TESCO KELATE - CURI 3 PAKET MILO DITIBAI SAMPAI PECAH KEPALA

Berzina dengan isteri orang pun  Allah taala sudah ampun dosanya.....inikan pula hanya mencuri beberapa paket milo.!
Video ini hanyalah sebagai tauladan bersama buat adik-adik yang baru sahaja nak kenali dunia. Kejadian yang dilaporkan berlaku di pasaraya Tesco yang tapak pembinaanya merupakan lembah airmata rakyat Kota Bharu ini bagaimanapun menimbulkan rasa tidak puas hati masyarakat terhadap mereka yang memukul mangsa.
Mangsa yang didakwa mencuri beberapa paket milo dikatakan telah dipukul dan suspek yang memukulnya  belum dikenalpasti.

Sebagai iktibar, jika tidak berdaya untuk menahan diri dari melakukan kejahatan, jangan lakukan kejahatan yang melibatkan orang lain. Apapun mereka yang memukul pencuri itu adalah kurang wajar dengan nilai dan kepunyaan orang yang dicuri.

Bukanlah berniat untuk menggalakkan kecurian, namun diatas faktor kecurian itu melibatkan orang yang kaya(pemilik pasaraya) dan tidak mengancam nyawa berbaloilah dengan hanya menangkap dan diserahkan kepada pihak berkuasa.
Melainkan ia jenayah yang mengancam nyawa seperti ragut, samun dan sebagainya. Jika jenayah seperti ragut ditenyehkan muka suspek ke tar yang kerutuknya tahap maksima dan direndam ke dalam air mendidih  pun tidak cukup berbaloi lagi rasanya. Tidak kira apapun alasan jenayah ragut tidak ada kemaafan sama sekali kerana ia melibatkan nyawa dan orang biasa.(pendapat peribadi).
Apapun komen-komen pada video ini sangat menarik, pelbagai pandangan, macam-macam ada, sampai ambil video ni senget pun kena maki, Anwar, Ambiga, Nik Aziz dan wall street journal pun masuk. Hahaha orang kita semakin maju. Anda Mampu Mengubahnya...

2 comments:

  1. x pade dgn bendo sikit habuk,curi milo jah....bukannyo curi emas...malu lah aku dgn sikap segelintir ore kelate hok berfikiran primitif ni...x rasional langsung pemikiran lepas tu kalu ore luar royak ore kelate panas bare x leh terimo,mula lah nok royak ore luar benci kelantan lah gpo lah...bodo

    ReplyDelete
  2. Kerja Oversea4/22/2012 1:08 AM

    ini baru sikit Allah nak tunjuk kat kita. Dulu masa budak ragut kene pukul ngan polis pun org ramai cakap kesian kat budak peragut tu. Ini belum lg nak laksanakan HUDUD. Potong tangan, pancung kepala darah memancut, mati depan mata. Sebab masyarakat ada rasa kesian bila pencuri dipukul, jenayah masih berluasa. pencuri xtakut.
    Abe Apr 13- gua xsetuju samseng baer...klu dah pencuri dipukul gini, saya setuju. biar org takut nak curi....walaupon hok sikit habuk ke, sebesar emas ke... curi tetap curi....

    ReplyDelete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.