SIAPA YANG HEBAT DIANTARA PAS DAN AL- ARQAM

Politik dalam negara pada masa kini kian meruncing,Jika dilihat secara terbuka seolah negara menuju kearah pergolakkan yang akan memusnahkan segala isinya.Kebanyakkan Pemimpin Politik tidak mengambil kira akan risiko meneruskan pemerintahan didalam kekotoran.Yang menjadi mangsa adalah rakyat dan pihak berkuasa seperti Polis dan Tentera.

Pada hemah ambo PAS tidak bersungguh untuk memperjuangkan Islam.Perjuangan Pas adalah politik semata-mata atau juga Politik lebih diutamakan dari tanggunggjawab sebenar kepada rakyat.Mungkin ada dikalangan anda tidak bersetuju dengan pendapat ambo ini kerana sikap TAKSUB masih menebal.Ambo telah berjaya keluar dari Ketaksuban yang melindungi Parti secara berpihak dan tidak adil.Jika mengikut Islam ia adalah sesuatu yang dilarang kerana Islam lebih menganjurkan kebenaran dalam menyatakan pandangan atau sebagainya.


PAS hanyalah sebuah parti retorik yang sebahagian dikalangan pemimpinnya tidaklah dikalangan yang cakna terhadap masalah umat.Apa beza PAS dan UMNO jika dilihat dalam konteks adil.?Pemimpin Pas dilindungi oleh penyokong fanatiknya sehingga melalaikan dan lupa diri untuk menjadi seorang Pemimpin yang terciri padanya kepimpinan Islam.Walaupun Pas lebih kepada dasar Islam tapi hakikatnya apa yang telah PAS lakukan untuk Islam? Ambo ambil jalan selamat dan berlindung dengan Allah kerana ambo tidak yakin dengan perjuangan yang PAS bawa.



Bukan ambo nak kecilkan kebolehan pemimpin PAS mentadbir.Tetapi ambo memandang kepada hakikat yang nyata yaitu tiada beza yang ketara dengan Parti Melayu Umno.Segelintir Pemimpin Pas juga seringkali dilihat banyak sangat beralasan dan serba bangkang setiap perkara yang dilakukan oleh kerajaan walaupun hakikatnya dia bersetuju.

Disini ambo ingin bagi pandangan kepada kepimpinan Pas yang menjadikan islam sebagai dasar perjuangannya.Ambo ingin lihat sejauhmana kesungguhan Pemimpin Pas untuk memperbaiki dan mencorakkan kehidupan rakyatnya.

JIKA BENAR PAS IKHLAS DALAM PERJUANGANNYA! APAKAH YANG TELAH PAS BERJAYA USAHAKAN SELAIN DARI BERALASAN BAIK SOAL AGAMA DAN JUGA EKONOMI RAKYAT

Memang tidak dinafikan kejayaan kerajaan Negeri Kelantan memerintah dengan memperkenalkan beberapa sistem Islamik didalam pentadbirannya.Tapi harus diingat akan hakikatnya yang berbeza dari apa yang dipapar ceritakan.Jika negeri Kelantan merupakan bayangan bertudung serambi mekah yang dibayangkan oleh rakyat luar Kelantan jauh berbeza dari statisik sebenar perangkaan Jenayah dan gejala sosial yang direkodkan.Jika negeri Selangor dikatakan tiada perubahan pada pemerintahannya dialasankan masih baru dan berusia tidak sampai sepenggal lagi.Jika Kelantan pula bagaimana?Macam-macam boleh beralasan namun hakikat tidak akan selamanya.

Apakah Negeri Kelantan selamat dari masalah sosial?Apa mungkin Rakyat Kelantan lebih Islamik dari rakyat negeri lain.Yang pastinya Rakyat Kelantan juga tidaklah lebih jahat dari rakyat negeri lain,kejahatan Gedebe itu cuma cerminan yang tidak benar dipropagandakan oleh media semata-mata kerana kepentingan politik.

