JIKA RAMALAN TUN DAIM KELANTAN BN KALAH RAMALAN 'TOK PA' PULA...

Sebelum ini Bekas Menteri Kewangan dan bendahari Umno Tun Daim Zainuddin meramalkan BN akan kalah di Kelantan.

Kehadiran rakyat Kelantan di Ceramah Perdana yang dianjurkan Pas baru-baru ini telah menimbulkan pelbagai reaksi pemolitik tertentu terutamanya yang menggunakan media sosial FB, Blog dan Twitter, bagaimanapun tanpa melihat jauh ada segelintir dari mereka yang lantang membuat tohmahan yang tidak berasas.
Ingin dijelaskan bahawa rakyat Kelantan punyai cara pemikiran yang agak berbeza, ia disebabkan penerapan dakyah Pas yang sudah lebih 20 tahun diatas kegagalan kerajaan BN mengambilnya semula. Sangat tidak wajar (terutamanya orang luar) untuk mengatakan rakyat Kelantan dengan itu dan ini. (sendiri mau ingat). Jika penjual ikan seperti Mael pada klipvideo dibawah boleh cerita pasal realiti politik, belum tentu penjual ikan di negeri lain.
Begitu juga dengan soal perubahan, bukan rakyat Kelantan tidak inginkan perubahan, jangan melabelkan dengan kenyataan yang seolah-olah rakyat Kelantan tidak melihat walaupun dibuat sejuta kebaikkan sekalipun dan kerja keras macam manapun BN tetap gagal. Sungguh dangkal sekali kenyataan seperti itu dan ia tidak ubah sebagai menambahkan kebencian rakyat Kelantan semata-mata, lebih-lebih lagi melibatkan keturunan.

Cara politik setiap negeri adalah berbeza, begitu juga dengan setiap isu yang dibawa, sebelum mengenali budaya masyarakat Kelantan ada baiknya tidak menyentuh isu-isu berkaitan Kelantan yang bersifat menghina, mencabar, mengugut dan sebagainya. Jika tidak,masakan PRU yang berslogan "18 tahun pade doh" itu dengan serangan yang jitu serta gimik menamakan calon Menteri Besar boleh kalah pada keduanya.

Benar, bukan faktor itu semata-mata, namun itu juga adalah sebahagian daripadanya, secara tidak langsung kewujudan pemikiran seperti "Takut Kerajaan Tok Guru Tumbang" itu akan timbul dikalangan orang muda dan mereka tidak sekali-kali akan memberikan undi kepada BN. Gerak saraf yang sukar dirancang diatas isu yang berbalas tepat lebih menyukarkan lagi.

Biarpun tarikh sebenarnya belum diumumkan yang pasti PRU13 sudah semakin hampir, lantaran itu parti-parti bertanding begitu sibuk mempersiapkan jenteranya bagi menghadapi pilihanraya, tidak kurang  para wartawan juga akan lebih sibuk dari calon yang bertanding bagi memberi maklumat sebenar kepada masyarakat.

Sekiranya PRU13 ini sekali lagi wartawan mengajukan soalan yang sama kepada Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Kelantan, Datuk Mustapa Mohamad, adakah kita juga akan mendengar jawapan yang sama seperti PRU11 yang lalu ? Jika begitu mungkin kita juga akan terima keputusan pilihanraya yang sama pada PRU13 nanti.

Dalam menyingkap tauladan perjalanan PRU11 yang lalu, dibawah adalah wawancara akhbar Utusan Malaysia bersama Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Mustapa Mohamad pada 07 March 2004.
 
1.) Dalam menghadapi pilihan raya umum ke-11 ini, bagaimanakah Datuk melihat sambutan rakyat Kelantan terhadap UMNO sekarang dan apa yang dilakukan untuk menarik sokongan mereka?

MUSTAPA - Sambutan yang diberikan oleh rakyat amat menggalakkan, ini adalah hasil daripada jentera penerangan kita yang bergerak dengan baik bagi menerangkan isu-isu kepada rakyat. 

Dalam program ini kita menampilkan beberapa tokoh dan ternyata jumlah kehadiran agak membanggakan dan di luar dugaan. Malahan di sesetengah tempat ceramah yang dianjurkan oleh UMNO mengatasi jumlah kehadiran ceramah yang dilakukan oleh Pas.

