SELEPAS PARLIMEN DIBUBARKAN 12 BLOGGER POPULAR AKAN BERPALING TADAH

Baru-baru ini, penulis telah dihubungi oleh seorang ahli perniagaan dan juga aktivis kemanusiaan berbangsa Cina, meminta untuk berjumpa dengan beberapa orang ahli pasukan laman ini.

Atas dasar rasa ingin tahu, tiga dari kami telah pergi berjumpa dengan beliau di satu tempat yang ditetapkan. Tanpa membuang masa, sehabis saja bertukar-tukar salam perkenalan, kami bertanyakan tujuan beliau.

Seperti yang dijangka, beliau membawa hasrat yang begitu tinggi iaitu menawarkan jumlah yang amat lumayan sekiranya kami berpaling tadah. Tidak perlulah dinyatakan jumlah tersebut di sini atau ramai yang mungkin mendapati ia terlalu tinggi untuk dipercayai.

Kami tidak terkejut dengan tujuannya, tetapi jujur kami nyatakan bahawa kami terkejut dengan jumlah yang ditawarkannya. Perbualan berlangsung selama hampir satu jam dan akhirnya, kami memberitahu beliau bahawa pertemuan tersebut meningkatkan lagi semangat juang kami untuk menolak UMNO/BN.

Lanjutan dari pertemuan dengan tauke Cina tersebut, kami telah berjaya mengorek maklumat secara halus iaitu dengan ‘bermain tarik-tali’ dengannya sehingga akhirnya mendapat tahu bahawa 12 orang blogger pro-PR telah pun berjaya dibeli UMNO melalui cara yang sama.

Lebih mengejutkan ialah 12 blogger tersebut merupakan blog-blog yang popular dan amat konsisten dalam memperjuangkan agenda Pakatan Rakyat. Ada di antara blogger-blogger itu merupakan penulis-penulis yang sudah ada nama di alam maya ini dan ada juga yang masih baru, tetapi apa yang pasti, kesemua mereka berada dalam ranking yang tinggi. Walaupun nama mereka tidak diberitahu, tetapi berdasarkan meklumat ini, kami dapat meneka siapa mereka.

Memang agak sukar bagi kami untuk mempercayai perkara ini, tetapi logik akal memberitahu kami bahawa tentu saja blog-blog yang popular sahaja yang menjadi sasaran UMNO. Jika tidak popular, buat apa hendak dibeli, dan dengan harga yang amat tinggi pula. Bukankah membuang duit sahaja, bukan begitu?

Dengan proses ‘jual-beli’ tersebut telah selesai, blogger-blogger khianat ini dikehendaki berpaling tadah sejurus selepas parlimen dibubarkan. Mana-mana dari mereka yang mempunyai maklumat besar atau rahsia penting mengenai PR atau pemimpin-pemimpin PR yang boleh digunakan dalam kempen UMNO/BN, akan diberi bayaran tambahan.

Bayaran bagi setiap blogger tersebut tidak semestinya sama dan kami tidak pula diberitahu bagaimana harga mereka dinilai oleh tauke Cina tersebut, dan kami juga tidak tahu berapakah jumlah keseluruhan yang terlibat.

Tetapi, jika jumlah yang ditawarkan kepada mereka adalah lebih kurang sama dengan yang ditawarkan kepada kami, maka tidak hairanlah kenapa kerajaan tidak mampu menambahkan subsidi minyak, memberi pendidikan percuma dan bantuan-bantuan yang lebih besar kepada rakyat kerana sebahagian besar wang rakyat telah diperuntukkan untuk politik wang seperti yang dilakukan oleh tauke Cina ini, semata-mata untuk memastikan BN kekal berkuasa.

Diharap pemimpin-pemimpin PR dapat mengambil langkah awal mengawal keadaan dan mengambil tindakan bijak bagi menangani perkara ini. Kami sekadar mendedahkan apa yang terjadi, namun tanpa dapat mengesahkan secara rasmi siapa mereka yang terlibat, eloklah kami serahkan kepada kepimpinan untuk membuat siasatan.

Di masa yang sama, kami juga akan mencari kebenaran dengan cara kami sendiri. Tidak mustahil kami akan dedahkan segala-galanya jika mendapat butiran terperinci nanti. - Sumber di petik dari Mynewshub

1 comment:

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.