KELANTAN BUAT SIDANG DUN TERGEMPAR
Kota Bharu-Sidang Dun Tergempar diadakan bagi membawa usul penubuhan unit khas untuk membanteras maksiat pelacuran yang dibongkar dalam Operasi Johnson baru-baru ini.Menurut jurucakap kerajaan negeri,Sidang ini adalah bukti keikhlasan PAS dalam membanteras Maksiat dan menegakkan syiar Islam di bumi bertuah serambi mekah.Walaubagaimanapun ini hanyalah khayalan GK, Sekiranya PAS benar-benar ikhlas didalam mendaulatkan Islam tajuk inilah yang akan menjadi tajuk utama yang akan terpampang didada-dada akhbar negara.Tapi GK memohon maaf kerana tajuk ini tidak menjadi kenyataan,Jika anda inginkan tajuk ini menjadi kenyataan ia agak mustahil jika dari PAS yang anda harapkan.Sayang sekali PAS hanya bertopengkan Islam demi hanya gila untuk berkuasa.Untuk itu buat penyokong PAS, Takbirrrrrr Allahuakbar.
Jika semuanya ikhlas maka setiap perkara itu menjadi mudah berbanding ia menjadi payah sekiranya didalam hati seseorang itu mempunyai perasaan hasad dengki,gila kuasa,tamak haloba dan mementingkan nafsu daripada Islam yang sebenarnya.Sedarlah kita semua rakyat marhaen semakin tertindas oleh kuasa pemerintah disebabkan sikap kita sendiri.Renunglah tindakan Islam yang sebenarnya ingin GK kupaskan dibawah ini.
Terbaru isu pelacuran yang didedahkan oleh skuad Johnson Bro Kickdefella yang berlaku di Jalan Hamzah Kota Bharu.Seperti yang kita semua maklum,Kerajaan PAS Kelantan adalah terciptanya dari sebuah parti yang penuh dengan alasan atau dengan nama penuhnya "Parti Alasan Sokmo".Mari kita rungkai dan sama-sama memperlihatkan dimana bohongnya Hukum Hudud yang nak dilaksanakan serta mewujudkan Negara Islam.
Pembohongan PAS kini sudah sampai pada kemuncaknya,Untuk penyokong taksub PAS sila buka minda anda dengan idea perlaksanaan yang sepatutnya dibuat oleh PAS terlebih dahulu dari mempolitikkan hudud.
Sebagai landasan dan dasar perjuangan yang PAS ingin tegakkan Membangun Bersama Islam dan menunjukkan seriusnya kerajaan PAS Kelantan dalam membanteras gejala maksiat caranya ialah memanggil semua YB dan semua EXCO kerajaan negeri dengan membuat satu sidang tergempar untuk mengusulkan penubuhan satu unit khas dalam membanteras maksiat yang berlaku ini.
Apa yang GK maksudkan adalah dengan mewujudkan satu Unit Pembanteras Khas(UPK).Unit ini digerakkan bilamana berlakunya kes maksiat atau sosial yang licik atau sukar untuk dibanteras oleh penguatkuasa yang sedia ada.Maka special unit seperti UPK akan bertindak dalam menyelesaikannya.
Didalam unit ini dipecahkan kepada dua bahagian yaitu Tinjau/risik dan Tindak untuk menyelesaikan kes-kes tertentu.Unit ini terdiri dari penjawat awam serta sukarelawan seperti MPKB-BRI, PDRM, MAIK ,Ore Gedebe/Gangster ,Skuad Johnson, AW506 ,Unit Amal PAS ,RELA ,Exco ,YB dan lain-lain badan yang berkaitan serta diketuai (Pengerusi) oleh YAB Menteri Besar atau DYMM Sultan Kelantan.
Dalam pada itu apa saja masalah sosial akan dapat ditangani,Pelacuran atau penjualan arak kepada anak melayu yang beragama Islam terus dapat disifarkan dengan serta merta.Apakah dengan melakukan perkara ini memerlukan kuasa dari kerajaan BN atau kelulusan parlimen? PAS jangan cuba nak bohong rakyat dengan HUDUD.Jika ada halangan untuk melaksanakan Hukum Allah,Kenapa cuba juga untuk ditegakkan?Ikhlas kerana Allah atau sebagai modal politik?
Jika cara penubuhan unit khas ini telah dilakukan maka bolehlah kalau kita nak kata PAS ni ikhlas untuk memperjuangkan Agama Allah.Ni terus nak pergi kepada perlaksanaan Hudud,Sampai bila ianya dapat dilaksanakan kalau PAS pun bertanding tak cukup kerusi untuk mentadbir negara,Ayuh saudaraku celiklah kita,Janganlah kita terus disesatkan dengan dakyah sesat PAS.