Di peringkat bawahan pula, kita menggerakkan sepenuhnya Ketua 10 - iaitu orang yang bertanggungjawab menjaga 10 buah rumah bagi sesuatu kawasan. Mereka ini bergerak dari rumah ke rumah untuk memberi penerangan kepada rakyat mengapa mereka perlu menyokong BN.

2.) Salah satu cabaran utama UMNO Kelantan ialah berhadapan dengan Pas yang sering menggunakan isu negara Islam, bagaimana UMNO menangani keadaan ini?

MUSTAPA - Pas sebenarnya tidak ada isu dalam usaha menarik perhatian rakyat supaya tidak menyokong BN. Semua isu telah diselesaikan oleh kerajaan di peringkat nasional lagi.

Begitu juga dengan isu negara Islam, ia hakikatnya sudah selesai dan rakyat kini semakin faham bahawa Malaysia adalah sebuah negara Islam, bagi golongan yang masih belum mahu menerimanya, buat macam mana pun mereka tetap tidak akan faham. Tetapi bagi kita dalam UMNO, kita yakin ahli-ahli UMNO tetap percaya bahawa Malaysia sebuah negara, justeru apa juga propaganda Pas dalam soal ini, ia tidak akan menggugat keyakinan ahli UMNO untuk terus menyokong BN.

Malah Pas semakin khuatir dengan apa yang kita lakukan dalam soal memberi pemahaman kepada rakyat bahawa Malaysia sebuah negara Islam. Dalam keadaan mereka ketandusan isu, maka mereka terpaksa `menyanyi lagu lama' ini.

Oleh itu, bagi saya isu negara Islam sengaja ditimbulkan sebagai gimik kerana mereka tidak ada isu. Tetapi kita percaya ia tidak akan mengubah keadaan walaupun Pas keluarkan Dokumen Negara Islam, orang UMNO tetap yakin bahawa kita negara Islam.

Bagi UMNO Kelantan, kita berharap manifesto tambahan yang bakal dikeluarkan akan memberi harapan dan keyakinan kepada rakyat Kelantan bahawa BN benar-benar ingin membawa perubahan kepada negeri ini dalam semua segi demi masa depan mereka.

Kita berharap kewujudan manifesto tambahan ini akan mendapat sambutan di kalangan rakyat Kelantan dan setakat ini kempen BN untuk membawa perubahan di Kelantan berjalan dengan baik dan mendapat sambutan yang menggalakkan.

3.) Berbanding pilihan raya umum lalu, ternyata kali ini Pas ternyata tidak mempunyai isu yang boleh memungkinkan mereka mencapai kemenangan besar, adakah ini kesempatan terbaik untuk UMNO Kelantan mencipta kejayaan?

MUSTAPA - Hakikatnya, Pas bukan sahaja tidak ada isu malahan mereka kini semakin lemah dan sokongan rakyat kepada mereka juga semakin berkurangan. Ini terbukti melalui kehadiran rakyat di ceramah-ceramah Pas yang ternyata semakin berkurangan. Oleh itu adalah jelas sama ada kita akan mencapai kemenangan atau tidak bergantung kepada diri kita sendiri dan cabaran ini akan bermula apabila senarai nama calon diumumkan.

Saya menyeru ahli UMNO menerima sesiapa yang dipilih oleh pucuk pimpinan untuk bertanding. Sikap ini amat mustahak kerana kemenangan kita juga bergantung kepada calon. Tambahan pula dari segi sokongan di peringkat bawah tidak ada masalah, malahan semakin mantap, semakin ramai rakyat yang mahukan perubahan (kepimpinan kerajaan negeri) dan semasa ke semasa jumlah mereka yang mahu menyertai UMNO semakin bertambah.

Begitu juga dalam UMNO sendiri, saya dapat merasakan `mood'nya begitu baik sekali, ahli UMNO semakin bersemangat untuk menghadapi pilihan raya dan mencatatkan kemenangan sehingga ada di antara mereka terutamanya ahli Wanita UMNO yang bekerja sehingga larut malam untuk menampal poster parti. Ini satu perkara yang luar biasa.

Ahli-ahli UMNO mahukan kemenangan dan mereka dapat merasakan peluang untuk mencapai kejayaan tetap ada.

Sebab itulah saya tegaskan bahawa soal memberi sokongan kepada calon yang dipilih oleh pucuk pimpinan parti amat penting. Ini adalah bagi mengelakkan perpecahan yang boleh meruntuhkan harapan kita untuk mencapai kemenangan.

