KUNCI PPR BELUM DAPAT TAPI FLAT DAH NAK DIROBOH

Ahli Jawatankuasa Bertindak Kampung Kerinchi, Mohd Idrus Tokiran berkata, sebahagian penduduk pangsapuri PKNS yang masih tinggal di tempat itu masih berdepan masalah melibatkan urusan dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

Katanya, ada di kalangan penduduk berkenaan masih belum menerima kunci untuk rumah baru di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Muhibbah di Puchong untuk menggantikan rumah mereka yang akan dirobohkan.

Malah, terdapat juga keluarga yang mendapati nama mereka masih tidak terdapat dalam rekod DBKL untuk kemudahan perumahan di PPR Muhibbah, katanya.

Oleh sebab itu, seramai 34 penduduk terlibat memerlukan masa untuk berpindah dan berunding untuk membolehkan mereka tinggal di situ sehingga 1 Julai, katanya.

"Pemaju dah bayarkan sewa rumah (PPR Muhibbah)  yang mereka beri untuk bulan Mac. Tetapi bila kami pergi ke DBKL untuk bayar sewa bulan April, tiada akaun nama kami di DBKL.

NONE"Ini yang menyebabkan kami rasa takut untuk berpindah kerana kami rasa ada tipu helah yang cuba mereka buat," katanya.

Katanya, penduduk berkenaan bukannya menolak pembangunan, malah mereka telah bersetuju untuk berpindah.

"Tetapi bagilah kami masa yang secukupnya kepada kami. Mana sempat nak kosongkan rumah dalam masa dua minggu.

Lagipun ada anak-anak kami yang bersekolah, nak (menduduki peperiksaan) SPM tahun ini," katanya lagi dalam sidang media di perkarangan pangsapuri tersebut hari ini.

Katanya, rumah yang diduduki penduduk berkenaan merupakan rumah yang dibeli oleh mereka dan ada di antara golongan itu yang telah menghuninya hampir 40 tahun.

NONE"Tetapi kami dapat notis bila akta tanah digunakan, kita jadi penghuni tanpa izin pula," katanya mengulas tindakan Pejabat Tanah dan Galian mengeluarkan notis pengosongan kepada mereka, Ahad lalu.

Notis pengosongan itu adalah untuk membolehkan kawasan tersebut dibangunkan semula oleh pemaju Suez Domain Sdn Bhd.

Penduduk berkenaan diberi masa seminggu mengosongkan perumahan itu. - Malaysiakini
Klip Video Adam Adli kena tumbuk klik disini
"Pastikan keadilan itu milik semua"

2 comments:

  1. cer citer...pemaju dsh bayarkan sewa ppr u tuk bulsm march...tapi bulan april kami nsk pergi bayar nama tak ada dalam sinarai..
    bulan 3 sewa pemaju dah bayar...knapa tak pindah?yg beratus lagi tak ada masaalah pula...yg degil tak pindah saja timbul masaalah..penyakit cari sendiri..salahkan orang lain..yg 300 lebih knapa dapat kunci dah berpindah tanpa masaalah.
    mampos tak mau...hidup menyusahkan orang.



    anak kg krinchi

    ReplyDelete
  2. Nilah contoh melayu bandar yang bodoh. Tu pasallah pilih PKR. Tak payah tolong pun sebab bila pru13 nanti, dia orang ni tak pangkah BN pun.

    ReplyDelete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.