semalam yang mendakwa Islam melarang pemimpinnya mengutip cukai daripada orang miskin untuk menyelesaikan masalah ekonomi negara.

Untuk makluman saudara Fathul Bari dan seluruh rakyat Kelantan khasnya dan Malaysia amnya, sudah menjadi sikap pimpinan PAS zaman berzaman sesuatu itu menjadi haram bila dilakukan oleh orang lain dan secara 'auto' bertukar halal bila ia dilakukan oleh PAS sendiri.

Itulah hakikat yang mahu tidak mahu perlu diterima oleh semua, berbalik kepada isu cukai, sekadar makluman cukai pintu yang dikenakan kerajaan PAS Kelantan di premis ibu saya (seorang ibu tunggal terlantar akibat stroke) yang terletak di Jalan Dato' Lundang Kota Bharu ialah RM183 untuk 6 bulan atau bersamaan dengan RM366 setahun bagi sebuah premis.

Bayangkan sebuah premis  usang kayu + batu berkeluasan 20x30 yang disewakan RM550 sebulan  dikenakan cukai pintu oleh kerajaan PAS Kelantan sebanyak RM1 sehari @ RM366 setahun?

Cukai pintu adalah satu jumlah cukai yang tetap dikenakan samada premis tersebut berpenyewa atau sebaliknya. Sedangkan tuan premis berisiko tinggi apabila premis tidak ada penyewa atau penyewa lari dengan tidak membayar sewa dan meninggalkan tunggakkan bil elektrik dsbnya.

Semua risiko ini ditanggung oleh tuan rumah, itu belum lagi dikira dengan kos maintenance seperti bumbung bocor, paip bocor, tekanan air rendah dll.

Ada kerajaan PAS Kelantan ambil kira hal itu ? Jumlah cukai RM366 setahun tanpa merasai sebarang perkhidmatan atau insfrastruktur sepadan dari PBT adalah satu hal yang sangat zalim, berbeza kalau kita guna elektrik dan dicaj RM30 sebulan, kita dapat rasa perkhidmatan itu, cthnya buka lampu menyala...

Sebaliknya cukai RM366 setahun yang dikenakan oleh kerajaan PAS Kelantan kita tak dapat apa-apa, yang dapat bila buka telinga maki hamun, retorik dan janji kosong itu sahaja.

Terus terang saya katakan jumlah cukai pintu yang dikenakan oleh Kerajaan PAS Kelantan terhadap premis ibu saya ini jauh lebih zalim dan HARAM, saya bertanggungjawab dengan pengHARAMan ini dunia dan akhirat.

Disebabkan itu juga bagi saya cukai GST ini biasa sahaja walaupun saya tidak menyokong dan agak beban menanggungnya, kerana saya sudah rasa cukai yang lebih teruk dan zalim dari itu.

Sekarang ini pula dikhabarkan PBT dibawah Kerajaan PAS Kelantan sedang menjalankan operasi sita dan kunci keatas premis yang gagal membayar cukai pintu setelah notis amaran dikeluarkan.

Semalam abang saya bertanya saya samada sudah bayar ataupun belum cukai pintu ekoran notis yang dikeluarkan PBT itu. Namun dalam situasi hari ini tidak ada jawapan lain yang mampu saya jawab selain dari "Biar nga kuncilah, aku duk dale jail!.". Anda Mampu Mengubahnya.
 "Kerajaan ??? 2x5"

Ingatkan Pelajar UiTM Je, Rupanya Mufti Pun Keliru Bila Menteri Bertaraf Chef @ahmadmaslan

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan yang agak sinonim dan terkenal kerana sering mengeluarkan kenyataan kontroversi sekali lagi berdepan situasi sama sebelum meminta supaya pelajar tidak terus memanipulasikan kenyataannya berhubung dengan saranan beliau supaya pelajar masak sendiri bagi mengurangkan beban Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

"Saya tidak kata masak di kampus, saya kata masak sendiri, lebih setengah pelajar tinggal di rumah sewa dan saya sarankan mereka untuk masak sendiri.

"Saranan itu bukan untuk pelajar yang duduk di dalam kampus. Kita juga sudah nasihatkan pengusaha kafe di dalam kampus untuk menjual dengan harga berpatutan," Katanya.

Apakah bercakap bab memasak ni menggambarkan intelektual seorang Menteri dalam negara yang sedang menuju wawasan 2020 ? Nak bercerita pasal masak-memasak ni ada eloknya jadi 'Chef' jangan jadi Menteri.