Dalam soal ini, peranan ketua-ketua bahagian amat penting untuk memberi contoh yang baik iaitu akur dengan keputusan pucuk pimpinan mengenai calon. Langkah itu penting bagi memastikan anak-anak buah mereka tidak mengambil tindakan yang boleh merugikan parti di saat-saat Pas ketandusan isu.

4.) Sejarah dalam beberapa pilihan raya yang lalu telah membuktikan bahawa calon memainkan peranan yang cukup penting bagi menentukan kemenangan UMNO dan BN Kelantan, sejauh manakah persediaan UMNO Kelantan dalam soal ini?

MUSTAPA - Kita sudah pasti akan menentukan bahawa orang yang dipilih itu mempunyai kualiti untuk menjadi calon. Ia haruslah seorang yang mempunyai kewibawaan dan diterima oleh rakyat.

Oleh itu, kita akan memastikan calon yang bakal dipilih benar-benar mampu untuk membawa panji-panji UMNO, mempamerkan imej UMNO dan sekali gus membawa kemenangan kepada parti. Dalam soal ini kita akan berusaha sedaya-upaya untuk meletakkan barisan calon yang terbaik dan mampu memenangi hati rakyat.

Apa yang penting, kita perlu mengelakkan wujudnya `
puak-puak' dalam parti sendiri apabila senarai calon diumumkan.

5.) Datuk, cabaran utama sudah ada di depan mata apabila ada ahli UMNO bahagian yang bertindak akan menentang calon dari parti sendiri kerana tidak berpuas hati digugurkan menjadi ketua penaja bahagian. Bagaimana Datuk dan UMNO Kelantan menangani masalah ini?

MUSTAPA - Pada permulaannya apabila isu itu tercetus memang kita fikir ia akan mendatangkan masalah kepada kita. Tetapi isu tersebut dapat ditangani dengan baik dalam satu dua hari sahaja sudah selesai, kita tidak bimbang apa-apa lagi.

Apa yang penting ialah ahli UMNO di semua peringkat harus memahami bahawa lawan kita ialah Pas bukan antara kita dengan kita. Inilah cabaran besar kita untuk membuktikan bahawa kita benar-benar ikhlas berjuang untuk parti.

6.) Apa yang berlaku itu telah membuktikan bahawa masih ada segelintir pemimpin UMNO Kelantan yang tetap mengamalkan `cah keting' demi kepentingan politik mereka. Oleh itu, apakah nasihat Datuk kepada ahli-ahli UMNO kerana budaya cah keting telah banyak mencemarkan maruah UMNO Kelantan?

MUSTAPA - Kita selalu bercakap dan berjanji bahawa kita akan akur dengan sebarang nasihat yang diberikan oleh pucuk pimpinan, tetapi malangnya kadang-kadang kita tidak mengotakan janji itu.

Inilah perkara yang harus kita sedar. Pilihan raya kali ini adalah peluang untuk kita menebus maruah kerana orang luar dan orang Kelantan sendiri memberi pelbagai persepsi dan tohmahan, tuduh kita `cah keting' dan sebagainya.

Oleh itu, inilah peluang terbaik untuk kita menebus maruah dan membuktikan semua tuduhan dan tohmahan tersebut tidak benar. Kalau kita melakukan apa yang dituduh itu seperti mengamalkan `cah keting' ia membuktikan bahawa kita masih lagi belum matang berpolitik.

Politik kita adalah politik untuk parti bukan untuk individu. Malaysia adalah sebuah negara yang mengamalkan demokrasi yang semakin maju tetapi kalau cah keting masih wujud maka merosotlah amalan demokrasi kita.

Apa yang perlu diingat ialah kita berjuang untuk satu misi iaitu kemenangan untuk parti dan bukannya individu. Kita kena keluar daripada persepsi bukan berjuang untuk orang tertentu tetapi untuk satu misi yang lebih cerah demi masa depan parti dan rakyat yang kita perjuangkan. 
 
Oleh itu selagi kita tidak dapat menghapuskan budaya cah keting ini dan masih mahu berjuang untuk kepentingan diri sendiri, selagi itulah kita tidak akan dapat menebus maruah UMNO Kelantan.

7.) Apakah pesanan Datuk kepada rakyat Kelantan supaya mereka memilih BN pada pilihan raya umum kali ini?

