Dalam GK baru sahaja hendak menulis satu artikel yang biasa-biasa sahaja, tersentap dengan satu artikel pada sebuah portal yang cukup menarik dengan pengisian ilmu dan hujah yang mantap.
Ianya berkisar mengenai hukum membuat persamaan diantara ulamak dan nabi, juga membongkar siapakah orang pertama yang menggelarkan Nik Aziz sebagai Tuan Guru dan juga orang pertama yang menggelarkan Nik Aziz sebagai Nabi. Nas dan dalilnya cukup mantap untuk diambil berhujah dengan taksuban Pas Insyaallah. Sila Klik
Sebelum kita terus tersesat dengan agama Pas, ada baiknya kita bekalkan ilmu agama yang sebenarnya tanpa dipengaruhi dengan kepentingan politik. Kerana pengaruh adalah satu perkara yang cukup bisa dan membisakan, pengaruh atau mempengaruhi hanya akan musnah salah satunya bila tiba pada temunya buku dan ruas.
Elakkan diri dari dipengaruhi dan terpengaruh kepada dombaan manusia munafik, kerana itu akan mendatangkan satu akibat yang cukup besar impaknya dengan keikhlasan hati yang diizinkan oleh Allah. Diatas iktibar membaca bahan agama tadi sedikit GK ingin berkongsi dalam menasihati diri GK sendiri.
Menumpang kata, Siapapun kita jua mereka punya anugerah tersendiri, rasa syukur dan merendah diri serta meletakkan diri pada tahap senantiasa lemah dan memerlukan bimbingan adalah lebih baik dari merasakan lupa diri dan agkuh dengan barang yang telah basi tidak bernilai dan tidak menjadi rebutan serta tidak dapat untuk dijadikan inspirasi mahupun contoh teladan akan kehebatan yang dikononnya itu.
Kehidupan yang tenang itu lahir dari hati yang syukur dengan apa yang ada, tidak perlu memandang kepunyaan selain kita, diluar konteks politik jadilah seorang manusia yang bijak menjaga kain sendiri supaya busuknya didalam tidak menguap baunya diluar yang kemudiannya akan memalukan diri sendiri diatas suatu perkara tanpa dijangka. Kalau dah dapat wang BR1M tu bersyukurlah ya. Alhamdulillah.
Akhirnya dimensi pandang dalam kemaraan api yang senantiasa mara bersama angin akan menjadikan sesuatu perkara yang sukar dalam keadaan yang mudah, sesuatu yang kecil menjadi besar, kalau di Kelantan, yang sakit akan bangkit bila anginnya kena dengan irama 'teri'.
Jumud sudah ditakuk lama,
Senjata lidah bermain irama,
Semakin dicanang semakin mara,
Anda Mampu Mengubahnya...
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.