TERKINI!!! PAS JANGAN DERHAKA 5 TITAH SULTAN KELANTAN

KOTA BHARU - Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V hari ini mengingatkan semua pihak agar tidak memainkan sentimen agama yang bakal mengundang bahaya kepada negara.

Titah pertama baginda, polemik tentang agama harus diurus dengan cermat dan berhemah serta bijaksana kerana isu-isu berkaitan agama mampu membakar perasaan semua pihak.

"Jangan menyuarakan pendapat yang boleh membakar perasaan penganut agama lain yang akan mengundang perpecahan, perbalahan, permusuhan malah peperangan. Namun perkembangan mutakhir membimbangkan beta.

"Keharmonian di kalangan penganut agama yang berbeza semacam sedikit tercalar. Ini berlaku kerana ada pihak-pihak yang berkepentingan menangguk di air yang keruh," titah baginda pada Istiadat Pembukaan Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri Kelantan Ke-12 Tahun 2012 di Kota Darul Naim.

Baginda bertitah memang benar Islam adalah agama rahmat kepada seluruh manusia dan dasar pemerintahan Islam tidak sama sekali menolak kepentingan penganut agama lain.

"Beta ingin mengingatkan kepada semua pihak sama ada di kalangan umat Islam atau kalangan bukan Islam, dalam sebuah negara seperti Malaysia yang penduduknya berbilang kaum, berbilang anutan agama, setiap perkara itu perlu diambil kira agar tidak mengundang bencana," titah baginda.

Titah kedua Sultan Muhammad V turut menyentuh mengenai isu air dengan meminta kerajaan negeri Kelantan memberi perhatian terhadap usaha membangunkan strategi jangka panjang bagi pengurusan sumber air di negeri itu untuk memastikan bekalan air yang terjamin kepada seluruh rakyat.

Titah baginda, pelaksanaan projek-projek oleh Syarikat Air Kelantan Sdn Bhd kini telah melibatkan kerja-kerja menaik taraf 11 buah loji rawatan air danpemasangan paip utama sepanjang 500 kilometer yang dijangka siap pada akhirtahun ini.

"Beta mendapat maklum bahawa jumlah penduduk yang menerima bekalan air bersih di negeri Kelantan telah bertambah hampir tujuh peratus pada 2011 berbanding pada tahun sebelumnya," titah baginda.

Titah ketiga
Baginda juga turut berharap agar Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa dapat dinaik taraf kepada sebuah lapangan terbang antarabangsa dalam tempoh masa terdekat.

"Pergerakan penumpang pada 2011 di lapangan terbang ini telah meningkat kepada kira-kira 1.13 juta penumpang.Jumlah pergerakan penumpang ini adalahyang tertinggi di antara lapangan terbang di Pantai Timur. Jumlah ini melibatkan penerbangan tiba dan berlepas secara puratanya adalah sebanyak 40 kali sehari," titah baginda.

Titah keempat, selain itu baginda juga berharap kemasukan pelaburan yang akan diterima Kelantan pada tahun ini akan meningkat dengan adanya kemudahan pangkalan bekalan di Tok Bali, Pasir Puteh yang dijangka siap tidak lama lagi.

Titah kelima, mengenai Tahun Melawat Kelantan pada tahun ini, baginda berharap Pusat Penerangan Pelancongan Negeri meneruskan promosi pelancongan sama ada di dalam dan luar negara."Komitmen pelbagai agensi kerajaan terutamanya pihak berkuasa tempatan amat diperlukan bagi mencapai sasaran kejayaan program pelancongan ini.

"Antara peranan penting yang boleh dimainkan pihak berkuasa tempatan itu ialah mewujudkan persekitaran yang bersih dan indah," titah baginda.

Persidangan Dewan Undangan Negeri ditetapkan selama dua hari bermula Ahad ini. – Bernama

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.