MUSTAPA - Rakyat Kelantan harus memahami, inilah peluang untuk kita membawa perubahan dan mewujudkan sebuah kerajaan yang cekap bagi tempoh lima tahun akan datang. Ini penting kerana ia akan mampu membawa kemajuan kepada negeri ini. 

Berdasarkan track records BN di seluruh negara, kita yakin tidak ada parti lain yang mampu membawa kemajuan kepada rakyat selain UMNO dan BN. Bersedialah untuk membuat perubahan, berilah peluang kepada kami (BN) yang mempunyai track records yang baik. Berhijrahlah daripada keadaan sekarang ini (di bawah kepimpinan Pas) yang lebih banyak membawa masalah kepada negeri dan juga perpaduan di kalangan masyarakat kita.

Bagaimanapun Pada PRU11 yang lalu BN hampir berjaya untuk mengambil alih pentadbiran negeri Kelantan sebelum tsunami melanda pada PRU12 yang turut menumbangkan 4 buah negeri yang lain. Tsunami tersebut disebabkan 'undi protes dan beberapa faktor semasa yang mempengaruhi keputusan pilihanraya ketika itu.

Kerana itu kegagalan BN di Kelantan tidak wajar diletakkan diatas kenyataan rakyat Kelantan tidak inginkan perubahan. Jawapan tersebut bukanlah ukuran tetapi isi dan tindakan jenteranya adalah penyumbang. Jatidiri rakyat Kelantan tidak boleh diukur dalam konteks politik. Anda Mampu Mengubahnya. Bersambung

13 comments:

  1. kemah keming bos!!!!!padat betul tepat, ore umno ni dio xreti ore kelate lgumna,dio ingt bodo2 kalih,nok oyak buwi ore kelate ni lg cidik main politik,kalu dok bakpo tahun 2004 bn bleh mene bsar jgk kalu ore kelate ni bodo..

    ReplyDelete
  2. weh gelembung kick mu xsoh duk main angin ore kelatelah, ore klate xser doh ko umno ni,mu jah gilo nok ko umno

    ReplyDelete
  3. Fakta demo tepat,penilaian jugok berasas,tapi kata-kata demo banyak tersirat.rasa molep lebih terang lg

    ReplyDelete
  4. Ni baru jolo ore kito, kecep bare realiti,jange duk takut,ni ramai bloggo hok duk bodek kuat,buke nok peridup parti lagu,koho nok mapuh, mu lah gilo anymamos duk sokong pas

    ReplyDelete
  5. orang kelantan tak nak umno,tak masuk surga,undi pas masuk surga.

    ReplyDelete
  6. kelante nok kat pas ... umno ni demo tok mau ... orang kelate nampoknyo redo PAS kahwin DAP loh napoknye.... memang munafik benar ...dulu kate kat umno ...aku cabar PAS bagi kerusi kat DAP di kelatae kalu PAS anak jantan....
    aku tok suko munafik PAS ni!

    Jom...kito tukar..!!

    ReplyDelete
  7. anon 06.08am..

    bukan tu je...sejak sebantal dengan DAP, lain benar perangai PAS...dulu kata lain..sekarang lain...

    Amanat Hj. Haji tahun 80an, sampai sekarang besar kesannya...pecah 2 orang melayu...

    macam maner Hj.Hadi & pimpinan PAS lain nak tanggung dosa bila amanat tu orang ramai percaya...

    tu belum lagi pasal MEMALI...sampai ada pengakuan, setiap pagi lepas subuh, siram minayk wangi kononnya nak tunjuk syahid memali tu betul...

    sudahnya, sebelum mati, dia sendiri buat pengakuan...ape PAS nak cakap?? takan ZUL nordin nak berbohong pasal pendedahan ini??

    ReplyDelete
  8. anon 05.49am...

    tolong bagi pada aku dalil @ ayat Qurran yang ada bukti angkah PAS masuk Syurga???

    nak gak tau, dari maner sumber??

    aku sekolah agama jugak...tak pulak belajar Qurran & Sunnah ada benda ni??

    Dah sesat ke?? kena ingat PAS hanyalah Parti politik, bukan agama...

