19 NOV GENAP 26 TAHUN MEMALI NASIHAT UNTUK BOB LUKMAN


Tanggal 19 November 1985 menjadi satu sejarah hitam buat negara. Hari ini genaplah 26tahun dimana berlakunya peristiwa tersebut. Al-fatihah untuk semua yang terkorban dalam peristiwa ini.
Memali satu peristiwa yang tidak dapat dilupakan oleh seluruh rakyat Malaysia yang menganggap Kerajaan BN yang zalim dalam peristiwa ini. Kita telah lupa bagaimana firman Allah dan juga Hadis Nabi mengenai wajibnya rakyat mentaati pemimpin. Allah Maha Mengetahui, Setiap larangannya adalah kebenaran yang wajib kita sebagai hamba mentaatinya.

Bertintalah kita diatas kebenaran yang hak, GK tidak bermaksud untuk menyinggung mana-mana pihak tetapi cuma berkongsi pandangan bilamana ada diantara mereka yang masih menimbulkan peristiwa ini. Jika Perbahasan Parlimen seperti yang dipaparkan diatas kita hayati maka satu kesimpulan dapat kita teliti mengenai kenyataan arwah Ibrahim Libya yang disampaikan oleh MP Shah Alam tanpa dijawab kemas oleh arwah Fadzil Noor yang juga merupakan Presiden PAS ketika itu.

Perkara ini tidak seharusnya menjadi satu modal politik untuk meraih simpati daripada rakyat, cuba kita fikir secara ilmiah apa yang dinyatakan itu ada kewajarannya untuk kerajaan mengambil tindakan yang sepatutnya. Andainya GK berkata ingin menyerang sesiapa sahaja dengan Pedang terutamanya MB Kelantan, apa tindakkan yang akan diambil oleh kerajaan PAS untuk menghalang GK dari berbuat demikian. Berfikirlah kita dengan rasional.

Isu yang cukup sensitif ini cukuplah setakat itu dan mengambil iktibar daripada Peristiwa tersebut ingin GK nasihatkan kepada abang Bob Lukman supaya lebih berhati-hati didalam perjuangan PAS. Pucuk pimpinan PAS tidak seorangpun akan sanggup untuk mati syahid yang telah didambakan oleh mereka, sehingga hari ini semuanya masih hidup terutama musyridul amnya. Ketika perhimpunan Bersih 2.0 juga telah meragut nyawa seorang peserta, tapi dimana Nik Aziz ketika ini ?

Gaya perjuangan abang Bob Lukman adalah satu penampilan taksub yang akan merugikan diri sendiri, percayalah PAS cukup hebat untuk mempengaruhi pengikutnya dengan menggunakan agama sebagai modalnya. Jika di ceramah pula dapat kita lihat bagaimana pemimpin PAS memainkan kata-kata untuk menarik perhatian hadirin supaya menderma kepada parti mereka, gimiknya cukup senang "Lihatlah tuan puan, demi perjuangan fi sabilillah, ada diantara kita yang sanggup menderma seutas RANTAI EMAS ini, Alhamdulillah semoga Allah memberi ganjaran kepadanya".

Kita yang mendengar ceramah ketika itu akan teruja dan tidak rasa sayang untuk dermakan wang kita kepada perjuangan mereka. Sentimen yang dimainkan adalah sangat hebat kerana mereka menggabungkan konsep Islam didalam perjuangan mereka, namun mereka telah terpesong dan menyalahgunakannya.

Janganlah kita terlampau taksub dengan perjuangan PAS, perjuangan mereka bukan perjuangan ISLAM, BUKAN PERJUANGAN ISLAM YANG SEBENARNYA. Banyak buktinya dan GK bersedia untuk berhujah dengan mana-mana penyokong taksub Pas atau dengan Abang Bob sendiri diatas kapasiti GK seorang orang awam bukan ahli mana-mana parti politik. Untuk pimpinan PAS cukuplah menghasut rakyat, kasihanilah mereka. Anda mampu mengubahnya.

4 comments:

  1. padahal dia pinjam rantai muslimah pas.kawe tahu kawe tgk doh...haha kantoi2

    ReplyDelete
  2. boko haram di nigeria, taliban di afganistan, JI di indonesia dan PAS di Malaysia..

    ReplyDelete
  3. Aku bengong kade2 main nga kerajaan ni,bakpo dio xleh wak tubik dale tv perjelas cerito sebenar ko rakyat .kenapo kerajaan bertindak demikian.ni baru tahu cerito sebenar,bare dale parlimen xleh jawab napok lah weh.

    ReplyDelete
  4. kalau pas tak membela islam...siapa yg akan membela islam....semua orang menentang islam pada zaman ini....jangan sampai tuhan turunkan bala kat malaysia..di sebabkan tiada orang yang mahu menegur perkara mungkar yang terang2 berlaku di malaysia pada masa sekarang....sedar lah semua...apa pun fahaman politik kita...jgn lupakan agama islam....berjuanglah demi islam tidak kira anda di pihak pas atau umno.....hapuskan maksiat di malaysia..

    ReplyDelete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.