Untuk pengetahuan semua,masih ramai lagi belia remaja Kelantan yang tidak tahu hukum hakam ataupun mengaji Al-Quran.Memanglah itu kita boleh persalahkan pada ibubapa ataupun kita beralasan dengan macam-macam alasan.Tapi lupakah untuk kita tanya?Kalau macamtu apa beza dengan Kerajaan Umno?Mungkin alasannya lagi...Kita dah mengajar,dah bagitahu, dah buat Islam, (Umno Tak mengajar...)Tapi demo/kamu  tak nak belajar nasiblah.Allah bagi mata suruh lihat,telinga suruh dengar,akal suruh pikir,tapi demo tak mahu,tanggunglah sendiri.hehe

So ambo nak tanya anda semua.Jika begini adakah kita berjaya untuk mendidik dan memartabatkan Islam, Apa mungkin Rasulullah pun menggunapakai kaedah seperti ini.Yang baiknya kita ikutlah cara dakwah nabi kita.Yang taknak dengan Islam tak apa,Tapi kita mesti mengkaji dan memperbaharui kaedah yang lebih dapat menarik minat mereka yang tak minat dengan agama.

Kerajaan Islam mesti berbeza Pemimpin dan perlaksanaannya dengan kerajaan sekular.Jika Berbillion duit diberikan kepada rakyat sekalipun itu adalah cara kerajaan sekular.Kenapa kerajaan Islam mesti ikut cara itu.? Maksudnya....

Kita ambil contoh mudah dalam negara kita iaitu kumpulan yang telah difatwakan sesat pada tahun 1994 iaitu Al-Arqam.Kita tak nak ambil kesesatannya tapi kita mesti mencontohi EMPAYARnya yang mana mampu bersaing dipentas dunia dalam perkembangan ekonomi serta melebarkan pengaruhnya.

Sememangnya pertumbuhan ekonomi dan luasnya pengaruh tidak harus dijadikan piawai yang mengukur keberhasilan dan kecemerlangan organisasi dakwah tertentu. Tidak dinafikan aspek kewangan sangat penting untuk keberlangsungan sesuatu gerakan, namun banyak lagi faktor lain yang perlu diambilkira seperti aspek kepimpinan, keagamaan, keilmuan dan keintelektualan, kepengikutan, pengurusan, pembinaan dan lainnya.Al-Arqam mampu membangunkan 52 buah kedai runcit di seluruh perkampungannya, 20 buah pasar mini, 36 buah kedai buku dan alat ibadat dan 18 buah restoran di seluruh Malaysia dan juga memiliki 56 buah kilang perusahaan di seluruh Malaysia.

Pada tahun 1993 pula, Al-Arqam mengambil langkah yang drastik dengan menumpukan perhatian kepada dunia antarabangsa. Langkah pertama adalah dengan menubuhkan Al-Arqam Group of Companies (AGC) yang menghimpunkan 22 buah anak syarikat milik jemaah Al-Arqam. Setelah membuka pusat hubungan antarabangsa di Islamabad, Pakistan dan diberi nama Al-Arqam International Centre (AIC). Pada tahun inilah Ashaari mengisytiharkan terbentuknya Daulah Islam di bumi Malaysia.

Begitulah sebahagian dari kehebatan sebuah kumpulan agama bukannya KERAJAAN..Jika Al-Arqam hanya sebuah kumpulan mampu untuk bina empayar sendiri kenapa tidak kerajaan Islam Kelantan.Ambo rasa kalau Ketua Arqam arwah Asyaari mengepalai kerajaan Kelantan sudah pasti Kelantan kini lebih hebat dari Negara MALAYSIA.Kerana apa hebat Al-Arqam? Kerana Islam...Kerana apa Arqam tidak mampu bertahan dan melebarkan pengaruhnya? Kerana sudah tidak ikut Islam yang sebenarnya...

Tamadun Islam adalah tamadun Terhebat dunia.Marilah apa punya pemikiran dan kemajuan sekalipun ia tak mampu mengatasi kehebatan pemikiran dan kemajuan Islam.ISLAM adalah HEBAT.Islam adalah AGAMA yang BENAR dari ALLAH.Jika ikut ISLAM yang sebenarnya tidak mungkin pemerintahan 21 tahun tidak mampu untuk membangunkan Negeri Kelantan tanpa bantuan dari Pusat.
Sikap tamak,dengki dan pentingkan diri sendiri adalah satu faktor kelemahan yang ada dalam kerajaan orang melayu Islam di Malaysia.

Adakah kerana UMNO gagal memperjuangkan ISLAM?Pastilah tidak..Kerana Umno tidak mendasarkan Islam, juga tidak beriya-iya mempropagandakan nama ISLAM didalam pemerintahannya.Jika UMNO dilihat buruk,belum pasti lagi PAS itu baik...Lu pikirlah sendiri...Anda mampu mengubahnya.
Petikan ini dikongsi daripada blog sahabat GK yang telah insaf dengan perjuangan PAS.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.