    ReplyDelete
  9. Kalau umno nak menang di kelantan dan kalahkan pas, saya cadangkan:-
    1, Lantik Tengku Razaleigh Hamzah sebagai Ketua Umno dan BN di Kelantan menggantikan tok pa. tok pa kena berkorban
    2. Empower dan berikan kedudukan dan kuasa kepada Parti Berjasa hatta jika perlu wakil Berjasa jadi MB, umno mesti sanggup berkorban asalkan pas tewas di kelantan
    3, semangat kenegerian/kedaearahan orang Kelantan mesti di kurangkan. Pas gunakan perasaan ini hingga ramai rakyat Kelantan menganggap, kalah nya pas umpama kalahnya orang Kelantan
    4. orang kelantan terlampau ramai berada di luar Kelantan

    ReplyDelete
  10. Oleh Maritime Expert...Bercerita pasal Kelantan kita perlu tahu bahawa semangat kenegerian rakyatnya adalah berbeza dengan rakyat negeri-negeri lain. Tidak semua rakyat menyokong PAS. Apa yang kita perlu cari ialah kenapa mereka bangkit untuk menentang kerajaan pusat i.e UMNO/BN? Mesti terdapat sesuatu yang tersirat yang tidak kita ketahui dan kalau kita tahu sekalipun jarang kita bongkarkan. Persoalannya kenapa? Pada hemat saya, ianya berpunca dari sikap kerajaan pusat yang sering dilihat oleh kerajaan serta anak negeri sebagai menganak tirikan rakyat Kelantan berbanding yang lain. Perkara ini bukanlah perkara baru dan sukar untuk dinafikan. Keduanya, wakil rakyat UMNO/BN yang wujud di Kelantan bukanlah seorang yang patriotik dan benar-benar berjuang untuk kesejahteraan rakyat, contoh yang paling hampir ialah Tok Pa dan Awang Adek. Tok Pa mungkin gagah di kawasannya namun akan tumpas di kawasan lain kenapa, sebab sikap beliau yang tidak menyeluruh dan hanya fokus kepada kawasan sendiri. Mungkin ada yang akan berkata bahawa "memanglah sebab itu kawasan beliau, kawasan lain pemimpin kawasan lain lah yang kena jaga". Namun hakikat yang perlu kita ketahui ialah bahawa pemimpin kawasan lain hanyalah mementingkan kantung sendirI berbanding kebajikan rakyat. Awang Adek, tidakkah UMNO pusat tahu bahawa beliau tidak disenangi oleh rakyat negeri disebabkan keegoan serta perangai buruk beliau. Suatu ketika dahulu kita lihat bahawa Pengerusi KUB Dato' Hassan Harun berkebolehan, namun tembelang pecah apabila beliau juga hanya mementingkan kantung sendiri berbanding kebajikan rakyat. So apa yang boleh saya katakan ialah, PAS tidak kuat namun calon UMNO/BN yang hadir adalah terlalu lemah dan terlalu mementingkan isu peribadi berbanding rakyat. Isu royalti minyak merupakan isu besar yang perlu ditangani dengan baik oleh pihak pusat kerana apa yang cuba diperjelaskan oleh pihak pusat adalah bercanggah dengan UNCLOS (United Nation Convention Law Of The Sea) 1982. Pihak pusat perlu tahu akur bahawa terdapat rakyat Kelantan serta beberapa Expert Maritime hadir di Kelantan dan ianya tidak dapat dinafikan. Isu penyaluran minyak mentah menerusi Selatan Thai dan Terenagganu dilihat oleh rakyat Kelantan sebagai satu penganiayaan dan seterusnya menafikan peluang ekonomi masyarakat setempat. Persoalan yang sering dibangkitkan ialah kenapa bukan Tumpat, kenapa bukan Tok Bali. aspek JDA Malaysia-Thai tidak timbul dalam aspek ini sekiranya itu lah yang cuba dijadikan sandaran. Akhir kata sekiranya pihak Kerajaan Pusat benar-benar mahukan Kelantan maka mereka harus turun padang dan mendalami secara serius, apakah yang benar-benar dimahukan oleh anak Kelantan. Persoalan yang belum terjawab sehingga sekarang ialah HIGHWAY atau lebuhraya?

