INGAT RAMAI !!! 300 ORANG JE MAHASISWA BODOH MABUK KUNYIT

Seramai kira-kira 300 orang mahasiswa berhimpun di ibu negara hari ini untuk menuntut pinjaman pelajar melalui Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dimansuhkan.

Pelajar berkenaan mula berkumpul di perkarangan Masjid Jamek, Kuala Lumpur pada pukul 2 petang dan berarak melalui Jalan Raja Laut untuk menuju kawasan pusat membeli belah Sogo.
Perhimpunan diketuai aktivis mahasiswa Adam Adli Abdul Halim dan pemimpin Solidariti Mahasiswa Malaysia itu turut disertai NGO Gabungan Anak Muda Pantai Timur.Kumpulan berkenaan melaungkan slogan antaranya "Najib Altantuya", "Mansuh PTPTN", "Jahanam Umno-BN", "Musnah Rosmah", "Reformasi" dan "Jahanam Najib."

Kumpulan siswa itu turut kain rentang yang bertulis 'Free education now!', 'Mahasiswa bukan robot' dan 'Mansuh PTPTN'.

Tuntutan apa sebenarnya mahasiswa bodoh ini ?  Kalau pasal PTPTN tak perlulah melaungkan perkataan berwarna merah diatas, ini masalah sebenarnya, tak habis-habis bodoh menjadi alat kepada pembangkang. Apa yang korang nak tuntut tak jadi masalah, ramai orang setuju walaupun secara senyap, tapi tak perlulah disebut jahanam kepada jemaah yang lebih 3 juta ahli itu, kan tak pasal-pasal kena penumbuk macam di Kerinchi pulak.

Komen pertama dari pembaca

Inilah salah satu punca kegagalan graduan bumiputera ramai menganggur di negara ini, sekadar tahu menyalahkan orang lain, sekadar nak disuap sentiasa tanpa ada ada usaha untuk membangunkan diri sendiri, kalau diri sendiri pun tak reti dibangunkan, nak bangunkan negara apatah lagi, lagi teruklah.

Graduan sekarang perlu berfikiran kritis dalam mencari dan membentuk peluang bukan saja untuk diri sendiri saja, tapi untuk kepentingan negara dan rakyat Malaysia, kalau sekadar berpolitik dan menjadi alat pihak tertentu untuk berdemontrasi di sana sini, dalam pasaran pekerjaan tak ada tempat orang sebegini.

Ini kerana sebagai majikan, sebagaimana prinsip oleh Warren Buffet seorang billionaire pemilik Hathaway Berkshire, dalam memilih pekerja, kena lihat tiga kualiti, pertama, intergriti, kedua kebijaksanaan, ketiga kecergasan, tetapi kalau kualiti pertama iaitu integriti tidak ada, maka kualiti kedua dan ketiga akan 'membunuh' organisasi yang mengambil pekerja yang tak berintergriti tersebut.


Lihatlah lepasan universiti sekarang, ramai yang tidak berkualiti, berpemikiran singkat, sukakan cabaran yang tak tentu arah berbanding berusaha gigih untuk kejayaan diri sendiri, keluarga, masyarakat dan negara. Kalau sekadar berdemontrasi di sana sini, ada ke majikan nak ambil awak bekerja? Sikit-sikit demontrasi, berguling di jalanan, boleh bankrap majikan yang ambil pekerja macam itu.

Nasihat saya kepada graduan, kerana saya pun graduan juga, saya bekerja dalam sektor awam, saya melihat apa yang dibuat oleh kerajaan mempunya sebab yang munasabah untuk dilakukan, bukannya suka-suka hati nak buat itu dan ini, jadi sebagai graduan yang berpelajaran, yang ada akal, dan tahu berfikir baik dan buruk, gunakanlah akal dengan rasional untuk menilai sesuatu perkara, jangan suka kepada kesenangan jangka singkat hingga akhirnya mencetuskan permasalah yang besar dalam jangka masa panjang hingga bergenerasi menderita.
Lihatlah teladan dalam sejarah manusia itu sendiri, bagaimana sesuatu negara boleh jahanam kerana rakyatnya tidak berkualiti, negara juga boleh jahanam kerana dasar-dasar yang merosakkan negara itu sendiri seperti Greece yang nak buat Negara Kebajikan hingga akhirnya dalam tempoh tiga empat tahun selapas buat Negara Kebajikan itu, Greece di ambang muflis hinggakan gaji dipotong secara mendadak, peluang pekerjaan menyusut dengan mendadak.

