5KES TERBARU PIL KUDA DI Kelantan

PENGANGGUR DIDENDA RM 5500 MILIKI PIL KUDA
KOTA BHARU – Mahkamah Majistret semalam mengenakan hukuman denda RM5,500 terhadap seorang penganggur selepas didapati bersalah memiliki dan menagih dadah jenis metamphetamine dalam satu tangkapan di Jalan Guchil Bayam, di sini, Mei lalu.

Hukuman diputuskan Majistret Muhamad Hafiz Mohd Nooh terhadap Faiz Asyraf Hamzah, 21 mengikut Seksyen 12(2) dan 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan denda tidak lebih RM100,000 atau penjara tidak lebih lima tahun jika sabit kesalahan.

Berdasarkan pertuduhan pindaan pertama yang dihadapi, dia didakwa memiliki 0.09 gram dadah metamphetamine di hadapan sebuah kedai runcit di jalan berkenaan pada jam 3.30 petang, 25 Mei lalu manakala dituduh menagih pada pertuduhan pindaan kedua pada tarikh sama.

Susulan kesalahan itu, Muhamad Hafiz dikenakan pengawasan selama dua tahun di balai polis Kubang Kerian pada 12 hari bulan setiap bulan.


Dalam pada itu, seorang mekanik dijatuhi hukuman enam bulan penjara selepas didapati bersalah menagih dadah jenis sama, 14 Jun lalu.

Zaky Yusof, 38 turut dikenakan pengawasan di balai polis Kota Bharu pada tarikh sama setiap bulan. Kedua-dua pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya negeri, Nabilah Nizam.


PEMUDA DIDAKWA MILIKI 1,892 PIL KUDA

KOTA BHARU - Seorang pemuda yang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, semalam berdepan hukuman penjara seumur hidup selepas dituduh memiliki 1,892 biji dadah pil kuda (metamphetamine) di Kampung Kor Beta, 2 Oktober lalu.

Pertuduhan terhadap Kamaruzaman Hanafi, 26 dibuat di hadapan Hakim Zainal L Saleh mengikut Seksyen 12(2) Akta Berbahaya 1952 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 39A (2) akta sama.

Berdasarkan dakwaan yang dihadapi, Kamaruzaman dituduh memiliki dadah seberat 189.2 gram berkenaan di kawasan kampung itu pada jam 12.45 pagi, tarikh berkenaan.

Berikutan tuduhan itu, dia berdepan hukuman tersebut atau penjara tidak kurang lima tahun dan juga akan dikenakan sebat tidak kurang 10 sebatan, jika sabit kesalahan.

Pada prosiding jam 11.30 pagi semalam, tertuduh bagaimanapun mengaku tidak bersalah.

Susulan itu, Timbalan Pendakwa Raya negeri, Ahmad Salam Yusof memohon kes ditangguhkan untuk laporan kimia sebelum Zainal menetapkan ia disambung semula pada 14 November depan.

Tertuduh yang beralamat di Kampung Mesa Beta Hilir, di sini tidak ditawar sebarang jaminan kerana tuduhan serius yang dihadapinya.

TANGKAPAN OLEH UPP
Pada 25/07/2010 lebih kurang jam 1700 hrs, sepasukan anggota UPP Pengkalan Kubor dengan diketuai oleh Sarjan Wan Yahya telah membuat satu serbuan dikawasan perkuburan Melayu Kampung Chenderong Batu, Wakaf Bharu, Kelantan setelah membuat intipan.
Dalam serbuan itu pasukan telah berjaya menahan sebuah motosikal yang ditunggang seorang lelaki berumur 27 tahun rakyat tempatan. Hasil pemeriksaan keatas lelaki tersebut pasukan menjumpai pil-pil bewarna kemerahan dalam miliknya 410 biji. Pemeriksaan lanjut pada motosikal yang ditunggang oleh suspek, pasukan telah menemui sejumlah 140 biji pil-pil kemerahan.
Pil-pil tersebut disyaki dadah jenis Methanphetamine. Jumlah keseluruhan pil-pil tersebut sejumlah 550 biji. Kesemua pil-pil tersebut dianggarkan berharga Tiga Belas Ribu Tujuh Ratus Lima Puluh Ringgit (RM13,750.00) dipasaran.
Kesalahan dibawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. Jika sabit kesalahan boleh dihukum mati mandatori.
FAKTA KES:
Rampasan-
* Pil-pil kuda berjumlah 550 biji
* 1 buah motosikal Honda EX-5
Tangkapan:
* Seorang lelaki Melayu Rakyat Tempatan
* Anggaran harga pasaran RM13,750.00
* Kes Ke-2 tahun 2010 UPP Pengkalan Kubor
Ahmansah Bin Ahmad
Penolong Setiausaha
Unit Pencegah Penyeludupan (UPP)
Bahagian Kepolisan Dan Keselamatan Sempadan
Kementerian Dalam Negeri