Perkara seperti itu tak memerlukan seorang bertaraf Menteri yang bercakap, buang masa, pelajar pun boleh fikir sendiri, lecturer pun boleh beritahu benda macam tu.

Menteri mesti bercakap atau lakukan apa yang orang biasa tidak ada kuasa untuk lakukan, contohnya memastikan (bukan sekadar nasihat) kafe tidak menaikkan harga dsbnya.

Bagaimanapun kenyataan yang mencabar intelek rakyat seperti ini bukanlah pertama kali yang dikeluarkan oleh Menteri, kelihatan ia sudah sinonim, jika hal ini berterusan bagaimana akhirnya pandangan rakyat terhadap kerajaan ?

Hampir semua lapisan masyarakat terkeliru dengan kenyataan Menteri, dari pelajar IPTA, Prof, sehinggalah Mufti, orang kampung lagilah.....

Kita belum bercadang untuk menyenaraikan kesemua kenyataan kontroversi Menteri, cuma diharapkan Menteri tidak berterusan mengeluarkan kenyataan bod#% yang akan mengurangkan rasa hormat rakyat kepada Menteri dan kerajaan. Anda Mampu Mengubahnya.

'Menyesal tak belajar rajin dulu, kalaulah rajin, dapat pointer 3.85 boleh jadi Menteri'

1MDB & Altantuya - Antara Persoalan Tun M Dan Jawapan @NajibRazak !

Satu wawancara khas bersama YAB Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak telah disiarkan secara langsung oleh TV3 pada malam tadi. Namun seperti biasa ada yang dilihat berpuas hati dan tidak kurang juga yang sebaliknya.

Dalam wawancara itu PM telah menjawab beberapa  isu, cuma yang mungkin agak menarik ialah isu  berkaitan pembunuhan model Mongolia dan juga isu 1MDB.

Isu pembunuhan Altantuya


Isu yang sangat tidak relevan yang tidak patut disoal dan dijawab. Entah dimana kaitannya untuk mengaitkan Najib dengan pembunuhan wanita Mongolia itu. Tuduhan yang langsung tidak berasas jauh sekali untuk dibuktikan dengan 'air mani' seperti dalam kes Saiful Bukhari..

Sebenarnya tuduhan jenayah lebih-lebih lagi kes bunuh melibatkan Perdana Menteri tidak patut berlaku dan terus dibiarkan, ia memberi kesan kepada rakyat dan negara dimata dunia, keterbukaan Najib sebagai Perdana Menteri harus ada sempadannya.

Peruntukkan undang-undang diperlukan dalam menangani tuduhan seperti itu (tidak berasas atau tanpa bukti) keatas Perdana Menteri, tuduhan terlibat dengan rasuah boleh lagi diterima, tapi menuduh seorang Perdana Menteri terlibat dengan jenayah bunuh tanpa bukti adalah sangat jahat dan keterlaluan.

Bayangkan kes yang berlaku ketika Najib belum lagi mempunyai kuasa penuh kerana ketika itu Pak Lah sebagai PM, adakah masuk akal jika Najib terlibat dan boleh terlepas dikala kuasa besar masih berada ditangan Pak Lah.

Begitu juga dengan tertuduh, hampir 8 tahun berlalu dan mahkamah juga telah menjatuhkan hukuman namun tidak seorang pun yang mengaitkan nama Najib, Sirul sendiri pun tak kata Najib terlibat, jadi dimana asasnya untuk mengaitkan kes ini dengan Najib.

Lagipun wanita yang dibunuh itu adalah warga Mongolia, jika ada bukti Najib terlibat takkanlah negara Mongolia yang mempunyai kerajaan hendak membiarkan kematian rakyatnya begitu sahaja.

Kesimpulan dari itu isu ini sebenarnya tak perlu dinafi atau dijawab, langsung tidak ada kaitan dengan Najib, malah tindakkan atau peruntukkan undang-undang diperlukan demi menjaga nama baik Perdana Menteri dan negara dari terus difitnah dengan jenayah sejelik ini.

Isu 1MDB yang dibangkitkan Tun M

Berbeza pula dengan Isu 1MDB, isu ini adalah relevan dan pengurusannya wajar untuk dipersoalkan sepertimana yang dibangkitkan oleh negarawan Tun Dr Mahathir Mohamad antaranya kemana hilangnya RM42 Billion yang dipinjam oleh 1MDB.

Selain itu Tun M turut mempersoalkan peranan seorang individu bernama Jho Low.

Apakah Jho Low berperanan seperti Tun Daim Zainuddin yaitu sebagai Menteri Kewangan diera pemerintahan beliau?