Sedarlah tanpa bantuan kerajaan, jangan harap anda boleh belajar di universiti dan dapat menggenggam diploma, ijazah, sarjana atau PhD, kerana kos subsidi pembelajaran anda adalah tidak termampu untuk anda biayai, lainlah kalau anda anak orang kaya yang ibu bapa anda berjuta-juta duitnya.

Lebih-lebih lagi kepada graduan yang mendapat biasiswa kerajaan untuk belajar di universiti di luar negara, jangan jadi kacang lupakan kulit dengan sudahlah tidak balik mencurahkan bakti kepada negara selepas berjaya menggengam diploma, ijazah, sarjana atau PhD dari universiti luar negara itu yang hasil dari subsidi kerajaan yang berjumlah ratusan ribu ringgit satu pelajar, malahan dengan tidak tahu mengenang budinya memburukkan nama baik kerajaan dan bersekongkol dengan pihak yang tidak bertanggunjawab mencetuskan suasana yang tidak harmoni untuk Malaysia pula.

Kepada pelajar universiti terutama IPTA kerana jarang sangat pelajar IPTS berdemontrasi liar, anda semua tidak menghadapi lagi cabaran kehidupan yang sebenar, janganlah anda merosakkan diri anda dengan gejala yang tidak sihat. Lihat pelajar IPTS yang sedar akan betapa mereka perlu berusaha dengan gigih untuk berjaya kerana mereka tak dapat subsidi pelajar seperti anda di IPTA, mereka insaf pengorbanan ibu bapa dan bantuan dari kerajaan yang memberikan pinjaman PTPTN kepada mereka, 

Kos pengajian mereka kalau peringkat diploma saja mencecah belasan ribu ringgit, kalau ijazah berpuluh ribu ringgit, tapi anda berapa ringgit sangat kena bayar yuran univesiti di IPTA? Banyak yang disubsidikan oleh kerajaan, jadi sedarlah diri dan berusahalah untuk jadi manusia yang baik kerana sedarlah cabaran yang besar menanti anda dalam dunia kerjaya selepas anda tamat belajar kelak.

Kalau nak dilihat dari segi kos, sepatunya satu bulan, beratus ringgit perlu dibelanjakan oleh mahasiswa untuk bayar kos tuisyen di kelas oleh pensyarah, tapi itu semua telah disubsidikan oleh kerajaan. Selain itu, baucer buku oleh pihak kerajaan, bukannya untuk beli novel, tapi untuk beli bahan bacaan ilmiah bagi kegunaan pelajaran mahasiswa itu sendiri, kalau mahasiswa sendiri tidak tahu menilai mana yang lebih penting dan baik, janganlah dibebankan kesalahan yang anda buat kepada pihak kerajaan pula.

Selain itu, isu Bantuan Rakyat 1Malaysia sebanyak RM 500 oleh pihak kerajaan yang dipertikaikan oleh si tukang ceramah itu, perlu sedar, bantuan itu bukannya untuk dua tiga orang saja, tapi lebih dari 3 juta ketua isi rumah dalam negara ini, malahan kos yang ditanggung oleh kerajaan adalah lebih dari RM 2 bilion atau bahasa mudahnya RM 2 ribu juta untuk bantuan ini.

Bersyukurlah dapat RM 500 itu pun, kalau di negara lain seperti Greece yang kononnya Negara Kebajikan yang baru jahanam ekonominya itu, bukan setakat RM 500 pun tak dapat, malahan gaji dipotong secara besar-besaran, pekerja dipecat secara besar-besaran kerana tak mampu bayar gaji, malahan khidmat keselamatan oleh polis pun kena bayar di Greece.

