TERKINI ! BURGER TIDAK LAGI DIBENARKAN DIJUAL DI KELANTAN !

KUALA KRAI - Hidup pun susah mati pun susah, nak berniaga Burger pun bukan main payah lagi, nak main projek balak juta-juta jauh sekali kerana bukan kroni, bila dipohon lesen ditolak tidak bersebab, bila berniaga tanpa lesen disaman, apakah ini yang dikatakan membangun bersama Islam ?

Keadaan sebeginilah yang menjadi satu penghalang kepada punca pencarian rakyat, jika berlaku peningkatan jenayah ia sebenarnya adalah wajar, jangan disalahkan rakyat, peluang pekerjaan sangat terhad di Kelantan, mahu tidak mahu hidup terpaksa diteruskan, tidak hairanlah jika sebahagian daripada itu memilih jalan yang salah.

Memetik dari akhbar Sinar Harian seorang peniaga berkata “Ini bukan kali pertama kerana sebelum ini pun, saya sudah beberapa kali memohon untuk mendapatkan lesen gerai burger tetapi semuanya ditolak tanpa sebarang alasan.

“Surat jawapan hanya menyatakan, permohonan saya tidak diluluskan tetapi tidak beritahu atas sebab apa, bahkan bukan saya seorang, malah ramai lagi alami nasib sama bila mohon lesen berniaga,” dakwanya, di sini, semalam.

Pengusaha kedai makan itu berkata, dia juga keliru dengan tindakan pihak terbabit, apabila sukar meluluskan lesen berniaga tetapi pada masa sama, mengenakan saman kepada sesiapa yang berniaga tanpa lesen.

“Bila kita berniaga tanpa lesen, mereka hantar penguat kuasa saman dan tanya kenapa tak mohon lesen tetapi bila kita mohon lesen, mereka pula tidak luluskan.

“Kami hanya nak berniaga dan bukannya nak buat jenayah tetapi dengan tindakan pihak terbabit, memang susah bagi kami nak cari makan,” katanya.

Akhbar ini sebelum ini pernah menyiarkan nasib sama dialami seorang peniaga air minuman, Zulkifli Abdullah apabila permohonannya untuk mendapatkan lesen berniaga ditolak pihak berkenaan.

Dalam tindak balas terhadap aduan Zulkifli itu, seorang pegawai PBT terbabit menjelaskan, pengeluaran lesen penjaja diperketatkan sebagai langkah kawalan.

Bayangkanlah jika di daerah terpencil seperti Kuala Krai pun sudah begini, dimanakah relevannya penguatkuasaan didalam pengeluaran lesen penjaja itu, apapun percayalah kerajaan maksum pasti menafikannya dan mempunyai sejuta alasan bilamana perkara ini diketengahkan, hanya dengan kuasa rakyat sahaja setiap perkara itu akan berubah bila sampai masanya. Anda Mampu Mengubahnya...

2 comments:

  1. Aku rasa yang mohon tu jate, tak leh lulus le, kena tina mohon baru lulus... orang tina kat kelante je boleh niago, hak jate dok rumah jago anok....

    ReplyDelete
  2. beger makane oghe kapir, mu tok leh niago beger mu niago hok laen. mu buak beger banyak-banyak mu kasi pree kat PAS seminggu. Dale bisnis ni mu kena la ado strategi, mu kena jago kebajike oghe PAS dulu. Deme pung manusia, mu gheti dok!

    ReplyDelete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.