SHAH ALAM – “Tidak. Saya tidak akan minta maaf,” tegas Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail ketika ditanya sama ada beliau akan berbuat demikian setelah kenyataannya mendakwa Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar sebagai ahli Umno Cawangan Kubang Bunggor, Pasir Mas, Kelantan terbukti tidak benar.
Saifuddin sebaliknya menuntut Wan Ahmad menjelaskan Umno cawangan mana yang disertainya berikutan kenyataan Timbalan Pengerusi SPR itu bahawa namanya mungkin pernah didaftarkan oleh pihak lain sebagai ahli parti itu yang beliau sendiri pun sudah tidak ingat bila dan di mana.
“Saya tak perlu nak minta maaf sebab dia (Wan Ahmad) cakap pernah jadi (ahli Umno). Jadi, jelaskan cawangan mana,” kata Saifuddin ketika dihubungi Sinar Harian semalam.
Akhbar ini kelmarin melaporkan kenyataan seorang peniaga kedai makan, Wan Ahmad Wan Omar bahawa nombor kad pengenalan miliknya telah dikaitkan oleh pemimpin PKR itu sebagai milik Timbalan Pengerusi SPR untuk mendakwa Datuk Wan Ahmad sebagai ahli Umno Cawangan Kubang Bunggor.
“Yang jadi ahli Umno Cawangan Kubang Bunggor adalah saya, bukan Timbalan Pengerusi SPR,” kata Wan Ahmad, si peniaga kedai makan. - Sinar Harian

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.