'BAPAK KAFIR' - TALIBAN KELANTAN CETUS UPACARA 'BAKAR'

KOTA BHARU - Marah dengan tuduhan akhbar New Strait Times yang mendakwa Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai 'Bapak Kafir', replika akhbar berkenaan dibakar hari ini.

Upacara pembakaran itu dibuat sendiri oleh Speaker DUN Kelantan, Datuk Nasuruddin Daud di Medan Ilmu tempat dimana penyokong Pas berkumpul untuk mendengar Kuliah bercampur tohmahan pada setiap Jumaat yang disebarkan oleh Nik Aziz di bandar ini.

Menurut sumber pembakaran itu dibuat bagi membantah kenyataan Tan Sri Rahim Noor yang mendakwa 'Nik Aziz is father of kafir' yang disiarkan di muka 6 NST 8 Mei lepas.

Bagaimanapun, semalam Rahim dilaporkan menafikan beliau membuat kenyataan sedemikian.

Pemberita yang namanya tersiar sebagai salah seorang penulis berita itu, Rahmah Ghazali juga menafikan beliau menulis berita itu.

Seorang lagi pemberita yang dinamakan sebagai penulis berita itu adalah Lim Poh Lean.

Nampaknya tidak ada yang berani untuk tampil mengaku bilamana bertembung dengan puak ala Taliban ini, Pas sekarang ni pun suka sangat dah buat simbolik upacara pembakaran ni, sikit-sikit tak puas hati bakar, amalan membakar ini seperti sudah menjadi satu ibadat khas akhir-akhir ini.

Tak pasti samada upacara pembakaran ini dianjurkan didalam Islam ataupun tidak, sedangkan senjata orang mukmin itu adalah doa atau mengambil tindakan ikhtiar bersemuka dengan mereka yang telah  mencetuskan rasa tidak puas hati itu.

Upacara pembakaran ini jika diamalkan secara berterusan tidak mustahil suatu hari nanti ia akan menjadi satu amalan atau bila dicontoh lakukan oleh orang yang berperwatakan agama ia akan menjadi satu ibadat khas bilamana umat Islam berdepan dengan keadaan sedemikian.

Sebelum ini akibat tidak tahan dengan kelucahan akhbar pengghairah Utusan Malaysia, Dewan Muslimat PAS Kelantan membakar beberapa naskah akhbar Utusan Malaysia kononnya sebagai simbolik mengajak rakyat menolak akhbar itu yang didakwa sering membuat laporan lucah dan fitnah.
Ianya dibuat selepas selesai Muktamar Dewan Muslimat PAS negeri Kelantan ke-39, di perkarangan Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (Putik) di sini. Program itu turut disertai Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat Siti Zailah Mohd Yusof yang juga Ketua Dewan Muslimat PAS Kelantan.

Tindakan kurang cerdik dengan membakar akhbar pengghairah itu dibuat selepas Ketua Ameerah Kelantan Ilvira Mohd Dhasuki mengemukakan usul tergempar yang kemudiannya diluluskan dalam muktamar itu.

Zailah ketika ditemui selepas itu pula memberitahu tindakan membakar akhbar berkenaan sebagai memberi mesej kepada rakyat agar menolak akhbar penabur fitnah dan tidak bermoral itu.

6 comments:

  1. kah kah kah tau pulok nok maroh...yg hangpa kapirkan org tu buleh pulok...

    ReplyDelete
  2. kalau fitnah saman je..! he he .. pas piss pus dah nak lingkop!

    ReplyDelete
  3. jangan bakarlah! simpan, dan timbang kilo, dapat jugak duit. lu orang bakar dahlah mencemarkan alam sekitar, hasil pun takdak! nama orang agama, pakaian macam tu, tindakan memalukan.

    ReplyDelete
  4. selama ni depa dok doa selalu ... Doa Najib pecah perut la ... doa turunkan bala la ... tapi Allah tak makbul sebagaimana yang depa mau ... La pakat-pakat bakar la ...Ni sebenarnya protes kat sapa ? Kat Allah ke?

    ReplyDelete
  5. orang BN tak boleh kafirkan Pok nik je, orang lain tak pe ;p

    ReplyDelete
  6. AKU RAKYAT JATI KELANTAN, AKU RASA NIK AZIZ TERLAMPAU LAYAK DOGELARKAN DENGAN PERKATAAN ITU KERANA SELAMA INI MULUT SUCINYA SELALU MENGKAFIRKAN ORANG LAIN SEWENANG WENANGNYA, INILAH DIA ULAMA TERTOLOL DAN TERBODOH YANG DILAHIRKANA DI ATAS MUKA BUMI INI........AKU AMAY BERSYUKUR DAN BERTRM A KASIH KEPADA SESIAPA YANG BERANI MENGUNGKAPKAN KATA-KATA ITU......BIAR NIK AJIS RASA SAKIT HATI, BIAR ORANG PAS RASA PEDIH HATI SEBAGAIMANA ORANG LAIN RASA.......ITU BARU BUKU BERTEMU RUAS....PADA PENDAPAT AKU LA PERBUATAN MEMBAKAR REPLIKA AKHBAR TU KERJA MAHA BODOH DAN MAHA TOLOL SERTA SIA-SIA........HAKIKATNYA RAKYAT KELATE DAH BUKA MATA....DAN TAK BOLEH DIPERBODOHKAN LAGI OLEH SYAITAN HIJAU..........KEPADA MANUSIA PAS YANG NAK SANGKAL TULISAN AKU DIPERSILAKAN....APA YANG AKU KATA ITU ADALAH HAKIKAT..... yang ikhlas MAMUD KB

    ReplyDelete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.