Kehadiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada majlis sambutan Thaipusam baru-baru ini menimbulkan Kontroversi apabila Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria menyifatkan kehadiran tersebut sebagai 'menggadai akidah'.
Bagaimanapun hari ini Bekas mufi Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin tampil memberi penjelasan mengenai terdapatnya kesamaran pada hal itu dan ianya dibolehkan bagi pemimpin Islam dengan mematuhi beberapa syarat.
Menurut beliau antaranya, mereka tidak dibenarkan terlibat dalam sebarang bentuk ritual, melibatkan aspek pakaian, perarakan dan tindakan yang menunjukkan tanda "restu" pada amalan agama lain.
"Tetapi sebagai pemimpin dan pentadbir (negara) hadir untuk memberi nasihat dibolehkan selagi tidak terlibat dengan disiplin dan ritual agama lain,"
"Cuma silapnya PM ini terlibat dalam upacara. Saya tak kata kufur. Mungkin beliau tidak diberikan pandangan jelas," katanya ditanya tentang pemakaian Najib pada hari itu.
Dr Asri berkata, larangan menghadiri sambutan keagamaan bukan Islam terhadap orang Islam bukan bersifat mutlak dan bergantung kepada keadaan.
Beliau menjelaskan, orang Islam awam kebanyakan secara jelas tidak dibenarkan terlibat manakala pegawai yang terlibat dengan urusan pentadbiran pada hari itu, seperti pegawai polis pula dibolehkan.
Mengulas gesaan Pemuda Pas yang mahukan fatwa jelas berhubung perkara itu, Dr Asri menasihatkan dewan itu tidak bersifat terlalu keras kerana pemimpin parti Islam itu juga terlibat dalam program seumpamanya, yang ditafsir mereka sebagai "perayaan budaya".
"Jangan terlalu keras, esok kalau awak perintah pun awak tak boleh buat nanti," katanya lagi sambil mendakwa pemimpin PKR juga terlibat dalam program hampir sama.
Antara yang jelas, kata Dr Asri lagi, apabila terdapat pemimpin utama Pas terlibat hadir dalam majlis Buddha di Wat Siam tertentu.
suh nik aziz cukur janggut cukur palo baru comel..hahahaha..
ReplyDeletekalau nak dikira seorang pemimpin 'menggadai akidah' gara2 ikut atau berada dalam sesuatu majlis perayaan agama lain , terlalu ramai pemimpin yg terlibat !
ReplyDeletetak kira pemimpin PAS atau BN , sama saja ! ramai orang PAS yg didapati ikut serta bukan saja dalam upacara keagamaan , malah upacara menghormati kematian orang kafir , bukti terlalu banyak !
kalau benar mereka dah gadai akidah , alamat nik aziz , Anwar, Nizar, anwar, Husam , saifudin , Najib , Mat sabu , dan puluhan yg lain dah tergadai akidah ! masihkah PAS mengaku sebagai parti islamik ?
bagi Pas mereka buat dibolehkan, halal syorga... org lain haram.. neraka
ReplyDeleteada kemusykilan sikit, cara pemakaian DS Najib tu adalah pakaian utk RITUAL KEAGAMAAN ataupun pakaian seharian/budaya org India???.....sbb setahu aku yg DS Najib pakai itu Kurta.....pakaian SEHARIAN masyarakat India
ReplyDeleteni aku petik sbhg dr blog Minda Tajdid Dr. Asri sendiri:
Rasulullah juga bersifat fleksibel dalam soal fesyen pakaian selagi tidak melanggari batas syariah. Baginda menggalakkan warna putih, namun hadis-hadis menunjukkan baginda juga memakai warna lain. Baginda memakai berbagai-bagai pakaian dari berbagai-bagai negeri seperti Yemen, Najran, Mesir dan lain-lain. Bahkan dalam hadis dari al-Mughirah bin Su’bah, beliau berkata: Sesungguhnya Nabi s.a.w. memakai jubah Rom – dalam sebahagian hadis disebut jubah syamiah (negeri Syam) – yang sempit kedua tangan bajunya. (Riwayat al-Bukhari, Muslim al-Tirmizi, al-Nasai dan lain-lain).
Padahal Rom ketika itu adalah tamadun besar Kristian bagaikan dunia Barat pada hari ini. Namun jubah Rom atau syamiah tiada kaitan dengan agama berkenaan, ia adalah pakaian bangsa. Lihat apa kata sarjana agung umat ini Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah (meninggal 728H): “Rasulullah s.a.w. itu pernah memakai gamis (baju labuh) dan serban, baginda pernah memakai kain sarung dan ridak (baju separuh yang dipakai bersama kain sarung), baginda pernah memakai jubah dan farajiah (baju besar dan panjang kedua tangannya).....nak baca lebih lanjut sila ke http://drmaza.com/home/?p=37
cuma aku KELIRU dgn kenyataan DR. Asri ni "Cuma silapnya PM ini terlibat dalam upacara. Saya tak kata kufur. Mungkin beliau tidak diberikan pandangan jelas," katanya ditanya tentang pemakaian Najib pada hari itu.
mungkin kita masih x dpt beza antara BUDAYA/KEAGAMAAN kaum/penganut lain.....ermmm byk kita kena belajar