MEREDAH BADAI hemPAS di RANJANG !!!

Inilah keadaan sebenar aktiviti sebahagian golongan muda di negeri Kelantan, ketika aksi ini dirakamkan jam menunjukkan hampir pukul 4 pagi. Agaknya Nik Aziz sedang tidur nyenyak ketika ini, Tapi bagaimana pula dengan Adun Selinsing dan Dabong ? Entahlah mungkin nyenyak juga dibuai mimpi-mimpi yang indah, Tetapi dua pasangan ini sedang mencari arah tuju untuk dihempaskan lena yang ranggi. Dimana unit dakwah PAS? Jom bersama mencegah kemungkaran. Untuk klip video dan selanjutnya Sila Klik  .Anda mampu mengubahnya.

KENAPA WANITA TAKKAN MELUPAKAN PAS ???

14.3.1991 - KELANTAN ANAK TIRIKAN FARIDAH MAT SAMAN
Kota Bharu, Rabu : Johan qariah ujian tilawah al-Quran peringkat antarabangsa yang paling lama, berkata walaupun berjaya dalam ujian itu tahun ini, tetapi ia tidak begitu bermakna kerana seolah-olah dianak tirikan oleh Kerajaan Kelantan.



 
30.4.1991 - PERLANTIKAN TIDAK BERCANGGAH
Baling, Isnin : Menteri Besar kelantan berkata perlantikan Ketua Dewan Muslimat Pas, Hajah Kalsom Othman sebagai Senator tidak bercanggah dengan kehendak Islam. "Tidak salah dalam Islam bagi wanita yang memegang jawatan dalam parti serta menjadi wakil kepada rakyat."

29.6.1991 - PAS HARAM WANITA MAIN MAKYONG.
Kota Bharu, Jumaat : Kerajaan Kelantan pimpinan Pas mengharamkan wanita Islam berumur 15 tahum membabitkan diri dengan semua kegiatan seni dan pertunjukkan kebudayaan termasuk Makyong dan drama pentas. Menteri Besar juga memberi amaran akan mengharamkan pertunjukan Dikir Barat, jika mereka terbabit menampilkan wanita sebagai penyanyi dan menggunakan perkataan lucah dalam persembahan mereka.

LARANGAN PAKAI GINCU MELAMPAU.
Kota Bharu: Datuk Nik Aziz melarang kakitangan wanita bersolek termasuk memakai gincu bibir. (Utusan Malaysia 12.8.1996)

20.7.1999 - KELANTAN AMNIL PEKERJA WANITA KURANG RUPAWAN.
Kota Bharu, Isnin: Wamita yang tergolong dalam kategori 'rupawan' mungkin terpaksa berfikir dua kali sebelum memohon untuk bekerja di Kerajaan Negeri Kelantan pada masa akan datang. Ini berikutan Nik Aziz membayangkan kemungkinan mangambil wanita kurang rupawan sebagai kakitangan kerjaan selaras dasar terus memberi wanita bekerja.

17.3.1999 - PAS KAJI LARANG WANITA BEKERJA
Kota Bharu, Selasa : Kerajaan Pas Kelantan mengkaji kemungkinan melarang wanita bekerja. Nik Aziz berkata tidak adil membiarkan wanita bekerja kerana lelaki dari segi fitrahnya mempunyai tanggungjawab mencari nafkah bagi menanggug kehidupan keluarga.

21.7.1999 - WANITA RUPAWAN SENANG DAPAT SUAMI KAYA.
Kota Bharu, Selasa : Nik Aziz berkata cadangan kerajaan negeri memberi pekerjaan kepada wanita kurang rupawan kerana wanita rupawan biasanya mempunyai suami kaya. Oleh itu, katanya jika wanita rupawan tidak bekerja ia tidak menimbulkan masalah kepada mereka.

18.2.2000 - KELANTAN KAJI LANTIK PEGAWAI WANITA PENCEGAH MAKSIAT
Kota Bharu, Khamis: Kerajaan Kelantan akan mengkaji cadangan untuk melantik pegawai pencegah maksiat wanita yang bertanggungjawab menangkap dan mengintip kes jenayah syariah, termasuk kes maksiat membabitkan wanita.

26.5.2001 - NIK AZIZ BENARKAN WANITA SERTAI TILAWAH AL-QURAN
Kota Bharu, Jumaat : Nik Aziz berkata Kelantan akan membenarkan wanita menyertai tilawah al-Quran mulai tahun depan tetapi terhad kepada tilawah anjuran kerajaan negeri sahaja. "Ini kerana tilawahyang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri tidak mengambil kira lagu dan kemerduan suara seseorang qariah".
Anda mampu ubah dan pasti ubah... 

