PANAS !!! ANWAR MACAM IBLIS - NAZRI AZIZ

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Abdul Aziz hari ini mennyifatkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim seperti "Iblis" ekoran sikap jahat Anwar yang tidak habis-habis menimbulkan ketegangan didalam negara dan kini cuba mengheret bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad dalam kontroversi isu keselamatan Israel.

"Dia ni memang teruk. Dia macam Iblislah. Bila dia jatuh, dia nak tarik semua orang. Itu perangainya sekarang.

"Dia sekarang kata bukan hanya saya tetapi Mahathir (juga sokong Israel)," kata Nazri ketika ditanya tentang tindakan kementerian luar menyiarkan tiga surat Dr Mahathir kepada kerajaan Israel ketika pentadbirannya.

"Anwar takut sekarang kerana hanya beliau yang menyokong  berkata keselamatan Israel itu penting." Katanya.

Sebelum ini, Kerajaan menyiarkan kepada umum tiga pucuk surat Dr Mahathir kepada tiga Perdana Menteri Israel yang jelas menunjukkan ketegasan Malaysia terhadap kekejaman Israel.

Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman berkata ketiga-tiga surat itu ialah bagi menyangkal dakwaan sesetengah pihak bahawa kerajaan Malaysia tidak konsisten dalam pendirian dan dasarnya berhubung Palestin.

Surat berkenaan ialah surat Dr Mahathir kepada Yitzhak Rabin yang bertarikh 21 Disember 1993; surat kepada Benjamin Netanyahu, bertarikh 14 Mac 1997; dan surat kepada Ehud Barak, yang bertarikh 8 Jun 1999.

Turut mengulas, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri  Muhyiddin berkata sejak dahulu lagi, Malaysia mahu rakyat Palestin mempunyai negara sendiri dengan kedaulatan dan hak mereka dihormati, tidak dizalimi dan dibunuh serta penempatan mereka tidak dirampas sewenang-wenangnya oleh Israel.

"Jelas kerajaan Barisan nasional (BN) dalam soal ini tidak berdolak dalih, tidak seperti Anwar Ibrahim (Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim).

"Waktu dia (Anwar) dalam kerajaan dan dalam Umno dulu, dia bersama-sama dukung cita-cita kita mengenai nasib dan masa depan Palestin, tapi kini dia pentingkan keselamatan Israel. Itu yang diutamakan, soal rakyat Palestin yang dizalimi, tiada pembelaan langsung," katanya.

Muhyiddin berkata dasar dan pendirian kerajaan berhubung Israel tetap tidak berganjak dari zaman pentadbiran Dr Mahathir sehinggalah kepada Perdana Menteri hari ini, Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Sehingga hari ini pun, usaha kita dalam membantu rakyat Palestin yang tertindas berterusan, bantuan kemanusiaan yang kita salurkan kepada mereka juga masih berterusan," katanya. 

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.