Satu pasukan jentera UMNO yang mantap dan agak digeruni baru ditubuhkan, ia digelar sebagai 'PAS ni UMNO' dan dibarisi oleh kepimpinan orang-orang muda yang dilihat mampu untuk mengubah rentak politik yang berlangsung di Negeri Kelantan.
GK tidak mengenali dengan orang di dalam organisasi mereka ini, namun GK dapat rasakan ianya adalah pembawaan orang muda kerana setiap programnya adalah program orang muda.
Siapa mereka ini ? hanya sumbangan dan program mereka sahaja yang menonjol di Kelantan sekarang ini. 'PASni UMNO' bukan pencari PROJEK tetapi membantu UMNO dan Barisan Nasional untuk menawan kembali Negeri Kelantan.Pujian harus diberikan kepada mereka.
Bagi GK didalam UMNO sepatutnya hanya perlu ada pemimpin yang benar-benar membantu UMNO bukannya memampuskan UMNO. Menurut sumber yang GK research dari beberapa teman rapat, PASni UMNO mempunyai strategi yang cukup hebat dengan mempunyai rangkaian group FB yang aktif selain blog nya sendiri. Selain itu banyak program yang dianjurkan oleh mereka mendapat sambutan hebat dari kalangan orang muda di Kelantan.
Penubuhan PASni UMNO tepat pada masanya bagi menggantikan jentera sediada yang lumpuh, kaku serta tidak aktif seperti jentera PASni UMNO, Syabas untuk PASni UMNO kerana perjuangan anda semua berjaya menarik minat sebilangan besar orang muda di Kelantan. GK cadangkan dibuka keahlian group ini secara berdaftar untuk semua orang muda.
Kewujudan PASni UMNO mampu untuk mengubah rentak politik di Kelantan dan dilihat ianya akan lebih memberi saingan kepada Pas terutamanya Pemuda.
Jika ada yang bertanya siapa GK untuk menentukan hala tuju UMNO atau mempersoalkan perjuangan UMNO, Terlebih dahulu anda perlu tanya diri anda, siapa anda untuk mempersoalkan GK dari memperkatakannya. Diatas keikhlasan perjuangan dan dasar yang adil, Kebenaran akan GK tegakkan baik PAS mahupun UMNO.
Good Luck PASni UMNO. Anda Mampu Mengubahnya.
umno say no to kaki projek...... terbaekkkkk
ReplyDeleteTahiah.marin kawe dijemput masuk ke group tuh.disamping royap pasal pekembangan semaso politik kelatan,tak lama lagi futsal antara group puak dia akan buat.ambo minat main putsal
ReplyDeletePASNI UMNO penyelamat pemberontakkan orang muda yg tidak berpuas hati dengan PEMUDA.sedikit sebanyak syukur alhamdulillah kpd penulis yg ada tempat untuk berteduh sebelum kenyataan lebih liar lagi dikeluarkan.syabas PASNI UMNO penyelamat keadaan.
ReplyDeletekaki kecing umno pero wak gapo nyoh,tak dok ore lain ko umno weh,dali duk wak gapo?Dato Pa, Dato' Awe tulong tgk etep weh hok mano wak kijo hok mano buat celako....
ReplyDeletesabda Rasullullah “Mereka (Khawarij) membunuh (memerangi) ahlul Islam, tetapi membiarkan para penyembah berhala”
ReplyDelete(Hadis Riwayat Al-Bukhari No. 3644, Muslim No. 1064. Lihat : Sahih Al-Jami’ No. 2227, Nasiruddin Al-Albani.)
tepat kena kat batang hidung PAS.. fikir-fikirkanlah...