CINA, INDIA ATAU KAFIR-KAFIR TAK BOLEH HADIR !!! - NIK AZIZ !

KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, menyeru masyarakat pelbagai bangsa yang beragama Islam supaya hadir pada majlis himpunan besar-besaran pada 1 Jun ini di Kedah.

Katanya, majlis perhimpuan besar-besaran dan penuh bermakna khusus untuk orang Islam yang inginkan keadilan sahaja perlu hadir pada majlis yang akan diadakan di Stadium Sultan Abdul Halim, Kedah.

“Semua bangsa, sama ada Melayu Muslim, Cina Muslim, India Muslim pergi ke majlis perhimpunan itu nanti beramai-ramai,”ujarnya.

Menurutnya, program berkenaan penuh erti kerana ianya akan diisikan dengan majlis munajat, mubahalah dan lain-lain lagi untuk diluahkan hasrat kepada Yang Maha Esa sempena PRU 13 yang semakin hampir.

Beliau berkata demikian kepada media ketika ditemui selepas majlis perasmian aktiviti memanah sekolah Yayasan Islam Kelantan (Yik), ketik diminta mengulas berhubung program itu.

“Kita boleh mengadu pada Allah berhubung kita sering diperlakukan sedemikian rupa oleh pihak tertentu dengan kezaliman walaupun usaha untuk memperjuangkan Islam,”ujarnya.

Sambungnya lagi, memerangi perbuatan mungkar menjelangnya pilihanraya adalah suatu perkara wajib tidak kira melalui Bersih atau apa cara sekalipun.

Bersih hanya satu daripada cara bahawa rakyat tidak bersetuju dengan pengundi hantu, kekotoran daftar pengundi dan berbagai lagi.

“Nak perjuangkan melalui Bersih itu terpulanglah, tetapi wajib menentang kezaliman, kemungkaran dan berbagai lagi,”ujarnya.

Menurutnya, itu semua bukan kerja parti sahaja, sebaliknya ajaran agama.

- Kemungkaran dan kezaliman hanya WAJIB ditentang sekiranya ia dilakukan oleh kerajaan BN sahaja, kerajaan Pas tak boleh tentang.

- Hanya orang Islam sahaja yang boleh hadir, orang kafir dilarang sama sekali kerana dikhuatiri akan terbuka pintu hatinya dengan program yang dianjurkan oleh Parti Islam dan sangat bercanggah dengan arahan yang dikeluarkan oleh Dap sekiranya ada dikalangan orang kafir yang mula berjinak-jinak dengan Islam.

- Nak mengadu kepada yang esa ni bila hampir pilihanraya sahaja  jika buka hampir PRU program begini jarang sekali diadakan.

- Namun renung-renungkanlah kezaliman dibawah ini bagaimanapula hukumnya mengikut perlembagaan Islam. Anda Mampu Mengubahnya...




2 comments:

  1. "Sambungnya lagi, memerangi perbuatan mungkar menjelangnya pilihanraya adalah suatu perkara wajib tidak kira melalui Bersih atau apa cara sekalipun".“Nak perjuangkan melalui Bersih itu terpulanglah, tetapi wajib menentang kezaliman, kemungkaran dan berbagai lagi,”ujarnya..
    Adakah Anuwar layak jadi PM???...skandal video seks??? perkara mungkar wajib ditentang dengan apa cara sekalipun seperti kata TG Nik Aziz di atas???

    ReplyDelete
  2. Nik Ajit bare tidak pot...tok lebai kelaroh

    ReplyDelete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.