RAKAMAN EKSKLUSIF - 'KAMI TIDAK REDHA KERAJAAN PAS KELANTAN' - RAKYAT LEMBAH SIREH MERINTIH

Isu Lembah Sireh kini sedang hangat diperkatakan, namun ditengah-tengah kehangatannya pelbagai spekulasi mula timbul dan seperti biasa tuding menunding adalah rutin didalam menyelesaikan sesuatu isu yang berbangkit. Sehinggalah isu tersebut akan sepi berlalu pergi begitu sahaja meninggalkan dada akhbar dan media elektronik tetapi meninggalkan kesan  kepada rakyat yang menanggungnya.

Diatas prinsip mencari kebenaran,  GK bersama rakan blogger AOK sempat meninjau dan menemuramah beberapa orang penduduk bagi mengetahui masalah sebenar yang berlaku, sebelum ini Ketua Penerangan Pemuda Pas Kelantan, Fadhli Shaari dalam satu  kenyataannya berkata,

 "Saya pohon Mustapha agar mendatangkan data dan fakta keluasan tanah Rizab Melayu di Kelantan yang dipajak kepada syarikat bukan bumiputera, janganlah hanya bercakap tanpa fakta sedangkan anda seorang Menteri!"

Bertitik tolak dari kenyataan tersebut, adakah Ketua Penerangan Pas Kelantan bersedia menerima fakta dan data tersebut terus dari penduduk yang terlibat? Jika bersedia sila tetapkan masa untuk diadakan pertemuan dengan penduduk disini supaya segala masalah dapat dirungkai dan bukannya sekadar hebat berceloteh dibibir Harakah.

Takkanlah kalau tiada apa-apa masalah yang berlaku perkara ini hendak ditimbulkan, fikirlah pakai otak, jika undang-undang dunia terlepas, hukum di akhirat belum pasti setelah penduduk disini sudah lebih 100 tahun mengusahakannya, apakah ini cara keadilan didalam Islam yang kerajaan Pas amalkan.
Tiada apa perkara pun yang sukar atau bermasalah sekiranya semua pihak transparent, jujur dan ikhlas untuk menyelesaikan sesuatu masalah yang berbangkit itu. Melainkan ianya ada sesuatu yang tidak kena mengenainya.

Apa yang dilihat sukar dalam isu Lembah Sireh ini adalah sikap kerajaan Pas Kelantan yang kononnya mengikut dasar Islam tetapi hakikat sebenar tidak ubah seperti rejim Israel yang telah merampas hak rakyat Palestin.

Sebuah kerajaan itu pasti ianya terpimpin oleh pemimpin, sebagai pemimpin ia sepatutnya memimpin rakyat  kearah kebaikkan yang selari dengan tuntutan Islam , mengenai masalah Lembah Sireh ini tidak bolehkah kerajaan Pas jelaskan status yang sebenarnya kepada rakyat.

Janganlah kerana mengejar barang dunia maruah bangsa digadai kepada 'Tauke Geok', ketahuilah mereka juga adalah sebahagian daripada makhluk Allah, berapa banyak tanah di Kelantan telah dijual kepada 'Tauke Cina' ini ?. Namun, Jika kerajaan Pas Kelantan tidak mengatakan pentadbirannya 'Membangun Bersama Islam', maka isu ini cukup sampai disini dan tindakan kerajaan Pas itu adalah wajar !.

Jika sebaliknya dan Pas tetap berpendirian dengan 'Membangun Bersama Islam', isu ini hendaklah dipanjangkan dan GK cabar kerajaan Pas Kelantan telus untuk bersemuka dalam menyelesaikan isu Lembah Sireh ini mengikut dasar keadilan didalam Islam dan bukannya dasar keadilan untuk si 'Tauke Cina'.

Rakyat semua ingin lihat sejauhmana tuntutan Islam itu diamalkan oleh kerajaan Pas Kelantan, jika tidak berani bersemuka atau membuat penjelasan yang boleh membuktikan Kerajaan Pas Kelantan telahpun berlaku adil, maka rakyat dengan sendirinya akan faham Pas hanyalah sebuah parti yang benar-benar memperalatkan Islam untuk kepentingan politiknya semata-mata.

Kerajaan Pas Kelantan ada berani ?,  Tiada... !!! Anda Wajib Mengubahnya...

3 comments:

  1. Adakah data dan fakta lebih diterima oleh PAS berbanding dengan komisyen dari syarikat kontraktor bukan Bumiputera.

    ReplyDelete
  2. apakah WANG lebih diterima oleh lebai PAS yg tak faham Tender dan syarat penilaian Tender dari syarikat Ah Beng???

    Rasuah

    ReplyDelete
  3. Sudah tentu WANG lebih diterima oleh lebai PAS kerana mereka tu mana faham apa itu Tender atau syarat penilaian Tender.

    ReplyDelete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.