VIDEO EKSKLUSIF - NENEK DITINGGALKAN DI HOTEL RAYU KEBAJIKAN



Apa masalahnya seorang anak lelaki berusia 27 tahun itu meninggalkan ibunya yang lumpuh bersendirian di sebuah hotel bajet di Jalan Raja Muda Musa ini.

Dipetik dari Harian Metro, warga emas itu kelihatan lemah dan tidak bermaya serta berkali-kali memaklumkan dia ingin ke rumah kebajikan kerana tidak mahu menyusahkan staf hotel yang membantunya.

Dia kini dijaga kakitangan hotel berkenaan yang membantunya menguruskan diri termasuk mandi dan mengganti lampin pakai buang selepas anaknya gagal dikesan.

Warga emas itu mulanya tinggal bersendirian di kampungnya di Johor, tetapi sejak sebulan lalu anaknya yang masih bujang membawanya ke ibu kota.

Jadikan ia sebagai renungan dan iktibar untuk kita semua, percayalah makcik ini tidak pernah mengimpikan masa depannya seperti itu, masih adakah sinar kebajikan untuknya.

Anak lelakinya bertindak seperti itu bukan satu keadaan dimana kita boleh menganggap anak derhaka atau sebagainya. Mungkin ada sesuatu yang berlaku atau apa saja kemungkinan. Jika diperhatikan semasa wartawan Hmetro membuka bag makcik ini, ianya tersusun dan terjaga yang menunjukkan makcik ini dijaga baik sebelumnya.

Begitu juga dengan keadaan semasa makcik ini, apapun bersangka baik itu lebih tenang dari sebaliknya. Anda Mampu Mengubahnya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.