DEMONTRASI MENUNTUT PERLAKSANAAN HUDUD

Hukum Hudud WAJIB dilaksanakan walau apa jua caranya sekalipun, tidak kira apapun terjadi ia mesti dilaksanakan. Jika kerana kuasa kita sanggup menghabiskan wang dan berkorban nyawa didalam menuntut pilihanraya Bersih dan adil kenapa tidak melakukan perkara yang sama didalam menuntut supaya Hukum Hudud dilaksanakan.

Jika cara demontrasi adalah satu-satunya cara yang boleh buat kerajaan tunduk didalam tuntutan, Demontrasi supaya Hukum Hudud dilaksanakan WAJIB diadakan. Berapa lama lagi nak tunggu ? Laksanakan saja Hudud di Kelantan dan kita tengok siapa yang mampu untuk menentang kuasa Allah Taala.

Islam entah kemana, pembangunan entah kemana, apa ini semua ? Bercakap seolah-olah pejuang Islam yang berani syahid di medan perang, kenapa tidak  berjuang dimedan fisabilillah wahai pejuang-pejuang Islam Pas. Tidak adil kamu bersenang linang sedangkan sahabatmu sudah beberapa orang gugur dimedan.

Ketepikan soal menantu kamu CEO di PMBK, ketepikan dahulu soal balak, ketepikan dahulu semua hal dunia selagimana matlamat menegakkan Hukum Allah tidak terlaksana. Apa lagi yang lebih penting dari hukum Allah Taala wahai pejuang Pas, maki hamun, fitnah, tuduhan, alasan dan mengkafirkan orang UMNO itu tidak padan dari apa yang telah kamu usahakan didalam perlaksanaan Hukum Allah Taala.

Perhimpunan Bersih sanggup kamu bersekongkol dengan kafir harbi pendokong murtad dan seks bebas, kenapa tidak bersekongkol dengan mereka untuk melaksanakan Hukum Allah, jika jatuhnya kerajaan barisan Nasional, apakah kerajaan baru kamu itu bersedia untuk melaksanakan Hukum Allah.

Bagaimana dengan Anwar Ibrahim, Lim Guan Eng, Karpal Singh mengenai Hukum Allah ini, adakah mereka telah bersetuju? atau nanti dialasankan pula kerana Karpal Singh tak bagi buat, jawablah soalan ini kepada rakyat berdasarkan duduk perkara yang sebenarnya, cukuplah menggunakan mantik dan perumpamaan jumud yang sudah ditelan zaman itu.

Bercakap memang senang itu dan ini, hakikatnya 22 tahun gagal segala-galanya, tetapi undang-undang seperti wanita memakai baju berlengan pendek didenda Rm 500 boleh pula dilaksanakan, tidak halangkah UMNO dalam hal ini ?

Wahai pengikut Pas yang TAKSUB kepada Pemimpin Pas yang jumud, kamu begitu murah dengan caci maki kepada sesama Islam, apa sahaja kamu saja yang benar dan orang lain semuanya salah, kamu seolah-olah menganggap pemimpin kamu itu benar segala-galanya seperti mendapat wahyu direct dari pencipta.

Sedarlah, bahawa rakyat Kelantan akan mengubah kerajaan jumud kepada kerajaan yang lebih relevan dan terbukti dengan janjinya...Anda Mampu Mengubahnya.

3 comments:

  1. Pejuang Islam kononnn...tak layak semua ahli PAS mendabik dada kononnya merekalah pejuang islam..dulu kata bekerjasama dgn bukan islam hukumnya haram tapi sekarang PAS bekerjasama dgn kumpulan yg terang dan nyata bencikan islam tak haram pulak..inilah akibatnya bila si tua kutuk nik ajis setan keramat tu dah terlampau banyak hirup lendir anwar dan ambabiga..bodoh punya setan keramat laknatullah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. PAS jangan asyik menidakan Islam orang lain semata2 kerana orang lain tidak pakai kupiah puteh, tidak pakai jubah, tidak pakai janggut!!!!
      PAS JANGANLAH SELALU PERASAN INGIN JADI HERO, PEJUANG JIHAD, KERANA ORANG LAIN TIDAK MEMFITNAH ORANG DAN MENGKAFIR ORANG SEKUAT MEREKA.!!!
      ADAKAH ITU AJARAN ISLAM YANG DIWAHYUKAN ALLAH DAN DIBAWA OLEH RASULLULLAH???!!! INSAFLAH...INSAFLAH...INSAFLAH....

      Delete
  2. Mohon d link blog http://bicarakelantan.blogspot.com tq!

    ReplyDelete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.