BERAKHIRNYA ISLAM DI MALAYA DIBANTU NIK AMBIG - IRSYAD MANJI

Penulis wanita Kanada, Irshad Manji mempertahankan pendiriannya selama ini yang percaya Islam tidak mendiskriminasi golongan gay dan lesbian.

Menurutnya, Al-Quran sendiri menjelaskan bahawa setiap manusia adalah ciptaan Tuhan dan ia termasuklah golongan tersebut.

Tambahnya, konsep kononnya Islam menolak dan membenci golongan itu sama sekali tidak selari dengan konsep Allah sebagai Tuhan yang Maha Penyayang.

"Kembali kepada Al-Quran, setiap orang adalah ciptaan Tuhan. Malahan gay dan lesbian juga dicipta Tuhan...
"Tolong jelaskan kepada saya," kata Irshad dalam wawancara eksklusif dengan Malaysiakini.

Kedatangan Irshad ke Malaysia mengundang kontroversi apabila Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom menggesa jabatan agama Islam setiap negeri menghalang sebarang program beliau. Pandangan Jamil Khir disokong Pemuda PAS yang turut membuat seruan yang sama.

Jamil Khir juga menggesa agar buku terbaru Irshad yang diterjemah dengan judul Allah, Kebebasan dan Cinta diharamkan pengedarannya atas alasan "bukunya merbahaya kepada umat Islam".

Tidak perlu minta maaf

Selain daripada membela golongan gay dan lesbian, Irshad turut dikenali ramai kerana menyokong perkahwinan antara individu Muslim dengan individu berlainan agama tanpa perlu menukar agama masing-masing. (salah satu perkara yang pernah dituntut IFC )

Mengulas perkara itu, Irshad berkata ia dirumuskan berdasarkan interpretasinya terhadap Al-Quran dan juga ijtihad yang dilakukannya.

Beliau percaya perkahwinan sedemikian dapat menghentikan golongan muda Islam daripada meninggalkan Islam semata-mata kerana cinta.

Tegasnya, beliau tidak perlu meminta maaf kepada sesiapa hanya kerana berbeza pendapat dengan orang lain dalam perkara tersebut.

"Mungkin saya perlu minta keampunan dari Tuhan pada hari pengadilan dan Tuhan yang penuh dengan kasih sayang pastinya akan memberikan saya perbicaraan yang adil," katanya.

Menurutnya lagi, pendirian itu turut disokong seorang imam dan didokumenkan di laman webnya. Sehingga kini, dokumen itu diterjemah ke dalam lebih 20 bahasa termasuklah bahasa Melayu, ujar Irshad.

Imam yang dimaksudkan adalah Dr Khaleel Mohamed yang memiliki ijazah doktor falsafah dalam perundangan Islam dari McGill University. ( Awas, Nik Aziz ! jangan nanti dijadikan model oleh mereka untuk mempengaruhi umat Islam yang lain)

Sebelum hadir ke Malaysia, Irshad terlebih dahulu singgah di Jakarta untuk mempromosikan bukunya di sana.

Kerjasama pelampau-polis mengejutkan

Beliau dilaporkan diancam beberapa ratus orang golongan pelampau yang menerjah programnya di pusat kebudayaan Salihara di selatan Jakarta dan cuba mengasarinya.

Mengulas perkara ini, Irshad kesal apabila ketua polis bandar tempat programnya berlangsung menghebahkan lokasi hotel beliau menginap melalui Twitter dan mendedahkannya kepada ancaman keselamatan dari golongan pelampau agama.

"'Kerjasama di antara kumpulan pelampau seperti Front Pembela Islam dan polis ini mengejutkan dan memalukan dan ia perlu diberi perhatian daripada segi rekod hak asasi di Indonesia," kata Irshad.

Bercerita tentang buku terbarunya, Irshad percaya ia akan diterima golongan muda di Malaysia berdasarkan sebahagian besar maklum balas memberangsangkan melalui laman Twitter.
Secara berjenaka, beliau berharap agar bukunya itu dibaca orang ramai sebelum ia diharamkan pengedarannya seperti buku sebelum ini, The Trouble with Islam Today: A Muslim's Call for Reform in Her Faith.

"Buku ini bukan sahaja dipenuhi hujah tetapi ia memberikan anda 'perkakas' untuk belajar dan memulakan perjalanan ke arah integriti.

"Saya rasa buku ini sangat diperlukan golongan muda di Malaysia," kata Irshad.

Sangat BAHAYA, berfikirlah kita sejenak wahai umat Islam. Menentang fahaman 'Ambigaylisme' yang seperti inilah sewajibnya bagi seluruh umat Islam, jangan sesekali memberi muka kepada mereka yang jelas mengancam agama Islam kelak kepala pula yang dipijak, Islam semakin  terancam di bumi Malaysia ini, kerajaan senantiasa berhadapan dengan musuh-musuh Islam dari dalam dan luar negara.

