PESARA TENTERA DAPAT DURIAN RUNTUH 2 EKAR TANAH DARI KERAJAAN KELANTAN

KOTA BHARU - Para bekas perajurit negara yang berasal dari Kelantan akan mendapat durian runtuh tidak lama lagi apabila bakal diberikan 2 ekar tanah setiap seorang. Perkara ini diputuskan dalam mesyuarat Exco kerajaan negeri Kelantan hari ini.

Bagi melaksanakan perkara ini, satu jawatankuasa khas dibentuk bagi merangka mekanisma pelaksanaan keputusan ini. Tempat tanah ini juga akan dikenalpasti tidak lama lagi, kata Datuk Mejar (B) Anizam Abd Rahman , Exco Jawatankuasa Alam Sekitar Negeri Kelantan.
Jawatankuasa khas mekanisma ini akan menentukan kelayakan dalam pelbagai sudut bagi menentukan pesara tentera layak menerima tanah tersebut sama ada untuk tapak rumah atau pertanian.

“Kita akan meminta laporan dari Kementerian Pertahanan juga bagi mengenal pasti status bakal penerima,”ujarnya. Menurutnya lagi, mesyuarat pertama jawatankuasa ini akan diadakan seberapa segera yang mungkin.

Sambungnya, hadiah tanah untuk tentera diberikan oleh kerajaan negeri sebagai menghargai tugas mereka selama ini dalam menjaga keamanan negara sejak sekian lama. Tegasnya yang diberi tanggungjawab sebagai pengerusi jawatankuasa khas itu, ada di antara pesara tentera yang tidak berpencen akibat pencen awal, ada yang tidak berpendapatan tetap dan sebagainya. - Harakah

Rasuah pilihanraya ke ni ? Apapun syabas buat Pas Kelantan kerana kebajikan tersebut kepada tentera, tapi kalau kerajaan BN bagi ia mesti haram ataupun sudah menjadi tanggungjawab kerajaan. Kenapa dekat pilihanraya barulah perkara ini diumumkan kalau bukan ianya rasuah, tapi demi kepentingan rakyat, terima kasih kerajaan Pas Kelantan atas perkara itu.

Bagaimanapun terdapat banyak kekeliruan, dan sangat tidak jujur jika umpan pilihanraya ini semata-mata untuk meraih undi dan bila tiba masanya nanti pelbagai perkara berbangkit, masalah kerajaan Pas ni suka berbelit-belit, tak berterus terang, seperti mengambil kira kelayakan pelbagai sudut, tak cakap sudut apa, ni yang payah, nak bagi bila ? bulan berapa ? Tanah tu dekat mana ? semua tak jelas..

Kalau Kerajaan BN senang dan berterus terang, seperti kelayakan penerima BR1M ialah mereka yang berpendapatan RM3,000 kebawah, borang boleh diisi mulai Januari, wang akan diberi berperingkat mulai 1 Mac, penerima akan dimaklumkan melalui surat,  so rakyat akan jelas mengenainya, kerana niat simpan 'buah lipat' ni tidak menjadi amalan kerajaan yang berpusat di Putrajaya itu.

Jangan nanti kerajaan Pas Kelantan kata Kementerian Pertahanan tidak bagi kerjasama dan ia menyukarkan kerajaan Pas untuk mengesan mereka berdasarkan rekod yang ada dengan Kementerian. Diharapkan perkara itu tidak berlaku. Anda Mampu Mengubahnya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.