AWAS !!! JAMBATAN MAUT PULAU MELAKA MENANTI MANGSA

KOTA BHARU – Kejadian jambatan yang roboh disebabkan arus deras di mukim Kuau, Bachok minggu lalu turut menimbulkan kebimbangan penduduk di Kampung Pulau Melaka berhubung sebuah jambatan lama di kampung itu  yang mungkin akan mengalami nasib yang sama.

Berita selanjutnya Sila Klik.

ISU JUDI - DAP KENCING HUSAM, ALWI KANTOIKAN PAS



Tengoklah sendiri macammana PAS diperkudakan oleh DAP, cakap banyak tak guna, lu pikirlah sendiri, jangan jadi bodoh, yang kononnya cina DAP call Husam untuk halang lesen judi kerana DAP telah terpengaruh dengan dakwah PAS. Sebaliknya....hahahaha, gua tak mau cakap,lu tengoklah sendiri, Nanti lu punya negara MALAYSIA ini pun PAS kasi pada DAP..Ore kelate puok kito mampu mengubahnya.

PANAS !!! TINGGALKAN SAJA NIK AZIZ - HJ HADI



 Inilah sebenarnya hakikat sebuah Parti yang kononnya memperjuangkan Islam, Sebuah parti yang tidak pernah sudah dengan Retorik, tapi Alhamdulillah Umno tidak seperti parti tersebut, Umno telah melahirkan ramai pemimpin yang berkaliber dan berpengetahuan agama tanpa memaki hamun Parti lawan, Hujah yang kuat serta dalil yang sempurna dan tidak terlalu extreme itu membuatkan semakin ramai rakyat terpikat.

Buktinya anda boleh pergi ke kawasan YB Kok Lanas ini dan lihat dengan mata anda sendiri bagaimana cara seorang YB yang prihatin kepada masalah rakyat, Sehinggakan Pekan Kok Lanas kini menjadi sebuah pekan yang maju dan menyediakan banyak peluang pekerjaan kepada penduduk setempat. Tidak hairanlah jika PRU13 ini beliau masih mengekalkan kerusi tersebut, kerana rakyat sangat yakin dan percaya kepada beliau. Jika kita mempunyai kesedaran seperti orang Kok Lanas yang cerdik-cerdik. Buktikan dan anda mampu mengubahnya.

PENYAMUN TARBUS CUTI SEKOLAH BERMAHARAJALELA DI KELANTAN

Kejadian pecah rumah membabitkan beberapa taman perumahan dan kampung sekitar bandar ini, semakin membimbangkan apabila sasaran pencuri kini dua rumah dalam satu malam sejak beberapa bulan lalu.

Berdasarkan laporan dalam tempoh empat bulan kebelakangan ini, lebih 25 kes pecah rumah berlaku membabitkan Taman Kesedar Jaya, Taman Mesrawangi, Kampung Tiong dan Kampung Lembaga hingga penduduk kerugian ribuan ringgit.

Penduduk yang semakin takut dengan kejadian berkenaan, terpaksa membatalkan hasrat untuk bercuti pulang ke kampung pada musim cuti persekolahan. Pencuri mensasarkan rumah yang tiada penghuni, seperti yang terbaru, berlaku Ahad lalu di Taman Kesedar Jaya.

Mohd Shukri Hassan, 40, berkata, kejadian awal pagi Ahad itu adalah yang kedua selepas kejadian pertama awal Ramadan lalu. Katanya, kejadian kali kedua itu dipercayai berlaku jam 3 pagi ketika dia bersama isterinya Azimah Ab Halim, 36, bercuti di rumah saudara di Kuantan.

“Kami yang sampai jam 8 malam, mendapati keadaan dalam tiga bilik tidur berselerak dan jeriji besi pintu dapur terbuka. “Selain itu, pelbagai barang berharga yang hilang termasuk tabung wang syiling milik anak,” katanya.

Mohd Shukri berkata, selepas pencuri itu memecah masuk rumahnya, rumah Timbalan Pengurus Besar Kesedar, Ramli Mat Zain yang terletak berdekatan pula cuba dipecah masuk. “Tetapi gagal kerana Ramli ternampak ketika pencuri itu menggunting pagar, namun pencuri sempat melarikan diri,” katanya. Katanya, dia enggan membuat laporan polis dalam kejadian kedua itu kerana laporan kejadian pertama tidak berkesan.
Sumber Sinar Harian