لا إله إلا الله PAS POLITIKKAN SAMPAI KELIANG LAHAD

Sebelum GK melebarkan ruang bicara marilah kita terlebih dahulu sedekahkan Al-Fatihah kepada Allahyarham Kamarulzaman, Al-Fatihah....

Petikan ini GK ambil dari Blog Husam Musa
"Perjuangan Menuntut Royalti Petroleum Memakan Korban Pertama - Al Fatihah..
"KOTA BHARU, 11 Nov: Anggota Exco kerajaan negeri Kelantan, Datuk Husam Musa, menyifatkan, pegawai khasnya, Allahyarham Kamarulzaman Abdullah, yang meninggal dunia dalam kemalangan jalanraya di Paloh kira-kira 2.30 pagi tadi sebagai wira royalti.
Menurutnya, semua urusan tuntutan royalti telah diurus oleh Allahyarham dengan baik dan penuh amanah demi untuk kesejahteraan rakyat Kelantan.
“Allahyarham seorang pegawai saya yang amanah, jujur, rajin berusaha terutama dalam tuntutan royalti ini.
"Dia yang banyak menyelidik, mencari bahan bukti dan memang dia wira termasuk sahabatnya yang turut cedera dalam kemalangan itu,” ujarnya.
Husam berkata demikian ketika ditemui selepas solat jenazah di rumah keluarga allahyarham di Kampung Kota, di sini tengahari tadi. Selepas itu, jenazah dibawa ke Masjid Kampung Kota untuk disolatkan kali ketiga sebelum di kebumikan di perkuburan Islam Tok Panjang, dekat sini. Sebelum ini Husam sendiri mengimamkan solat jenazah di rumah keluarga allahyarham di sini."

Hati GK sangat tersentuh melihat petikan diatas,Anda dapat rasakan perjuangan seorang Insan sampailah kemati menuntut Royalti Minyak daripada kerajaan pusat,Arwah disebut sebagai Wira Royalti oleh Datuk Husam Musa,Benarkah begitu,Jika anda membuat carian pada google Wira Royalti,anda hanya akan temui tentang berita ini.Maknanya semasa hidup arwah tidak pernah dilabelkan dengan Wira Royalti.!

Korban PERTAMA dalam tuntutan Royalti??? Ishishishish gilo sungguh puok PAS ni,Apa kaitannya ni,Sentimen macammana yang nak dimainkan? Tidak cukup dengan  AGAMA diperalatkan kini orang yang telah meninggal pula menjadi mangsanya...Dengan cara yang dimainkan ini bukankah keluarga Allahyarham akan menerima kutukan terhadap arwah?Baik atau buruk didalam politik negara kita,apabila ditonjolkan sesuatu itu ia mula akan dibahaskan dan dipertikaikan.

Bila dibahas ia akan menjadi satu cacian dan kutukan,percayalah hakikat ini,Agama Islam bila diheret kekancah politik ianya sudah dihina dan dipertikaikan,Walhal sang pengheret itu jahat didalam maksud menggunakan agama di atas kepentingan politik.Begitu juga dengan arwah,Bila ia cuba dikontroversikan oleh PAS,secara langsung ia akan ditentang oleh penyokong BN.Ini adalah Realiti.Jika keluarga Allahyarham redha dan sedia menerima hakikat ini,Teruskanlah...Jika tidak sila arahkan Husam Musa menarik balik kenyataanya.Biarlah arwah pergi dengan aman.Usahlah dipolitikkan mereka yang telah pergi.Tuntutan didalam perbicaraan mahkamah,Biar saja mahkamah yang memutuskannya.Jangan PAS cuba timbulkan pertikaian terhadap Arwah.

Buat pelawat blog GK,Jika anda masih waras berfikir,Anda pasti akan nampak betapa bahlulnya pemimpin PAS ini pada segenap sudut yang berlaku dijadikan sebagai modal politik.Cukuplah dengan Islam telah dicemarkan,Bertaubatlah wahai Pemimpin PAS,Politik murahan senang saja dibaca oleh rakyat bawahan,20 tahun doh demo duk main modal samo,bo lah duk pelawok nyoh,xdok ore nok cayo doh demo..

GK tidak ingin mengulas panjang tentang arwah,Apa yang GK nak kongsikan adalah kepala otak puak PAS,Video diatas menunjukkan ketaksuban dengan setiap perkara yang cuba dipolitikkan,sampai angka perkataan pun dijadikan modal politik yang menyebabkan termakan diri sendiri.

Selama ini PAS hanya membodohkan rakyat dengan Islam,sedangkan Islam tidak diamalkan dengan sepenuhnya,Tidak meluat lagikah kita?Bagi GK golongan yang cerdik pandai pasti akan mengubah kerajaan di Kelantan,Mereka tidak mungkin akan membiarkan PAS terus menipu rakyat.Apa jasa PAS diKelantan,Berbaloikah 20tahun mentadbir dengan apa yang ada di Kelantan,Kemudahan asas pun gagal disediakan walaupun ianya berkait dengan Ibadat.Itulah PAS,Jangan terus ditipu dan tertipu,Anda mampu mengubahnya..Ore Kelate bangkit belako,kito tolok pas,xser doh ko pas,benci dok oh doh ko pas.Ubahlah....Pas pasti koh.

3 comments:

  1. Ust Budak tu ust politik je.Ulamak tauhid dan tasawuf mana cakap cam tu...

    ReplyDelete
  2. Wira Royalti..Husam tak mampos sedap le dia bercakap.Keluarga Allahyarham lagumana? Husdam "wajib" kahwin dgn janda Allahyarham kalu Husam betul pejuang Islam..utk membela keluarga Allahyarham..kalu setakat gi lempar pitih rm100/rm200 tok sah kecek la hal wira royalti.. anak tunggal Allahyarham Husam wajib jaga..kita nak tengok setaro mana cakno Husam..Dia yg arahkan Allahyarham ke KL..maka dia bertanggungjawab diatas kematian Allayarham..

    DOk Gitu Datuk Jutawan Husam Al Musa???

    Pok Nik
    Telipot

    ReplyDelete
  3. Al-Fatihah buat sahabatku Kamarulzaman.. masih segar dalam ingatanku kali terakhir pertemuan kita di Masjid Al-Malik Khalid..sebelum kau melangkah pulang berkerja dgn Husam Musa.

    Allah SWT mengasihimu..semoga pergimu dlm keredhoan Allah SWT..
    buat org yg sakit mental politik.usahlah dipolitikan segala2nya.. hanya mengundang kemurkaan Allah Ta'ala apabila kita mempersekutukan akhirat kepada mendapat untung dunia!

    biarlah ruh Allahyarham pergi dengan tenang..jangan dikaitkan apa2 lagi berkaitan dgn politik dunia yg sesat ini..

    AL-FATIHAH!!

    ReplyDelete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.