RUNDINGAN DENGAN KADIR SUDAH LAMA DIBUAT- MAT SABU

KUBANG PASU – Meskipun kontroversi rakaman perbualan berbaur lucah yang mengaitkan Mohamad Sabu dengan seorang wanita boleh memburukkan imej Pas tetapi beliau tidak menggunakan ceramah beliau di Stadium Mini Jitra di sini malam tadi untuk menjelaskan isu berkenaan.

Malahan Timbalan Presiden Pas itu juga tidak menggunakan pentas ceramah tersebut untuk menjelaskan spekulasi yang mengatakan bahawa krisis dalaman pentadbiran Pas Kedah antaranya berpunca daripada usaha terdesak pihak tertentu untuk membawa beliau bertanding di negeri ini pada Pilihan Raya Umum Ke-13.
Sebaliknya beliau menggunakan sebahagian besar ceramahnya selama kira-kira 45 minit itu untuk memburuk-burukkan pemimpin dan pentadbiran kerajaan Barisan Nasional (BN) serta mendakwa kerajaan negeri di bawah pembangkang lebih bijak mentadbir.

Beliau turut mengecam Utusan Malaysia dengan mendakwa akhbar itu memainkan isu perkauman di Pulau Pinang.

Sebelum ini, pelbagai pihak mendesak Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu memberi penjelasan berhubung dakwaan yang mengaitkan beliau dalam rakaman perbualan berbaur lucah dengan seorang wanita.

Desakan itu dibuat kerana isu berkenaan dianggap cukup serius dan jika benar, ia boleh memburukkan lagi imej Pas apatah lagi Mat Sabu merupakan orang nombor dua dalam parti itu.

Sementara itu, Mat Sabu mendakwa beliau telah lama mengadakan rundingan dengan bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir yang meletak jawatan sebagai ahli UMNO baru-baru ini.

Beliau juga mendakwa sedang berunding dengan ramai lagi pemimpin UMNO berhubung perkara yang sama.

1 comment:

  1. mat syaboo dah lama dok kelepiaq si kadiaq sheh padiaq...piaq piaq piaq...A'AAA...WUU...HUH...HUUUUUUUUU

    ReplyDelete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.