TUN DAIM ZAINUDDIN RAMAL PRU 13 DENGAN INGATAN 'LEMBU'

Pemimpin veteran Umno yang juga bekas menteri kewangan, Tun Daim Zainuddin memberi amaran bahawa jika skandal National Feedlot Corporation (NFC) tidak diurus dengan betul, ia akan memberi kesan kepada nasib BN pada pilihan raya umum akan datang.

"Secara umumnya orang sering melupakan sesuatu isu selepas 14 hari tetapi 'cowgate' adalah berbeza. Tanpa mengira kaum, sama ada Melayu, Cina atau India, mereka semua tahu segala-galanya mengenai lembu, malah penduduk kampung pun tahu nilai atau harga seekor lembu.

"Anda perlu berhati-hati, 'cowgate' boleh menjejaskan undi yang banyak," katanya kepada akhbar harian Cina Sin Chew Daily dalam satu temu bual eksklusif yang diterbitkan hari ini.

Menurut skandal NFC mempunyai lebih impak berbanding dengan kilang memproses nadir bumi Lynas di Gebeng kerana wang pembayar cukai digunakan dalam projek penternakan lembu itu.

Justeru, katanya, isu nadir bumi itu mungkin memberi kesan kepada penduduk di Pahang, tetapi tidak ke atas negeri-negeri lain.
NONEMengenai kemungkinan landskap politik selepas pilihan raya umum akan datang, Daim berkata adalah malang jika Umno berjaya mengekalkan sokongannya tetapi dengan kedua-dua sekutunya MCA dan Gerakan ditolak terus oleh pengundi.

Jelasnya, ini akan menunjukkan bahawa pengundi membuat keputusan berdasarkan garisan perkauman dan bukannya sebagai rakyat Malaysia manakala rakyat negara ini akan berpecah mengikut perbezaan kaum.

Komen sikit

Pada pandangan peribadi, kata-kata Tun Daim itu penuh tersirat dengan maksud kebenaran yang tidak dapat tidak harus diterima sekalipun ia sungguh perit. 
Sebagai rakyat tanpa mengira kaum ataupun tempat, isu lembu yang dibawa pembangkang ini adalah satu isu yang cukup besar dan membuatkan rata-ratanya akan terfikir dengan pentadbiran kerajaan Barisan Nasional, ketika mana rakyat dibawah ini sedang bergelut dengan keperihan hidup, mereka diatas sana dibuai alunan suara-suara lunak kelembuan.

Tiada sepatah kata yang dijana oleh veteran berpengalaman seperti Tun Daim itu kata kosong yang tidak berisi, begitu juga dengan pandangan Tun M sebelum ini yang punyai keserasian dengannya.

Nantikan dengan penuh sabar ramalan Tun Daim yang pernah menciptakan ketepatannya pada PRU 12 yang lalu, jika meneliti jangkaanya pada isu dan keberlakuan didalam Umno, apa yang diramalkan itu sekali lagi akan mengulangi apa yang diramalkan sebelumnya.

Sebahagiannya yang mencatur impian bagi kepentingan peribadi tanpa mengira situasi adalah sangat malang buat parti yang sedang bergelumang dengan taik lembu, perancangan dan kerjasama dalam susunan strategi disetiap ruang nyata mahupun maya masih gelap terselindung, tiada focus tepat yang disasarkan dengan mengambil kira cakap-cakap bebas pada setiap kawasan diluar konteks ampu.

Mungkin juga akan ada kejutan besar yang luar biasa  bakal dibuat oleh pakar  yang telah ditugaskan, lantas ia akan mengubah lanskap politik Kelantan yang telah kemarau lebih 20 tahun. Itulah harapan semua pihak yang ingin melihat perubahan berlaku di bumi bertuah ini, dan ianya sedikitpun tidak mustahil diatas kesedaran rakyat serta pembaharuan didalam gerak kerja yang dilakukan BN.

Bagi  seorang blogger  bebas yang berpaksi pada tunjang kebenaran dengan melihat keseimbangan sebenar politik pasti tidak akan merasa segan untuk bersuara atau mengkritik sesuatu yang sudah sampai pada waktunya.  Kerana perjuangan bebas dan ikhlas itu tidak meletakkan kelengkapan atau sebarang material pada keutamaan perjuangannya.

1 comment:

  1. Excellent blog& presentation. Keep writing more and more. I voted for your blog and suggested your blog to my friends also.
    2001 Mazda MPV AC Compressor

    ReplyDelete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.