Ketahuilah Hukum Islam atau perlaksanaan hudud ini didalam kerangka Islam, bukannya politik, tidak semestinya menjalankan Hukum Hudud ini akan aman negara tanpa terlebih dahulu mewujudkan satu suasana yang kondusif.Lihat apa yang berlaku di negara yang menjalankan Hukum Hudud seperti negara Pakistan.Adakah aman negaranya?Ketahuilah juga negara mana yang paling aman didunia.Adakah Negara yang menjalankan Hukum Hudud.?
Pastinya tidak,Tetapi negara itu mengamalkan apa yang diajar oleh Islam didalam pentadbiran,walau pemimpinnya bukan dikalangan orang Islam.Menjalankan Hukum HUDUD dikala keadaan yang tidak sesuai adalah seperti untuk menghancurkan Islam dan menunjukkan Hukum Allah tidak mampu mengamankan negara dari jenayah.Sedangkan kita yang tidak mengikut peraturan yang sebenarnya sebelum kita melaksanakannya.
Masalah yang timbul berkait dengan isu pelacuran ini kesannya kepada golongan suri rumah yang didapati kes mengidap jangkitan HIV terus meningkat,Golongan yang tidak berdosa ini menerima akibat dari ketidakpekaan Kerajaan PAS dalam menanganinya,Jika terkena kepada ahli keluarga kita bagaimana?Budaya kehidupan di Kelantan dan negeri lain sangat berbeza.Walaupun di KL kita tahu banyak pusat pelacuran,Tapi yang mengunjunginya kebanyakkan adalah warga asing seperti bangla,Nepal ,Indonesia dsbnya.
Kita ambil contoh negara barat misalnya,Mereka tidak mudah terangsang bila melihat keseksian wanita kerana sudah menjadi kebiasaan bagi mereka.Seperti juga orang Kelantan bila pertama kali ke KLCC umpamanya,Mereka akan memandang pelancong luar yang berpakaian seksi tanpa berkelip biji mata,Tapi bagi yang lama di KL mereka sudah menjadi biasa.
Jika selama ini Nik Aziz dan Hj Hadi serta semua mereka yang tidak pernah mencuri,tidak pernah berzina apakah ianya kerana adanya Hudud dan juga takut dipotong tangan atau direjam? Baiknya seseorang insan bergantung kepada dakwah dan iman yang ada didalam hatinya,Iman terbentuk melalui cara dakwah bukan cara hukum.
Ringkasan Hujah GK kali ini adalah ingin melihat beranikah PAS untuk mewujudkan Unit Khas seperti yang GK maksudkan,Jika ada halangan,Apakah halangannya? Rakyat akan bangkit bersama untuk menuntut halangan itu supaya dihancurkan.Kita semua inginkan kebaikkan bukannya kejahatan.Perasaan benci GK kepada PAS telah membuak-buak kerana jelas memperdayakan rakyat menggunakan Islam.
Apa saja masalah dapat diselesaikan, isu kemiskinan, kebersihan, sosial remaja, Fitnah, Murtad dan segala penyakit umat ini mampu diatasi dan GK kita punyai idea untuknya.Semua dikalangan kita ini pernah terfikir cara penyelesaiannya.Cuma siapalah kita untuk mengubah kerajaan dengan kata-kata.Maka kita ubahlah kerajaan dengan kuasa tangan kita untuk memangkah.
Politik PAS akan berkubur pada PRU13 ini dengan izin Allah Taala.Selagimana adanya PAS yang menggunakan Islam sebagai modal berpolitik,Selagi itu Islam tidak dapat ditegakkan dengan sempurna didalam negara kita.Jika PAS benar menegakkan Islam dan mengikut syariat sebenar Islam,Tidak segan untuk GK katakan menyokong PAS,Tapi tidak merasa malukah kita jika menyokong Parti serabai seperti PAS yang ada sekarang.Emm kalau GK,terus terang mengatakan malu untuk mengaku menjadi seorang penyokong PAS.
Apapun kita sebagai rakyat punyai matlamat dan tanggungjawab,Pada PRU13 kitalah akan mencorakkan masa depan Negara dan negeri Kelantan khasnya,Oleh itu fikirkanlah bagaimana sifat orang yang ikhlas lakukan jika benar ia mahu menegakkan agama Allah.Anda ubahlah sebelum anda diubahkan.Anda mampu mengubahnya....
tahniah bro...
ReplyDelete