Pasal akidah orang lain (akidah penyokong Barisan Nasional) yang dipertikaikan oleh si tukang ceramah di atas, saya minta si tukang ceramah di atas lihat gelagat para tok guru dalam PAS yang sesuka hati buat 'fatwa' itu dan ini hingga menjejaskan pemikiran dan merosakkan perhubungan hinggakan keluarga porak peranda, masyarakat berpecah belah, itu apa pula? Kerajaan sentiasa mempromosikan pepaduan bukan setakat dalam keluarga, masyarakat, malahan antara kaum dan agama digalakkan perpaduan selaras dengan Islam itu sendiri yang menggalakkan perpaduan.

Generasi sekarang kerana terlalu banyak kemudahan hingga tak reti menilai, tak tahu nak mengenang budi, tak tahu nak berusaha kerana banyak sangat bantuan. Kerajaan beri bantuan untuk kesejahteraan rakyat, memanglah rezeki itu dari Allah, tapi kalau rezeki dari Allah iaitu bantuan yang dihulurkan oleh kerajaan dibuat dengan sebaiknya, selain bersyukur kepada Allah, kenalah berterima kasih kepada kerajaan, jangan anggap itu tanggunjawab kerajaan, sedarlah tanggungjawab diri kepada kerajaan sama.

Kalau kerajaan bertanggunjawab menjaga kebajikan rakyat, maka rakyat pula bertanggungjawab untuk memberi kerjasama kepada kerajaan untuk menjayakan agenda nasional bagi menjayakan program mensejahterakan rakyat, jangan jadi petualang merosakkan keamanan, perpaduan, keharmonian, pembangunan dengan berbagai kelakuan yang buruk dan keji.

Jagalah maruah diri, jangan mendedahkan diri kepada perlakuan ibarat orang yang tidak berakhlak dengan berguling di jalanan, berdemontrasi sambil menjerit-jerit ibarat orang tidak siuman adalah perlakuan yang tidak mendatangkan faedah, banyak lagi perbuatan baik yang perlu dibuat yang sepatutnya dibuat untuk kemaslahatan ummah dan negara.

Komen kedua dari Otak Geliga

Kesilapan TERBESAR KERAJAAN BN adalah kerana terLEWAT menggunakan laman2 sosial untuk memberi/menyebarkan maklumat yg tepat kepada para mahasiswa sedangkan golongan mahasiswa MAJORITINYA menggunakan internet mencari maklumat tetapi hanya segelintir sahaja yg mampu menggunakan akal untuk berfikir sebelum mneyerap intipati maklumat dlm kepala otak masing2

mahasiswa ni cukup sekali atau dua kali mereka disajikan dgn cerita kononnya hak mereka dinafikan/dirogol oleh kerajaan, maka dlm kepala otak mereka sudah TERSEMAT KUKUH kerajaan BN adalah kerajaan paling ZALIM & untuk menukar pendirian ini adalah AMAT SUKAR kerana rata2 mereka KERAS KEPALA, egonya TINGGI MENCANAK (konon gol terpelajar), perasan sentiasa betul etc.

sebagai jln penyelesaiannya, mahu atau tidak kerajaan BN perlu MEMENANGI perang saraf terhadap mahasiswa ini tanpa henti selagi pembangkang yg TIADA JATI DIRI, INTEGRITI, KETELUSAN & lain2 sifat mahmudah masih wujud di Mas

aku sebagai salah seorang mahasiswa, terus terang aku katakan sudah 2-3 generasi mahasiswa ROSAK PEMIKIRAN mereka dgn RACUN FITNAH dr pembangkang...untuk mahasiswa generasi baru, mahu atau tidak pihak kerajaan BN perlu mengerah para cybertroopers mereka dggn lebih tersusun, dipersiapkan dgn fakta & SILA JAWAB TOHMAHAN/TUDUHAN pihak pembangkang dgn kadar SEGERA, TEGAS & JUJUR.....jika salah katakan salah, jika benar katakan benar

