Selain tarikh yang tidak tepat, isi berita dari Sinar Harian juga tidak tepat kerana menokok tambah lebih 5 para dari sumber asalnya berita Bernama. Sungguhpun begitu tidak menjadi kesalahan sekiranya pihak Sinar Harian tidak meletakkan sumber berita tersebut diambil sepenuhnya dari sumber Bernama, kerana sedikit sebanyak ia merosakkan nama baik wartawan bernama dengan berita yang boleh dipertikaikan atau tidak tepat.
Lebih mendukacitakan tokok tambah berita dari Sinar Harian itu dengan menulis di para akhir "Jurucakap polis Kota Baharu mengesahkan menerima laporan itu. - Bernama". Berkemungkinan dengan niat supaya pembaca lebih mempercayainya apabila mengeja "Kota Baharu' (Ejaan rasmi berita Bernama) dan bukannya 'Kota Bharu' seperti yang biasa digunakan oleh akhbar Sinar Harian atau akhbar tempatan yang lain.
Diatas kemusykilan berita tokok tambah tersebut oleh akhbar yang berlesen dan menggunakan nama sumber dari akhbar lain ianya satu perbuatan yang tidak beretika dalam bidang kewartawanan selaku wartawan akhbar yang diberikan lesen. Berita tokok tambah yang berpihak dengan menggunakan nama sumber Bernama itu tidak boleh diamal dan diteruskan. Semoga pihak pengurusan Sinar Harian lebih berhati-hati mengenai perkara ini kelak.
Namun hendak Gk tegaskan, teguran ini bukan kepada semua wartawan Sinar Harian, tetapi hanya kepada mereka yang berkaitan. Anda Mampu Mengubahnya.
dah lama tak baca sinar kerana:
ReplyDeletebanyak berita remeh
selalu tak tepat nama orang yg berkenaan
gambar tak cukup keterangan
tempat tak tepat
tarikh tak ada
guna nama samaran/rekaan
hentam keromo asalkan ada berita
tidak beretika bila siarkan berita
pemberita2 setengah masak!!
editor sinar harapan pun mangkuk hayun jugak. lagi teruk daripada reporter hingusan tapi berlagak macam bagus
ReplyDelete