Isu ini senang sahaja penyelesaiannya, salahkan sahaja UmnoBN, rutin fatwa Ulamak Pulau Melaka, namun sedarkah kita akan isu-isu seperti  ini yang semakin menular masuk dalam negara  berkait rapat dengan kemasukan umat Islam kedalam aliran perjuangan 'Ambigaylisme' seperti Bersih.

Secara ringkasnya adalah kesimpulan beberapa pekara pokok, pertama, sebelum kita mendapatkan apa yang dihajat, sudah pastilah terlebih dahulu kita mesti mencari pengaruh, sepertinya dengan menyokong perjuangan sesuatu pihak dengan harapan pihak itu akan membantu atau menyokong  kita kembali, bak kata pepatah kerana budi tergadainya body.

Kedua, Perhimpunan Bersih yang dikepalai oleh pejuang LGBT dan turut disokong oleh Parti Islam Semalaysia telah membuka mata dunia dengan memperlihatkan dibelakang Ambiga punyai makhluk berserban yang salah seorang darinya  tersenarai antara 50  Tokoh Islam berpengaruh dunia, lantas keadaan itu mereka tidak merasa gerun ataupun segan untuk menyebarkan ideologi mereka didalam negara ini diatas nama kebebasan hak asasi manusia dengan prinsip kerjasama.

Ketiga, adalah sangat tidak adil sekiranya pejuang Islam tidak menyokong ideologi yang diperjuangkan oleh mereka sedangkan mereka menyokong apa yang diperjuangkan oleh pejuang Islam . Ketika itu keadilan didalam Islam pula akan dipertikaikan dengan tidak memberikan hak sama rata dan sama rasa.
Keempat,melihat kepada kulit dan tajuk buku diatas semestinya kita menyangka ia adalah buku agama yang ditulis oleh Ulamak, tidak ada apa yang boleh dikatakan haram atau tidak Islam pada kulitnya, kerana penggunaan nama ALLAH juga halal untuk semua agama. Inilah akan berlaku sekiranya  kalimah Allah  dibenarkan, pasti ramai yang akan terkeliru dan terperangkap didalam permainan yang dibawa oleh musuh-musuh Islam ini.

Kelima, usahlah membangkit pasal fatwa seperti " aku duk tunggu mufti kuarkan fatwa je,, lambat je kalo kes camni", tidak perlu mufti keluarkan fatwa pasal perkara yang jelas sebegini, guna asas Islam dan akal kita pun dah reti kalau kita ni kononnya penyokong kepada gerakan Islam. Atau fahami dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom menggesa jabatan agama Islam setiap negeri menghalang sebarang program beliau (Irshad Manji).

Tidak ada sebarang kompromi keatas ancaman terhadap agama Islam, ia menjadi tanggunggjawab dan WAJIB keatas umat Islam didalam mempertahankan agama Islam dari terus dikotori dengan fahaman-fahaman yang sesat dan cuba untuk menyesatkan. sensitiflah dengan perkara yang berkait dengan ancaman sebegini,

Hujah yang diberikan oleh Irshad diatas sebahagiannya nampak macam baik dan seakan selari dengan Islam, itu sangat bahaya, hakikatnya adalah SESAT dan cuba menyesatkan dengan hujah akal singkatnya tanpa memahami isi dan nas Al-Quran. Kebebasan cara Islam bukan seperti yang otak bodoh sombong fikirkan,

Begitu juga dengan tafsiran sifat Allah seperti Maha Penyayang, cara pemahaman yang salah dan cuba pula mempertikaikannya dengan tidak selari, kalau Maha Penyayang seperti yang difikirkan itu tidak perlulah Allah cipta  NERAKA, Hamba yang derhaka Allah telah janjikan tempatnya dan begitu juga dengan hamba yang bertakwa. (Hujahnya sangat panjang).....

HARAKAH lidah rasmi Parti Islam tidak sedikitpun menjelaskan perkara ini kepada umum, tidak sensitif langsung akan hal ini, semuanya dipenuhi dengan cerita politik kotor mereka, nilailah sendiri, Hanya ALLAH yang Maha mengetahui...Anda Mampu Mengubahnya....

1 comment:

  1. BERAKHIRNYA ISLAM DI MALAYA DIBANTU NIK AMBIG - IRSYAD MANJI ..betul ka?Tidakkah ia disebabkan kelemahan dan Kelapaan Umat Islam sendiri...lebih memartabatkan Undang2 dan peraturan budaya dari musoh2 Islam yang Nyata bertujuan menyesatkan dan membiarkan panduan sunnah dan Al Quran dipelekehkan oleh umat2 Islam sendiri.

    Yang menghancurkan Islam adalah umat itu sendiri..bila HAQ & BATHIL dah tak kenal.Ilmu dan akal yang ciput di beri Allah disangka begitu sempurna...sehingga tertipu...Fikrkanlah betapa Al Quran itu di lindungi dan dipelihara oleh maha pencipta sehingga hari ini dan akan 'hilang'bila sampai masanya.Untuk siapa..jangan dibuat ia saperti payung dan baju hujan semasa panas dan hujan sahaja...

    wallahualam

    ReplyDelete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.