KAMPUNG BARU - Sebuah keluarga yang kehilangan anak di Kampung Baru di sini terharu menerima kunjungan Ketua Umno Bahagian Rantau Panjang, Datuk Abdullah Mat Yasim untuk bertanya khabar serta menziarahi mereka.
Che Hassan Che Ali, 58, berkata, anaknya, Zukarman Che Hassan, menghidap penyakit buah pinggang menghembuskan nafas terakhir di Hospital Raja Perempuan Zainab II Kota Bharu, 14 November lalu.
Menurutnya, sebelum itu, anak ketiga daripada enam beradik itu bertugas di Majlis Perbandaran Subang Jaya sebagai penguat kuasa dan tinggal di sana.
“Selepas penyakitnya makin teruk, kami membawanya balik ke sini untuk mendapatkan rawatan lanjut.
“Saya berterima kasih kerana Datuk (Abdullah) prihatin kepada kami sekeluarga dan membantu ketika anak sakit dengan mengusahakan sebuah katil untuk kemudahan arwah,” katanya.
Sementara itu, isteri arwah, Rohaya Abdul Razak, 34, berkata, dia berterima kasih dengan keprihatinan Abdullah sebagai pemimpin yang sedia turun padang menziarahi mereka sekeluarga. Menurutnya, kehilangan suami amat dirasai tambahan dia tidak bekerja serta perlu menyara kehidupan dua anak perempuan berusia lima dan dua tahun. “Selepas ini saya akan mencari kerja dan mungkin akan menetap di Kuantan,” katanya yang berasal dari Pahang. Pada kunjungan ini, Abdullah turut menyampaikan sumbangan peribadi kepada keluarga Che Hassan.
Sumber- Sinar Harian
Umno dulu,kini dan selamanya...
ReplyDelete