KUALA LUMPUR – Sikap lambat memberi respons terhadap siri tuduhan dibuat pembangkang menjadi salah satu punca Barisan Nasional (BN) kalah teruk dalam Pilihan Raya Umum (PRU) 2008, kata Setiausaha Agungnya Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
Mengapakah kepimpinan BN dilihat kurang ‘counter’ isu yang dibangkitkan pembangkang?
TENGKU ADNAN: Sebelum saya jawab soalan itu, kita ambil contoh isu PTPTN... isu itu siapa yang setuju dulu? Dulu, kerajaan hanya menawarkan biasiswa kepada mahasiswa yang layak untuk menyambung pengajian dan kemudiannya kerajaan tidak mampu membiayai sepenuhnya pengajian dan akhirnya menawarkan pinjaman pelajaran.
Menteri Kewangan ketika itu siapa.... saya tidak perlu sebut siapa semua pun tahu. Begitu juga apabila orang bercakap tentang tol. Ramai orang lupa tol yang meminta pemansuhan dibuat, sedangkan tol dimiliki oleh Khazanah, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Permodalan Nasional Berhad (PNB) di mana keuntungan daripada kutipan tol itu disalurkan semula kepada rakyat. Ada orang jawab? Tiada kan... inilah masalahnya apabila isu ini tidak dijawab, akhirnya rakyat dikelirukan dan diracuni fikiran mereka untuk menuntut semua benda percuma.
Mengapa pihak Umno sendiri tidak mengambil inisiatif untuk menjawab?
TENGKU ADNAN: Saya sudah mula menjawab... seperti saya sebut tadi, kita ada ramai orang dalam parti, ada yang dalam parti yang tidak suka bercakap, ada yang tidak faham, ada yang tidak tahu dan inilah masalahnya. Jadi kita terpaksa guna orang-orang tertentu untuk memberikan jawapan. Kadang kala saya kasihan melihat hanya perdana menteri dan timbalannya yang terpaksa menjawab. Kalau bagi dekat saya, saya mesti jawab.
Misalnya apa yang saya buat semalam (kelmarin), saya pergi ke Gombak dan melihat sendiri keadaan di sana terutamanya bagaimana keadaan Umno di Gombak sendiri, adakah mereka berada dalam keadaan baik. Masalah dalam Umno ialah mereka bercakaran sesama sendiri. Umno tak lemah dan parti lawan tak kuat. Tapi bila Umno berpecah, dia akan jadi macam sekaranglah.
Diantara kenyataan Tok Pa adalah kerajaan pusat memperuntukkan sebanyak RM 1.05 Billion dan terus dinafikan oleh Exco berkaitan dan menyatakan hanya RM 540 juta sahaja jumlah sebenar peruntukkan yang diterima dari kerajaan pusat. Jadi rakyat Kelantan melihat ini satu isu bodoh dari salah seorang yang mengeluarkan kenyataan tersebut.
Rakyat Kelantan nak tengok yang mana benar dan yang mana salah, agak besarlah kemaluan mana-mana pihak yang tidak dapat membuat pendedahan secara terperinci mengenai angka tersebut. Rakyat Kelantan menunggu penjelasan yang seterusnya dari Tok Pa, PRU13 ini mesti perang habis-habisan...Anda Mampu Mengubahnya..
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.