BN TABUR WANG PR TABUR FITNAH HEBAT BUKAN!!!

Petikan yang GK petik dari blog MIK "Chegu Bard berkata, berdasarkan maklumat terkini yang diterima oleh pihaknya, pembubaran Parlimen dijangka akan dilakukan oleh Perdana Menteri sekitar 11 November ini.

Menurut beliau, tindakan tersebut sememangnya di luar jangkaan orang ramai, tetapi maklumat terkini mengenai perkembangan itu diperolehi oleh pihaknya daripada sumber-sumber dalaman yang boleh dipercayai".

Walaubagaimanapun petikan diatas tidak dapat dipastikan lagi kebenarannya,Namun apa yang hendak GK sentuh disini adalah jika petikan tersebut menjadi realiti berlakunya pembubaran parlimen pada 11November ini,Maka GK sependapat dengan Tun Dr Mahathir bahawa BN akan kalah teruk dalam PRU13 nanti.
Apapun kita tunggu dan lihat,Pada pandangan GK,kekalahan BN bukan disebabkan kelemahan pentadbiran didalam kerajaan,Akan tetapi isu yang dibawa pembangkang mempunyai value yang sangat tinggi untuk dipercayai oleh rakyat,Kepakaran yang ada dan digunakan dalam perang saraf oleh PR menjadi penyebab utama kekalahan BN nanti.

Fitnah demi fitnah yang ditaburkan kepada kerajaan BN terutama pemimpin tertingginya dan isteri serta anak menjadi penyumbang untuk memenangkan PR pada pilihanraya nanti,Mesti diketahui bahawa taktik PR pada kali ini adalah mencipta FITNAH sebaik mungkin kepada Perdana Menteri dan keluarga,Ini disebabkan faktor kemenangan besar PR pada PRU12 adalah dengan mengisukan PM Paklah serta anak menantunnya.Mereka mengandaikan falsafah cina ibarat seekor ikan yang buruk di kepala secara langsung akan menyebabkan semuanya akan buruk.
Kelemahan jentera BN dalam serangan balas menerusi alam cyber perlu diberi perhatian yang sewajarnya,Kerajaan BN tidak boleh mengharapkan media utama seperti televesyen dan akhbar semata-mata,Ini disebabkan media-media tersebut tidak menjadi satu sumber yang mempengaruhi pengundi atas pagar,pengundi tegar pembangkang lebih-lebih lagi tidak akan mempercayainya sama sekali walaupun ianya benar dan nyata.

Jika pemimpin BN leka dalam mengimpikan jawatan serta saham,Ingat itu satu kesilapan yang besar,Pemimpin PR sedang sedaya upaya untuk mencari peluang dan menyusun strategi mereka bagi menawan kota Putrajaya.Mereka tidak berkira diantara mereka kerana mereka mempunyai satu tujuan matlamat yang utama iaitu menjatuhkan kerajaan BN.Bila mereka sudah berjaya,barulah mereka akan bertembung dan bertelagah diantara mereka.

Kepimpinan BN mesti sedar dan jangan terlampau syok didalam mimpi yang tidak menjanjikan sebarang realiti,Didalam politik semuanya boleh berlaku diatas kehendak usaha dan keizinan Allah azzawajalla.Tiada apa yang mustahil dan tidaklah salah untuk sejenak berfikir akan keadaan sebenar kekuatan yang dimiliki bagi menghadapi musuh yang nyata iaitu PR.

Rakyat Malaysia juga mesti tahu sedikit hakikat yang GK nyatakan ini didalam permainan politik PR yang dipimpin oleh Anwar Ibrahim.Biarlah kita lemah didalam menguasai tapi jangan kita lemah didalam penguasaan.Fikirkanlah sebelum berkecai.Anda mampu mengubahnya...

1 comment:

  1. Satu lagi, ketua bahagian & JKKK(P) kebanyakanya ego, banyak buat program syok sendiri, Mereka lupa bilangan mereka tidak akan dapat memenangi pilihan raya jika tidak disokong olih orang ramai, mereka merayu sokongan, tetapi apabila ada orang memerlukan pertolongan mereka, mereka buat acuh x acuh, jika tolong pun hanya sekadar melepaskan batuk ditangga sahaja, ini bukan fitnah, kejadian ini berlaku diKuala Kedah, aku juga penyokong Umno/Bn dari dulu & selamanya.

    ReplyDelete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.