Laporan mengenai makluman yang sangat aneh ini mengejutkan mangsa air di Kelantan, makluman ini menunjukkan tidak ada masalah bekalan air kepada rakyat Kelantan selain dari tarikh dan hari yang dinyatakan setakat ini.
KOTA BHARU - Penduduk di daerah Kota Bharu dan Bachok dinasihat menyimpan bekalan air mencukupi pada Jumaat dan Sabtu ini berikutan kerja-kerja pembaikan kebocoran paip telaga mentah di Medan Telaga Pasir Tumboh dekat sini.
Eksekutif Hal Ehwal Pelanggan Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) Hazwan Hassan berkata kerja pembaikan itu bermula 10 malam Jumaat hingga 5 pagi keesokannya, yang menyebabkan tekanan air rendah.
Pada Sabtu, operasi Loji Rawatan Air Pintu Geng di sini akan tergendala sementara berikutan penyelenggaraan elektrik di sekitar pencawang loji air itu pada pukul 11 pagi hingga 6 petang, katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.- Bernama
Yang menjadi persoalannya !!!!
Memetik sumber dari Bernama mengenai makluman dari AKSB, perasaan geli hati dan 'waaa nok sukko' menyelubungi diri setelah teringatkan bekalan air yang menjadi sumber untuk makhluk samada yang bernyawa mahupun tidak bernyawa ini seolah-olah memberikan satu perkhidmatan yang sempurna sebelum ini.
Mengikut makluman tersebut, bermakna pihak pengurusan AKSB tidak sedar pada keadaan sebenar situasi yang berlaku di negeri Kelantan. Mereka seperti hanya membayangi syurga sehingga melupakan neraka. Benarkah gangguan bekalan air ini hanya pada 2 hari seperti yang dinyatakan diatas?
Atau Gangguan masalah air ini adalah berlaku sepanjang masa lebih 20 tahun pemerintahan Pas di Kelantan. Laporan tersebut seolah-olah menafikan aduan seluruh rakyat Kelantan mengenai masalah air yang diperkatakan selama ini, dan memberi faham kepada umum masalah gangguan bekalan air hanya untuk 2 hari berkenaan sahaja, lain hari tiada masalah.
Untuk pengetahuan pihak yang berkenaan, masalah gangguan bekalan air ini bukan hanya 2 hari seperti yang dinyatakan, malah ianya adalah setiap hari, sekali lagi ditegaskan setiap hari dan setiap hari. Dari makluman itu juga menyatakan supaya penduduk di dua daerah ini menyimpan bekalan air yang mengcukupi.
Umum memahami erti 'simpan' adalah perkara@ barang yang ada, mungkin AKSB memaksudkan menyimpan bekalan air secukupnya yang sumber air itu di ambil dari sungai Pulau Melaka. Jika tidak masakan boleh simpan barang yang tiada.
Melihat kenyataan itu pada pandangan biasa adalah satu perkara yang normal tanpa perlu dibangkitkan, tapi bagi mereka yang menghadapi masalah gangguan bekalan air sepanjang masa ini merasakan satu pembohongan dan sandiwara melampau untuk mengaburi masalah sebenar bagi tujuan memperlihatkan AKSB dan kerajaan negeri adalah satu organisasi yang berwibawa dalam menerajui Kelantan dan masalah ketiadaan bekalan air adalah tidak wujud.
Jika gangguan bekalan air di Kelantan hanya untuk dua hari berkenaan maka 3 dari puluhan klip video yang GK sertakan ini adalah dakwaan yang tidak berasas. Diatas hal yang demikian, Anda mampu mengubahnya....
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.