Showing posts with label pbb. Show all posts
Showing posts with label pbb. Show all posts

Kenyataan Pertama Dari PBB Berhubung Krisis Di Lahad Datu

SHAH ALAM - Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) menggesa agar krisis di Sabah ekoran pencerobohan pengikut Sultan Sulu bulan lalu dihentikan dan mahu semua pihak yang terlibat berdialog untuk mencari resolusi secara aman.

"Setiausaha Agung (Ban Ki-moon) bimbang dengan impak situasi ini ke atas orang awam termasuk pendatang asing di rantau ini.

"Beliau menggesa semua pihak menyediakan ruang bagi bantuan kemanusiaan dan bertindak mengikut norma dan standard antarabangsa," kata jurucakapnya dalam satu kenyataan dikeluarkan di New York, semalam.

Ini kali pertama PBB mengeluarkan kenyataan berhubung insiden di Sabah yang berlarutan hampir sebulan.

Pasukan keselamatan Malaysia melancarkan serangan ke atas kumpulan penceroboh, yang kini dilabel sebagai pengganas, selepas enggan menerima tawaran akan keluar dari Lahad Datu dan menyerah diri. - Sinar Harian
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...