    ReplyDelete
  11. Bagi aku orang luar melihat PAS ini ibarat satu agama baru yang dianuti oleh majoriti rakyatnya. Manakan tidak, jangan sentuh sedikit pun nik ajis, kerana nik ajis itu dianggap teramat suci..lebih suci dari seorang dewa,, walaupun kadang kadang fatwa yang dikeluarkan itu teramat jauh tersesat.. Bendera PAS juga sudah sebahagian daripada Bendera Rasmi rakyat Kelantan.. buktinya: apabi;la aku tumpang sembahyang dirumah seorang pegawai kastam di Johor, aku terkejut bendera PAS tergantung dikamar tersebut, begitu juga apabila aku bertandang ke rumah seorang kawan guru di Johor, Bendera PAS tergantung megah diruang tamu rumah kuarters guru.. mereka seolah olah turut mengeksport budaya dan pahaman politik Kelantan ke luar
    Jadi jangan salahkan orang luar jika mereka punyai pandangan dan tanggapan sinis kepada orang kelantan .. budaya berpuak puak juga bukan satu lagi rahsia bagi sebahagian orang kelantan...
    Sekitar lewat tahun 90an.. sebahagian kekosongan jawatn di jabatan pendidikan dan sekolah sekolah di negeri Johor di isi oleh orang Kelantan..dari pengetua hinggalah ke pembantu makmal..aku juga naik heran kenapa perkara ini berlaku .. seolah olah anak negeri sendiri tiada yang layak mengisi jawatan tersebut? .. pada aku apa lagi layanan yang rakyat kelantan tak dapat .. masuk universiti?,jawatan jawatan tinggi dalam kerajaan? perniagaan? lesen? kontrak? GLC? name it pasti orang kelantan.. tapi mereka ini jugalah yang jadi parasit menghasut orang lain menolak dan membenci kerajaan...
    Aku difahamkan Salah satu kekalahan UMNO di Terengganu satu waktu dahulu.. adalah disebabkan layanan yang terlampau lebih kepada Kelantan sedangkan Terengganu adalah negeri kuat BN.. sebagai tanda protes, rakyat Terengganu memberi kemenangan kepada PAS, tapi orang Terengganu tidak berdendam lama, apatah lagi apabila mereka sadar bahawa PAS sebenarnya lebih zalim daripada kerajaan BN..
    Oleh itu berbaloikah kerajaan berbelanja besar semata mata hendak memenangi satu negeri yang sememangnya kuat kenegeriannya?

    Bagi PAS, hak dia hak dia, hak orang juga hak dia..
    taburlah berapa banyak, bantulah seberapa banyak,, Tapi undi tetap x merasa..orang bagi kita ambil, undi tetap tak merasa.. itulah prinsip mereka.. malah ada yang sinis mengatakan pemimpin UMNO kelantan lebih suka BN kalah, dengan harapan bantuan kerajaan pusat akan disalurkan terus kepada ketua ketua Bahagian.. jadi kantong akan terus berisi..malah ada juga yang sinis menuduh,, tugas ketua UMNO bahagian di Kelantan adalah membawa fail projek ke Kuala Lumpur..
    Ini sekadar pandangan orang luar ... kalau salah kerana aku orang luar.. tapi itulah hakikatnya pandangan orang luar..
    so sendiri mahu pikirlah ..

    ReplyDelete
  12. kelantan amat berbeza seperti negeri Johor,trengganu,melaka, negeri sembilan,sabah dan serawak sebab negeri tersebut ada blue print dan kuasa politik telah lama bertapak di sana.Sekarang mereka berlumba2 dan move foward.Perak,kedah dan perlis,bergerak macam siput di sebabkan komitmen pemimpin lama,percaturan fahaman politik,acuan stail lama dan sebagainya,termasuk jugak di P.Pinang,negeri maju tapi ada konflik politik.langkawi bernasib baik berada di kedah.Kedah dapat 1 kredit.Pahang special kes sikit sebab ngeri PM.Kelantan tertinggal di sebabkan budaya dan fahaman politik,ia merugikan rakyat kelantan kerana rakyatnya bijak dan tidak dapat menabur bakti di negerinya sendiri.Perlu ada kekuatan yg luar biasa bersaing dgn negeri lain dan perlu ada di bawah kerajaan BN kerana pengalaman mereka yg boleh di caturkan oleh bijak pandai orng kelantan di bumi kelantan.Lebih menarik ,pembangunan yg menjurus kepada konsep iman dan taqwa utk dunia dan akhirat.

    ReplyDelete
  13. jawapan tok pa ,,kalu wartawan tanya ..bo la jawap lagu tu.oraghe tok sir dah jawap lagu tu.
    sekeh la pulak puak2 pas tu..lo ni banyak isu panas..hok tu orahge nak dengar.

    ReplyDelete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.