ALLAHUAKBAR ! SENARAI DOSA INI BILA NAK BERTAUBAT ???

Parti Pas tidak konsisten, hukumnya sentiasa berubah-ubah mengikut kepentingan politik parti Pas sendiri. Pada tahun 1963, Dewan Ulama Pas Kelantan telah memutuskan hukuman bahawa orang Islam yang bekerjasama dengan orang kafir memerintah negara menjadi kafir atau haram. Tiba-tiba pada bulan April 1999, Pas bekerjasama dengan parti DAP, sedangkan parti itu sah menolak pembentukan negara Islam (Utusan Malaysia 22 April 1999). Nik Aziz bersyukur kerana DAP menerima Pas walaupun parti itu menolak negara Islam.

Ketua Dewan Ulamak Pas Terengganu semasa berucap di Kampung Gong Duek, Besut, Terengganu pada 1 April 1981 antara lain berkata, "orang munafik ialah orang yang mengambil orang kafir buat kawan baik...siapa adik kakak, ambil orang kafir buat kawan baik" (disambut beramai-ramai) " Umno...ha...Umno...Apa hukum orang ini.." (pendengar jawab) "Munafiq" dan disambung " Munafiq".

Pas juga telah mendatangkan perpecahan ummah di Malaysia( Bukan ISLAM tapi PAS ) terutamanya di Negeri Kelantan. Mendirikan tempat sembahyang berasingan di dalam kariah yang sama (2 Jumaat sekampung), kerana Pas mengeluarkan fatwa bahawa sembahyang berimamkan orang Umno tidak sah. Perbuatan ini menimbulkan perpecahan di kalangan umat Islam, memutuskan silaturrahim, dan putus hubungan kerabat atau adik beradik. Tegasnya Pas telah meragukan ibadat sembahyang bagi ahli Pas sendiri.

Sikap pulau memulau antara parti seperti pemulauan sembahyang jenazah, kenduri dan lain-lain dilakukan oleh pengikut Pas terhadap orang-orang Umno tanpa menghiraukan hukum-hukum kejiranan dan persaudaraan Islam. Ini juga mengakibatkan berlakunya perceraian antara suami isteri kerana berlainan parti dan kubur juga berasingan. 

Amanat Hadi menyebut " Derma kita adalah jihad ". Pas banyak menguti derma di setiap ceranah-ceramah yang diadakan, tetapi pengurusannya tidak telus. Amanah tidak terpelihara. Ia bukan sahaja disisi undang-undang, tetapi lebih salah lagi dari segi syariat.

Pas telah mempersendakan hukum hudud Allah. Buktinya setelah Hadi Awang menjadi Menteri Besar Terengganu, beliau berkata " Perlaksanaan hukum hudud melalui proses panjang ". Apakah ertinya proses panjang sedangkan hudud Pas sudah diluluskan dalam Dewan Undangan Negeri Kelantan pada 3 November 1993, dengan nama Enakman Kanun Jenayah Syariah II 1993. Mengapakah tidak memilih jalan pendek dengan mengguna pakai hukum hudud Pas Kelantan, sedangkan larangan terhadap qariah menyertai tilawah mengikut keputusan Kelantan?

Haji Hadi juga berkata (Utusan Malaysia 7 Mac 2000): " Hudud adalah satu aspek daripada 0.001 daripada hukum Islam". Ini bermakna apabila memerintah sendiri hudud yang dibesarkan selama ini telah diperkecilkan sehingga 1/10,000. Apa yang menghairankan penggubalan hudud Kelantan dahulu dipengerusikan oleh Haji Hadi sendiri.

Cukuplah rakyat Kelantan tertipu dengan puak sesat ni, cukuplah. Berubahlah. Jangan kita terpedaya lagi dengan syurga PAS, Pahala, dosa, syurga dan Neraka bukan kita yang menentukannya. Fahamilah maksud Islam yang sebenar bukan memahami didalam konsep ketaksuban berpolitik kuasa menggila.

Islam pun Islam juga, kalau lapar perut Nik Aziz tak mari bagi duit atau beras ko kito rakyat susah ni, Islam ke dia jah, hok dia buat betul belaka, Kalau betul semua maknanya maksumlah, patut ada penceramah PAS kata Nik Aziz ni Nabi. Buta ke apa biji mata. Akidah sesat sungguh lagu tu. Cuba kita lihat apa yang berlaku di Kelantan bila detik 12 malam. Klik DISINI . Kita mampu mengubahnya.

9 comments:

  1. putra melayu12/04/2011 9:53 PM

    Entry yg menarik dan mampu membuka mata dan hati penganut fahaman PAS masakini.. Perlu lebih disertai dgn gmbar yg akan mnambah kekuatan fakta yg diolah dan terus mruntuh keegoan penganut yg berpuluh tahun tersesat dan disesatkan.. Moga mereka kembali kepada Islam dan Al Quran..bkn buku Jingga dan amanat Hj Hadi..aminn

    ReplyDelete
  2. Terima kasih Putra Melayu,Insyaallah akan diusahakan nanti demi memeperjuangkan Islam yang sebenarnya dari terus disesatkan oleh puak tu..Insyaallah.

    ReplyDelete
  3. AKU RASO NGUNDI NI BULEH KO BN DOH KELATE NI,KALU MAKLUMAT LAGU NI BERTERUSAN AKU RASO REBOH PUOK PAS,LONI PUOK PAS MEMANG SESAT DOH,MASALAHNYA PUOK UMNO XRETI NOK BUKOK MINDA RAKYAT,PITIS ABIS JUTO2 TIAP TAHUN,TAPI GAK TU JAH LAH HOK RETI NYOH.

    ReplyDelete
  4. InsyaAllah ..aku pun dah mula rasa UMNO +BN yg terbaik masa loni.. pelik benar mainan politik PAS loni..aku ngundi BN tahun ni...

    kakitangan kerajaan

    ReplyDelete
  5. tp syg msh rmai yg buta tntg ini...jika mereka thu pon mereka akn anggap ini adalah pembohongan...lagipon rakyat sekarang benci umno or kerajaan bukan sebab kerajaan tidak menjalankan hukum Islam tetapi kerana harga barang semakin mahal dan mengatakan kerajaan makan duit rakyat.aku pon xpaham ngan diorg...

    ReplyDelete
  6. HEBAT TULISAN ANDA GK. GUA SELALU FOLLOW. HARAP GK BOLEH LINK BLOG GUA UNTUK PERJUANGAN YANG SAMA. www.tokguru86.blogspot.com

    ReplyDelete
  7. Treek nih ambo pun nok undi BN demi utk kebaikan rakyat Kelate semua.

    ReplyDelete
  8. ambo pengundi kelate,BN tegar bkn ats pagar,masalah nyo org kelate xjupo hero lg,ada tp dok gua musang...kalu muncul hero yg ada aura,tersungkur xbrkubur pakatan Anwar,krpal dan hadi(bkn pakatan rakyat sbb xsemua rakyat malaysia pakat ngo sek2 ni.hanya segelintir yg taksub je)

    ReplyDelete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.