'SENAMAN PUNGGUNG' DI DEPAN RUMAH AMBIGA OLEH BEKAS TENTERA

Sekumpulan bekas tentera mengadakan acara 'senaman punggung' di hadapan kediaman Pengerusi bersama BERSIH, Datuk S Ambiga di Bukit Damansara pagi ini.Disertai kira-kira 15 orang yang mengaku sebagai bekas tentera dari Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM), acara itu diadakan untuk menyampaikan bantahan terhadap pengerusi bersama BERSIH, Datuk S Ambiga, yang dianggap 'musuh negara yang cuba merosakkan nama negara', kata presiden PVTM, Mohd Ali Baharom.

10 Mei lalu, satu protes burger anjuran Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (IKHLAS) turut diadakan di hadapan rumah Ambiga.

Justeru, acara senaman PVTM pagi ini adalah 'demonstrasi' kedua di hadapan rumah pengerusi bersama BERSIH itu dalam masa sebulan.

"Kami veteran tentera berhak buat bantahan terhadap musuh yang cuba merosakkan nama negara," kata Mohd Ali.

Pada 1 Mei lalu juga, PVTM bersama NGO Suara Anak Muda 1Malaysia dan Kelab Mahasiswa 1Malaysia turut membuat laporan polis di balai IPD Dang Wangi menuntut kerajaan mengambil tindakan ke atas Ambiga dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana mengetuai himpunan BERSIH. - Malaysiakini

1 comment:

  1. TERBAIK !!!! AYUH KITE RAMAI-RAMAI BUAT DIA RIMAS, LEMAS, PANAS JADI GANAS ! PASAK @ ASAK @ TOLAK @ DESAK DIA BERAMBUIH KUAR DARI TANAH MELAYU NIH...
    DASAR ANJING PARIA...X SADAR DI UNTUNG !! KALO LAH TOK DIA X 'VOLUNTEER' NAIK KAPAL BRITISH JADI KULI LADANG KAT SINI...ABIH 'BEST' PON DIA NI...TAKAT JADI SUNDAL JER KAT GUJERAT !!!

    ReplyDelete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.