AZMIN WAJAR SAMAN BLOGGER - KLIP SEKS

BATU PAHAT – Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali diminta membuat laporan polis atau menyaman pengendali blog yang menyiarkan beberapa keping aksi seks yang didakwa miripnya bagi menghapuskan kesangsian rakyat.

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, Azmin perlu mengambil tindakan itu jika yakin tidak bersalah dan biar membenarkan pihak polis membuat siasatan.

“Beliau perlu buat begitu kerana beliau sudah membuat penafian individu di dalam gambar berkenaan bukan dirinya.

“Saya berharap pengendali blog berkenaan turut bertanggungjawab dan membuat laporan polis supaya penyiasatan mengenai kesahihannya dapat dibuktikan,” katanya selepas merasmikan majlis pendaftaran Pelajar Tingakatan Satu Sekolah Menengah (SM) Sains Batu Pahat di sini, semalam.

Beliau berkata demikina ketika mengulas mengenai beberapa keping gambar seorang lelaki didakwa menyerupai Azmin tersebar di internet dan blog, termasuk adegan lelaki tersebut dengan wanita di dalam tandas.

Mohd Puad berkata, pihak berkuasa termasuk Peguam Negara perlu mengambil tindakan segera apabila laporan polis sudah dibuat bagi memastikan pemimpin ini bersih dari segi moral dan akhlak.

“Pembangkang jangan hanya pandai tuduh kerajaan tidak bersih atau telus, tetapi dalam masa sama ada pemimpin mereka mempunyai skandal dan moral yang boleh dipertikaikan,” katanya.

Sebelum ini, Azmin menafikan lelaki dikatakan menyerupainya yang bersama seorang wanita di dalam tandas yang disebarkan di internet baru-baru ini adalah dirinya. -Sinar Harian.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.