Malam ini jam 9 siri jelajah DATO' DR. HASAN ALI akan menemui rakyat Kelantan di Padang Taman Guru Pintu Geng. Beliau malam ini akan membuat pendedahan mengenai siapa PARASIT dalam kerajaan Pas Kelantan.
Sungguhpun pendedahan demi pendedahan dibuat oleh Hasan Ali, tapi pemimpin Pas cuba menafikannya dengan alasan bahawa Hasan Ali ditaja oleh Umno, tidak kurang juga yang melabelkan Hasan Ali adalah orang yang kecewa apabila hajatnya tidak dipenuhi.
Yang tidak berakal dan taksub biarkanlah ia, tapi bagi mereka yang berfikir sudah pasti akan membuat keputusan yang bijak setelah mendengar pendedahan dari Hasan Ali.
Masih ingatkah kita dengan gelaran Raja Katak, Ya gelaran Raja Katak cukup sinonim dengan Datuk Ibrahim Ali. Ibrahim Ali dan Hasan Ali mempunyai bin atau nama bapa yang sama, cuma yang berbeza adalah cara pendedahan yang dibuat serta kedudukan beliau didalam parti.
Klipvideo diatas mendedahkan dimana Ibrahim Ali semasa berkerjasama dengan Pas dahulu sudahpun membongkarkan sedikit sebanyak apa yang berlaku didalam parti yang kononnya memperjuangkan Islam. Cuma pendedahan beliau itu lebih kepada nasihat kerana beliau masih lagi bersama-sama dengan Pas.
GK rasa Ibrahim Ali lah orang pertama yang membuat pendedahan secara langsung mengenai kerosakan pemimpin Pas dihadapan kepimpinan Pas termasuk Nik Aziz sendiri. Jika begitu apa pula yang ingin dialasankan oleh Pemimpin dan juga pengikut Pas.
Pendedahan didalam gelanggang dan dihadapan tuan badan tanpa sebarang penafian ini sudah cukup untuk memahamkan kepada kita mengenai sikap pemimpin Pas yang sebenarnya. Pendedahan ini juga memberi satu kelebihan kepada Hasan Ali untuk rakyat lebih mempercayai apa yang dikatakannya. Klipvideo ini juga sebagai bekalan fikir untuk ke ceramah Hasan Ali pada malam ini.
Sangat pengikut Pas berburuk sangka apabila seseorang pemimpin yang sudah tidak bersama-sama Pas membuat pendedahan, bermacam tohmahan dilemparkan, namun klipVideo ceramah Ibrahim Ali bersama Pemimpin Pas di Putik itu tidak boleh dinafikan sama sekali. Ia bukan pendedahan biasa, tetapi ia adalah nasihat Ibrahim Ali diatas apa yang dilihat berlaku didalam kepimpinan Pas kerana ketika itu beliau masih setia bersahabat dengan Pas.
Dapat dibayangkan mungkin pengikut Pas mengakuinya akan tetapi beralasan dengan " Ahh biasalah macam tu, dalam UMNO lagi teruk, Pemimpin di Mekah pun macam tu juga, janganlah ingat pemimpin Pas ni maksum, kesalahan sedikit sebanyak sudah menjadi lumrah hidup manusia".
Namun jika macam tu, padan ke kalau nak kata sokong Pas ni masuk syurga dan tidak sokong Pas ni masuk neraka kerana Pas menyokong Islam dan perjuangkan Islam. Patut ke dengan penampilan serban dan berceramah yang tidak lekang dengan Al-Quran dan Hadis bersikap seperti itu. Apakah itu lumrah pejuang Islam diakhir zaman?
Kalau macam tu patutlah Ibrahim Ali ni tak rasa malu dan hormat pun pada pemimpin Pas, mungkin beliau nampak pemimpin Pas pun lebih teruk dari dia. Kepada penganut ajaran Pas, jadikanlah tauladan dari apa yang didedahkan itu supaya kita tidak terlalu taksub dan extreme diatas mempercayai sokong Pas masuk syurga dan mati bersama Pas adalah mati syahid kerana Pas memperjuangkan Islam seperti yang diwar-warkan, bermuhasabahlah diri dan Anda Mampu Mengubahnya
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.