Mahasiswa ni hatinya sensitif bila hak mereka diusik tapi majoriti TAK PEDULIpun dgn hak org lain....ohh ye lagi satu, mahasiswa ni majoritinya sudah LUPA APA PERJUANGAN SEBENAR mereka temasuklah para MPP/wakil pelajar mereka....sibuk dgn dunia politik diluar kampus, masalah dlm kampus buat2 buta.....cukup semester, minta itu ini dgn universiti, padahal jika lihat kualiti kerja???.....ermmmmtapi ini hanya terpakai utk mahasiswa yg KUFUR NIKMAT je setelah dibaja dgn RACUN dicampur MADU oleh pembangkang yg mana talibarutnya termasuklah LECTURER yg x kenang budi. Anda Mampu Mengubahnya.

8 comments:

  1. aku rasa 5 0rg je ni, lain2 tu super impose

    ReplyDelete
  2. apa komen panjang2 ni .Bagi aku benda ni simple saja . Mereka yang berdemo tak dapat maklumat lengkap . Tugas kita bagi maklumat kepada mereka
    Kenapa nak bazirkan masa dan tenaga untuk bantah PTPn ?? sebab mahasewel2 ni tak cerdik . dia orang tak tahu ker berpa banyak kerajaan PKR Selangor belanja untuk biasiswa ??

    bagi 2011, bajet biasiswa kerajaan PKR Selangor ialah sebanyak RM254,900.00 bagi tawaran baru kepada 500 orang pelajar, manakala bagi pinjaman, bajet adalah sebanyak RM3,189,500.00 bagi tawaran baru kepada 600 orang pelajar IPT. http://www.yayasanselangor.org.my/adun/4.html

    Kalau diaorang ni cerdik , aku rasa mesti diaorang buat demo mintak kerajaan PKR Selangor tambah biasiswa untuk manafaat mahasiswa . Kerajaan jenis apa ni belanja untuk biasiswa pun sama mahal dengan katil Azmin Ali ??

    Amacam ada sapa2 berani buat demo kat yayasan selangor mintak tambah biasiswa ??? diaorang bernai ker desak kerajaan Selangor ???

    ReplyDelete
  3. Bukan mahasiswa tapi mahalembu. Bodoh & diperbodohkan. Senang saja, hangpa tak payah ambik ptptn, guna duit mak bapak hangpa. Dok kalut tuntut mansuh ptptn apa. Kalau mak bapak hangpa duit banyak toksah dok pinjam. syarat pinjam ni kena bayaq balik. Itu pun tak boleh pikiaq? BODOH!!!!! Lembu pun pandai dari hangpa. Elok la, juboq hangpa dok kena paku dengan pemimpin PKR.

    ReplyDelete
  4. Pinjaman PTPTN habis dah masuk perut.....lepas tu tak nak bayar. Muka kamu mahasewel2 ni macam bangkai....

    ReplyDelete
  5. SEmua nak free ke ?? kencing berak pun kena bayor ! sedar lah diri wahai bbudak U yg pendek akal!

    ReplyDelete
  6. buduh la ini orang...suruh kutip sampah..kat KL pun lagi ada faedah.....perasan macam dia sorang masuk U...wei baghal...jangan jadi lembu politik....sebab yang gua tau si lembu-lembu nie lah nanti terhegeh-hegeh nak kerja gomen bila abis U...hampas...cakap leba lebor....tapi orang yang macam gua ni lagi baik...belajar kat U dapat biasiswa..abis belajar tak terhegeh-hegeh nak kerja gomen,glc atau mnc ...dah ada pengalaman kerja swasta terus kerja sendiri walau susah perit dan jerih pun puas hati...dan tak pernah pun nak salahkan dasar kerajaan.

    ReplyDelete
  7. Mahasiswa bodo serupo lembu..x terima kasih lasung..

    ReplyDelete
  8. Mudah je..sapa yang tak nak bayar..x yah le pinjam..x kan mengaji kat u benda tu pun nak kena bagitau kot...makin mengaji makin bodoh... utang wajib bayar... mereka ni jenis manusia x reti bersyukur...

    ReplyDelete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.