SHAH ALAM –“Tidak perlu layan isu murtad yang dia hendak cakap. Banyak lagi benda besar yang sepatutnya diberikan tumpuan seperti pengundi hantu, rasuah. Kita pandang isu ini isu kecil sahaja, bagi Pas Selangor, ini tidak penting, dan Pas Selangor sudah mendapat arahan daripada Pas Pusat mengenai perkara ini".
Kenyataan tersebut dibuat oleh Pesuruhjaya Pas Selangor, Dr Abd Rani Osman, menurut beliau, Pas tidak menggalakkan ahlinya, malah tidak akan menghantar wakilnya untuk mengikuti pendedahan video murtad oleh bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali di kediamannya hari ini, kata
“Kita tidak galak ahli pergi tetapi kalau ada yang pergi tidak mengapa, terpulang. Itu mereka pergi atas kapasiti individu bukan mewakili Pas. Kalau hendak pergi, pergilah.”.
Tambah beliau, Pas Pusat dan Selangor sememangnya sentiasa menentang sebarang usaha pihak tertentu yang cuba memurtadkan umat Islam.
“Isu murtad ini memang perlu kita tangani tetapi bukan dengan cara pergi dengar orang seperti ini bercakap, dia pun tiada kuasa.
“Kalau Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) atau Majlis Agama Islam Selangor (Mais) buat, kita akan pergi. Masa dia jadi Exco, apa dia buat? Adakah murtad turun atau berkurangan,” katanya.
Beliau berkata, cukup dengan kehadiran media yang datang kerana media lebih berperanan membuat liputan dan menyiarkannya di televisyen, akhbar, internet dan sebagainya.
Ketua Penerangan PKR Selangor, Shuhaimi Shafiei berkata, PKR Selangor tidak mahu terlibat dengan cerita ‘seinci jadi sejengkal dan sekaki’ seperti yang didedahkan bekas Exco Agama Islam Selangor itu. - Disunting dari Sinar Harian
"Masa dia jadi Exco, apa dia buat?"
ReplyDeleteSoalan bodoh dari seorang YB hamPAS.
Dr Rani buta ke ttg isu DUMC?