18SG BERSIH 3.0 - VIDEO AKHIRI KEBENARAN DAN TERGAMAK PULA NIK AZIZ UCAP TAHNIAH

KOTA BHARU - Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, mengucapkan tahniah kepada peserta  Bersih 3.0 'Duduk Bantah' berhampiran Dataran Merdeka hari ini.

Katanya, rakyat di negara ini hadir ke ibu negara untuk menyatakan sokongan tuntutan Bersih 3.0 memandangkan Bersih 1 kerajaan diam dan membisu, manakala Bersih 2.0 kerajaan buat ‘pekak badak’. 
“Tuntutan ini jelas membuktikan rakyat tidak ingin lagi berada di bawah pentadbiran kerajaan yang tidak adil khususnya dalam ketelusan pilihan raya yang bersih dan adil. 
Nik Aziz juga turut mengucapkan tahniah kepada rakyat Malaysia pelbagai bangsa di negara ini turut berhimpun untuk menjayakan Bersih 3.0.

Katanya, mereka hadir beramai-ramai bukan atas bangsa, sebaliknya kerana inginkan kebenaran dan keadilan tertegak di negara ini.
Beliau berkata demikian ketika menghubungi Harakahdaily sebentar tadi sebagai mengulas perkembangan tuntutan Bersih 3.0 yang ternyata telah berjaya.
Beliau bagaimanapun melahirkan rasa kesal di atas tindakan kerajaan yang ‘mengasari’ peserta himpunan disembur dengan air berasid dan gas pemedih mata sehingga ada peserta yang mengalami sesak nafas.
Itulah kenyataan dari seorang insan yang digelar sebagai Ulamak, Ulamak seperti inikah yang diharapkan untuk melaksanakan Hukum Allah dengan seadilnya.

Disamping ucapan tahniah Nik Aziz kepada peserta Bersih sempat juga beliau lahirkan rasa kesal terhadap tindakan pihak kerajaan atau Polis yang telah mengasari peserta Bersih, bagaimanapula dengan peserta Bersih yang bertindak ala kebibatangan terhadap pihak Polis. Dimana keadilan seorang yang disifatkan sebagai Ulamak.

Sedangkan didalam Islam mengajar supaya umatnya berlaku adil dan tidak menghukum sesuatu itu kerana kebencian kepada sesuatu kaum yang menyebabkan ianya tidak adil. Lupakah Nik Aziz pada pihak polis yang telah banya berjasa, disebalik ucapan tahniah kepada peserta Bersih apalah salahnya melahirkan rasa kesal juga kepada anggota Polis yang diperlakukan sepertimana yang tersiar itu.

Apalah sikap Ulamak yang sebegini masih terus untuk dihormati, biarpun beranggapan segelintir polis itu zalim dsbnya, tetapi nilaikanlah juga kepada anggota yang tidak sedemikian. Dimana keadilan terhadap insan atau makhluk yang bernama Polis ? Anda Mampu Mengubahnya.

7 comments:

  1. amat benar sekali komen anda akan ungkapan Nik Aziz tu. walau bagaimana pun aku langsung tidak bersetuju sekiranya gelaran "ulamak" diberikan kepadanya; sememangnya tak layak sama sekali. dari komen anda aku fahamkan bahawa Nik Aziz tidak beragama langsung, jauh sekali jika dikatakan ISLAM. Agama adalah peraturan hidup dan sekiaranya seseorang itu mengaku dirinya Islam, maka hendaklah ianya mengikut peraturan hidup sebagai seorang Islam. Agama Islam adalah Agama suci disisi Allah.

    Nik Aziz adalah seorang yang pendendam; berdendam dengan UMNO dimana pada dia (tak patut aku gunakan perkataan beliau), UMNO adalah musuh dia. sesiapa yang menyokong UMNO juga menjadi musuh dia.

    soal: ada kah agama Islam menuntut perbuatan sebegini, sedangkan umat Islam dilarang bermusuh sesama maknusia dan dilarang menyimpan perasaan dendam?

    Nik Aziz adalah seorang pemimpin yang angkuh dan sombong, fatwa fatwa yang diberikan amat jauh tersasar dan babas. Nik Aziz menyokong bersih yang pengerusinya adalah seorang yang menuntut hak seks bebas. dia juga menyokong Anuar Ibrahim yang juga telah umum tahu akan keruntuhan akhlaknya.

    soal: adakah ini menurut ajaran Islam? adakah itu agama (peraturan hidup) Islam?

    Nik Aziz sokong Anuar Ibrahim sebagai ketua negara.

    soal: adakah Nik Aziz faham akan syarat syarat menjadi seorang pemimpin?

    pada pendapat aku, Nik Aziz sepatutnya menumpukan pelajaranya didalam Ilmu Usul agar dapat diperbetulkan aqidahnya yang dah teramat jauh tersasar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sdr. diatas soalan sdr itu tadi. nik aziz sememangnya faham sangat. tapi sdr harus ingat dalam alQuraan itu terdapat 2 saja perintah. bagi yang benar-benar beriman dengan alquraan akan mengambil perkara yang diperintah maka Muhammad Rasullulah sebagai nabi kita. perkara dalam alquraan juga tapi perkara yang dilarang, yangmana telah menjadi kitab iblis laknatullah. perkara yang dalam kitab iblis laknatullah lah jadi rujukan beliau. (mohon maaf kepada Nik aziz jika bicara hati saya ni keterlaluan. kerana pak cik ni (mengikut pendapat saya) dah banyak yang tersasar tersasar

      Delete
  2. Kalau betol Nik cakap begitu, memang dia ANAK HARAM!!!!

    ReplyDelete
  3. X payah panggil ulamak..panggil nik je pon cukup

    Die sama sj dgn org lain..beza pkai kopiah jer

    Ulamak yg benar2 muktabar akan dihormati dan disegani kwn dan lwn...bkn islam sekalipon tp nik ni senang jer nk kene gula2 dek nuar dgn ambiga bkn sb self respek

    Tp aku kesal xde 1 pon ulamak laim dlm pas bersuara..seme takot ilang jawatan ke slm dunia...ummah x penting ke????

    ReplyDelete
  4. Allah terbalikkan apa yang selalu dia maki orang...di akhir pemerintahan dia di bumi Kelantan, perkara yang dia maki kembali balik kepada dia.

    ReplyDelete
  5. Allah dah tunjukkan sifat sebenar Nik Aziz. Sebagai saudara Islam, kita wajar betulkan dia pada PRU13 ni. Semoga azab Allah dijauhkan darinya.

    ReplyDelete
  6. N.AJIS bukan ulamak...semakin hari semakin terserlah kemunafikannya.Dia hanya lah makhluk biasa yg sudah melewati batas dan jauh tersesat..umpama apek tua kereput yg berjalan tapi mata tertutup..hidup dalam kegelapan...Awas!...apek, depan ada longkang(lubang neraka)!.....hahahahaha...

    ReplyDelete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.