Mampukah Pakatan ROKET Menerajui Negara.???

Mampukah Pakatan Rakyat Menerajui Negara.


Pada pandangan GK, didalam pengamatan apa yang telah terjadi dan juga negeri yang ditadbir oleh PR tidaklah sehebat apa yang digembar gemburkan. Sebenarnya PR juga adalah berpendirian seperti UMNOBN. Bezanya tidaklah ketara. Walaupun begitu, jika nak dibandingkan PR dengan BN ternyata BN lah lebih berpengalaman disamping penguasaan UMNO didalam BN sangat berkuasa.Didalam PR pula kita melihat PAS dan PKR begitu tunduk kepada DAP terbarunya apabila isu yang dibawa oleh pemimpin PAS tidak disokong oleh Karpal Singh.

Tentang penubuhan negara Islam pula tidak dipersetujui oleh DAP sehingga Karpal Singh mengatakan langkah mayat saya dahulu jika nak buat negara Islam,Tetapi isu itu hanya ditelan manis,Bilamana ada Pemimpin Pas dan PKR yang lantang juga bersuara mengkritik kebiadapan DAP,Secara jelas dapat kita lihat Pimpinan PR akan memecat atau mengambil tindakan disiplin keatas pemimpin tersebut,Ustaz Kazim Alias dan Zulkifli Nordin adalah antara mangsanya.Begitu juga dengan MP Bebas Pro PR Dato' Ibrahim Ali.Sepatutnya keadaan ini tidak berlaku sekiranya pemimpin itu benar mengikut ajaran ISLAM.

Jika diberi peluang PR memerintah negara, adakah keadaan memecat,menyingkir dan meminggirkan orang MELAYU dan ISLAM juga akan dilakukan seperti yang berlaku didalam PR pada hari ini.Apakah saudara tidak terfikir akan keadaan yang jumud ini.Percayalah pada hakikat, jangan letakkan 100peratus kepercayaan kepada angan-angan dan impian yang belum tentu keadaannya. Tetapi disebalik kita lena dengan keadaan yang mencandui masa depan generasi kita ada eloknya kita sendiri merenungkan nasib kita diatas situasi yang berlaku pada hari ini.

Jangan pula kita ibarat keluar mulut buaya dan masuk ke mulut naga.Jika buaya sudah agak kenyang dan penuh, Naga masih lagi lapar dan kontang.Untuk memenuhi kekontangan itu bayangkanlah sebanyak mana pula negara kita akan mengalami kerugian.Ini bukan tuduhan atau fitnah serong semata-mata jika dilihat apa yang berlaku dalam sesebuah parti yang memerintah negeri sekarang ini.Diambil contoh yang mudah Pentadbiran negeri Kelantan. Berapa ramai Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negerinya bersih bersih dari rasuah dan penyelewengan.

CALON PERDANA MENTERI PR

Untuk sedikit lagi pembukaan minda yang adil milik Allah Taala tentang calon yang diutamakan menjadi PM sekiranya PR memerintah.Adakah calon perjuangan Islam yang dicalonkan.Jika TGNA seorang yang hebat dan bersih dalam pemerintahan kenapa tidak dicalonkan saja beliau?. Anwar Ibrahim pula yang dicalonkan, apakah Anwar Ibrahim ini bukan dari kalangan UMNO-BN,Jika Anwar Ibrahim dicalonkan menjadi PM,maka tiadalah bezanya ISLAM yang dibawa oleh UMNO juga,Kalau berbeza pun mungkin tidak banyak.Tetapi musibah dan kekucar-kaciran akan berlaku dan merugikan negara.

Andaikata PR memerintah dan tidak berjaya menerajui negara sepertimana yang berlaku pada pentadbiran negeri yang mereka wakili sekarang,Alasannya mudah sahaja ,Tidak cukup masa,ada campurtangan dari Umno dan beberapa alasan dangkal yang lain.Anda mungkin mengetahui orang yang banyak beralasan untuk melakukan perubahan dan kebaikkkan adalah orang yang bagaimana.Jika benar,Jujur,Ikhlas tiada alasan untuk kita lakukannya.

GK nampak dengan jelas PAS dan PKR sedang menghancurkan negara sendiri,seolah-olah mereka bijak dari DAP. Sanggup buat apa saja demi memerintah negara.Seolahnya Apa nak jadi pun jadilah,nanti kita pikir balik,yang penting kita dapat rampas dari Umno-BN. 

Politik dalam negara kita usah perlu kita meng-Eksklusifkannya dengan menjadi sesuatu yang payah untuk difikirkan,Jangan kita terpengaruh dengan keadaan yang kononnya global dan standard,Tidak perlu itu semua kalau Bil Elektrik/air,Telefon,Ansuran bulanan keretapun masih tertunggak.Tinggal pula dirumah sewa.Kerana itu adalah menunjukkan kita masih lagi ketinggalan dan tiada seorang pemimpin yang baikpun untuk mengubah nasib hidup kita.Apa pula yang akan terjadi pada masa depan negara kita?

POLITIK BUKAN PERJUANGAN TETAPI PLATFORM UNTUK CARI MAKAN

Hakikatnya adalah semua parti politik yang ada pada hari ini.Jika dilihat tiadalah sangat boleh dibanggakan dengan apa yang telah di slogankan.Bagi umat Islam nilailah dengan agama,apa yang anda lakukan itu benar ataupun tidak.Atau apakah anda hanya melindungi sesuatu puak dengan memburukkan sesuatu puak tanpa meletakkan kebenaran sebagai dasarnya.

Kalau betul nak bantu rakyat,zuhud,nak tegakkan islam atau nak dahulukan rakyat dan utamakan pencapaian senang sahaja sebenarnya,tidak memerlukan masa lebih 3 tahun-pun,Tapi itulah yang dikatakan Politik untuk memboroikan perut sahaja.Zaman dulu dengan Zaman Moden tidak sama.Jika Zaman dulu nak ke Mekah pun mengambil masa beberapa bulan menaiki kapal tetapi sekarang bila kapal itu diterbangkan hanya mengambil masa beberapa jam sahaja.Realitikah pemikiran kita?atau taksub dan jumud?Jika anda Islam anda mesti tahu yang anda akan di soal dan dipertanggungjawabkan di akhirat nanti.
Anda mampu mengubahnya...

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.