PIL KUDA RAMPASAN TERBESAR

Kejadian Ni berlaku Di Kampung Aku, dan tertuduh Memang aku kenali bahkan satu sekolah dengan aku dan umurnya sebaya dengan adik aku, Yang menariknya tentang tertuduh ialah, beliau memang licik hinggakan kebanyakan orang tidak mengsyaki kegiatan nya, bahkan Orang tua tua di kampung banyak memuji beliau yang katanya pandai cari duit dan tidak ada perangai buruk, tapi bagi golongan remaja memang ramai yang dah tahu kegiatan beliau…,Link
Bahkan setahu aku tertuduh memang tak tahu membaca dan menulis, apa pun korang baca berita yang dipetiK daripada Utusan Malaysia

Pengedar Pil Kuda – Rampasan Pil Kuda Terbesar Tahun INI
KOTA BHARU 14 Mac – Polis menahan seorang pengedar dadah dan merampas 21,390 biji pil kuda yang dianggarkan bernilai RM427,000 dalam serbuan di rumahnya di Nilam Puri, dekat sini Sabtu lalu.

Ketua Jabatan Narkotik negeri, Supritendan Md. Azmi Othman berkata, dalam rampasan terbesar tahun ini tersebut, polis turut menyita dua kenderaan milik suspek jenis Honda Civic dan Perodua Myvi.

Beliau berkata, polis juga menemui wang tunai RM73,711 dipercayai hasil urusan jual-beli dadah, dalam boot Perodua Myvi itu.

Jelasnya, ketika serbuan dibuat, suspek warga tempatan berusia 20-an sedang bersembunyi dalam tangki air bahagian atas rumahnya dan cuba melarikan diri, namun berjaya diberkas.

“Polis bertindak atas maklumat awam dan ketika serbuan suspek seorang diri di rumah itu kerana ibu bapanya difahamkan sedang menjalankan perniagaan di Ketereh.

“Suspek cuba melarikan diri dengan menyorok di dalam tangki air di rumah itu, namun kita berjaya menahannya,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen negeri di sini, hari ini.

Md. Azmi berkata, suspek kini direman sehingga Sabtu ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

Sementara itu, beliau memberitahu, bagi wang dirampas, suspek disiasat mengikut Seksyen 32 Akta Dadah Berbahaya Perlucutan Hak Harta 1988 kerana dipercayai hasil daripada urusan jual-beli dadah.

Menurutnya, siasatan awal mendapati suspek menjadi pengedar dadah di negeri ini secara bersendirian tanpa mana-mana sindiket atau kumpulan.

“Suspek masih bujang dan tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau, manakala ujian air kencing dilakukan terhadapnya menunjukkan hasil negatif.

“Kesemua dadah itu dipercayai diperoleh dari negara jiran dengan nilai borong RM266,800 manakala hasil jualannya boleh mencecah RM427,000,” ujarnya.

ULASAN GK

Dimanakah pemimpin masyarakat untuk tampil bersama membanteras jenayah yang semakin berleluasa ini?Jika Polis mengambil tindakan maka Penjara yang ada sekarang tidak mampu untuk menampung bilangan penagih dan juga pengedar Dadah,Bila Kerajaan Pusat menambah atau membesarkan Penjara Pakatan Rakyat akan bangkit menyatakan kerajaan menggalakkan penagih untuk beristirehat dan akan merugikan negara dengan menanggung kos keperluan harian penagih.

Pemimpin yang kononnya untuk mendaulatkan Islam hampeh lagi haprak.Cakap bolehlah,Bikin tengok apa jadi,Mati hidup semula pun tak boleh percaya dengan puak-puak sesat ni.Rakyat Kelantan akan menghadapi BALA besar sekiranya masih memilih PAS untuk memerintah.Lihatlah nanti benar ataupun tidak kata-kata GK ini.Bahawasanya RAKYAT KELANTAN AKAN MENDAPAT BALA BESAR SEKIRANYA KEKALKAN PAS UNTUK MEMERINTAH.

Kerana semakin hari bilangan penagih Pil Kuda ini meningkat tanpa perhatian dari pemimpin dan masyarakat,Mereka hanya mengaharap pihak polis 100peratus,Sedangkan seperti yang GK cakaplah kalau polis bertindak takkan muat penjara tu.Sedangkan mengcegah lebih baik dari mengubati.Kenapa perkara ini mesti terjadi di Kelantan sedangkan negeri Kelantan dikatakan dibawah kepimpinan Ulamak.Inilah buktinya wahai rakyat Malaysia yang ku cintai.

Ulamak mulut busuk yang selalu maki hamun dan mengtekedarah balak tidak boleh dibiarkan lagi untuk memerintah Kelantan.Sebelum semakin ramai belia remaja Kelantan akan rosak otaknya atau gila kerana penagihan Dadah Pil Kuda lebih baik tukar kerajaan.Kerana sekarang inipun sudah berapa ramai belia Kelantan yang kerosakkan otak akibat penagihan dadah tersebut.Ini bukan sebarang cakap,Jika ada yang merasa sangsi anda boleh menghubungi GK dan bersama untuk turun padang serta meninjau keadaan ini.
Lebih dasyat lagi Facebook pil kuda juga diwujudkan dan anda boleh tengok dengan mata kepala anda sendiri loghat bahasa yang digunakan oleh fans tersebut.Sila Klik .

Selesai tengok sila laporkan kepada Nik Aziz,Jangan hanya reti berceramah politik sahaja.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.