Dalam pada itu Tun M juga mempersoalkan dari imana datangnya ratusan million Ringgit untuk membeli bangunan-bangunan dan melabur dalam filem “The Wolf of Wall Street” oleh Riza Aziz, anak tiri Dato Seri Najib.

Persoalan yang ditanya itu menurut Tun M disebabkan hutang berbillion ini akan ditanggung  oleh rakyat. Selaku seorang yang pernah menjadi Perdana Menteri, sudah pasti apa yang Tun M persoalkan itu ada asasnya, dan beliau mempunyai kredibiliti untuk mempersoalkannya. Semua pihak perlu terimanya secara terbuka apatah lagi pihak yang tidak pernah menjadi PM.

Isu 1MDB Jawapan PM kepada Tun M

Jawapan PM dalam sesi wawancara khas malam tadi mengenai isu ini lebih bersifat umum, jawapan yang diberikan kurang terperinci berbanding persoalan yang dilontarkan oleh Tun M seperti RM42 Billion, Jho Low dan Riza Aziz.

Mungkin disebabkan faktor masa dan kesesuaian PM tidak menyebutnya satu persatu tetapi memberikan satu jawapan bagi keseluruhan persoalan. Tidak dinafikan ada yang tidak berpuas hati dengan jawapan PM.

Namun saya percaya persoalan yang Tun M timbulkan juga pokok pangkalnya adalah ingin mengetahui kemana wang RM42 Billion itu saja, soal Jho Low ke, Riza Aziz ke itu semua tak penting kalau RM42 Billion itu ada dan selamat.

Sama juga contohnya sebelum kita melabur di ASB, kita akan tanya halal ke,? ASB berniaga apa ? Tak masuk neraka ke melabur kat ASB ? Siapa umum halal ? Bila diumum ? Mampu ke ASB nak bayar dividen setiap tahun dsbnya. Bila Majlis Fatwa putuskan halal dan ASB beri jaminan mampu, dengan dua jawapan itu bukankah sudah menjawab kepada persoalan-persoalan berkenaan.

Dalam isu 1MDB, menurut PM, 1MDB  terpaksa membuat pinjaman untuk kembangkan perniagaan, tapi apa yang pasti aset-aset yang telah pun diperoleh oleh 1MDB melebihi liabiliti, sekali lagi diulanginya yaitu melebihi liabiliti.

Kesimpulan dari jawapan Najib dapat difahami secara ringkasnya dimana Najib meminta rakyat supaya tidak perlu risau akan pengurusan 1MDB, apapun yang berlaku tidak ada masalah kerana aset yang dimiliki oleh 1MDB melebihi liabiliti.

Mengenai ketelusan pengurusan pula rakyat juga tak perlu khuatir, kerana bukan beliau, Rosmah atau Jho Low yang audit, sebaliknya akan diaudit oleh firma antarabangsa sama seperti PKFZ, cuma 1MDB lebih telus lagi kerana akan disemak semula oleh Ketua Audit Negara dan PAC yang turut mempunyai wakil dari pembangkang. Anda Mampu Mengubahnya.

Video Skandal @ahmadmaslan Sekali Lagi Diaibkan

1Malaysia dikelentong gara-gara percaya akan video yang telahpun diedit yang kononnya Sultan Johor enggan bersalam dengan Timb Menteri Kewangan GST Datuk Ahmad Maslan.

Dunia serba canggih pada hari ini memerlukan penelitian terhadap sesuatu sumber maklumat yang diterima, jika sebaliknya kita akan sentiasa berbau 'hancing' ekoran dikencing dan diperbodohkan oleh segolongan puak yang tidak bertanggungjawab.

Pengeditan video ini dapat dikesan menerusi saat 1 hingga ke 6. Ada beberapa pergerakkan 'cepat' yang disunting dapat dikesan disitu, antaranya pergerakkan muka dan tangan kanak-kanak berbaju kuning, hilangnya jurugambar yang berada disebelah kiri dan juga pergerakkan 'cepat' Polis serta Sultan sendiri.

Sekali pandang mungkin ramai yang tidak perasan video ini telah diedit, hakikatnya Ahmad Maslan bersalam seperti biasa dengan Sultan sebelum video ini disunting.

Jadi agak kurang wajarlah jika kerana tidak sukakan GST, fitnah yang mengaibkan ini disebarkan sehingga memaksa Menteri tersebut menyiarkan beberapa gambar untuk memperlihatkan bahawa Sultan tidak punyai masalah dengan beliau. Anda Mampu Mengubahnya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...