Lawatan Perdana Menteri Datuk Sri Najib Tun Razak semalam ke Kota Bharu Kelantan memberi mesej yang jelas kepada rakyat dan pemimpin BN Kelantan supaya sedar dan berkerja keras untuk membawa pembangunan dan perubahan kepada negeri tersebut.
Amat dikesali dengan sikap biadab sebahagian kecil penyokong Pas yang dikatakan menyambut Perdana Menteri dengan membawa kain rentang jumud yang menggambarkan sifat tidak reti bersyukur dengan apa yang ada. Sebahagian pemimpin BN pula tidak reti main peranan dalam menyambut kehadiran PM.
Di majlis semalam Gk melihat ramai sungguh kaki bodek yang bersifat 'budak', masa bersalam dengan PM tu tak payahlah nak cium tangan sampai nak jilat atau nak sumbat tangan PM kedalam mulut sendiri, geli i tengok, apakah ini budaya politik bodek Umno? ishh macam-macamlah karenah bodek ni, rasa nak post jer gambar-gambar menarik kaki-kaki bodek ini. Sangat keterlaluan.
Nak bodek buat apa ? lainlah kalau nak ambil hati dengan membuat banner sambutan dan tanda terima kasih rakyat kepada beliau, itu yang sepatutnya dibuat, bukannya bodek sampai menjilat, habislah Umno kalau terus menerus mengamalkan budaya bodek dan ampu macam tu. Ni Gk tengok PM pun kurang bersemangat melihat usaha dan kerjasama yang dilakukan oleh sebahagian pemimpin yang dikelaskan sebagai 'Winabble Candidate' dalam PRU bukannya 'WC' dalam pertandingan bodek.
Kempimpinan yang baik bukan bermula dari kalangan kaki bodek, tetapi ia bermula dari pemimpin yang ada idea, isi, keintelektualan, dan yang boleh berfikir untuk menterjemahkan agenda nasional menjadi kenyataan. So faham-faham jerlah, Umno mesti berubah sebelum diubah.
Untuk semua pemimpin yang kalah dalam pilihanraya nanti janganlah bagi alasan kena 'cah keting' atau parti Pas cukup kuat, sebaliknya siasat dan lihatlah sebelum pilihanraya, sejauhmana usaha anda dan kerjasama jentera anda untuk memenangkan anda. Bila melangkah dalam perjuangan mestilah mendapatkan kemenangan.
Jika tidak ia hanyalah habiskan duit dan tenaga semata-mata, jangan terlalu percaya dan yakin anda boleh menang jika usaha dan strategi anda belum sampai pada tahap seperti orang yang telah memenanginya.
Dalam analisis ringkas Gk pada kemenangan seorang pemimpin yang juga disenangi oleh PM, tiada alasan atau perkara yang akan dapat menyekat beliau untuk menang disebabkan usaha, strategi dan sikapnya yang yang sentiasa tidak yakin untuk menang.
Beliau juga seorang pemimpin yang bersih dan belum dikaitkan dengan apa-apa skandal kecuali 'penderhaka'. Itupun mantik terdesak yang terpaksa dibuat oleh Pas kerana sudah tiada pilihan lain untuk menyerang peribadinya. Jangan kata beliau akan kalah dengan permainan 'cah keting', jika Nik Aziz sendiri pun yang bertanding melawan beliau dikawasannya belum tentu boleh menang.
Tak percaya Nik Aziz boles test tengok, untuk itu awasilah 'kaki bodek' dan lihatlah gerak kerja pemimpin Jeli yang telah memenanginya. Pada pandangan Gk juga diatas usaha pemimpin, sekarang ini peluang kemenangan yang jelas di parlimen dan DUN sudah nampak di Jeli, Kota Bharu, Kok Lanas, Paloh, dan beberapa kawasan lagi.
Sesuatu yang dibuat dan dirancang itu jangan hanya sekadar menjadi satu gimik yang tidak memberi apa-apa impak didalam usaha menarik minat rakyat untuk memilih BN. Jangan dirasakan menampal, men-like dan membuat komen secara sangat aktif di dinding pemimpin itu satu usaha yang baik untuk mendatangkan kemenangan kepada parti. Bersambung. Anda Mampu Mengubahnya.
Minta maaf kepada orang Kelantan. Mengapakah agaknya PAS mampu bertahan selama lebih 20 tahun menerajui Kelantan walaupun sebenarnya tiada apa yang dibuat untuk memajukan Kelantan setiap kali selepas menang pilihanraya. Ini mungkin berpunca dari sikap KETAKSUBAN orang Kelantan sendiri mulanya kepada sifat ke KELANTANAN itu sendiri dan ditunjukkan kepada pemimpin PAS walaupun jelas pemimpin itu sebenarnya kurang berkualiti. KETAKSUBAN sebeginilah yang amat menggembirakan DSAI.
ReplyDelete