TUN M SIFATKAN JANJI PR SEPERTI SKIM CEPAT KAYA

Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dalam satu sidang media mengingatkan rakyat di negara ini supaya tidak terpesona dengan kemudahan yang mudah kerana ianya akan hilang apa yang telah kita kecapi selama ini.

Jangan mudah lupa adalah pesanan khas Tun M kepada rakyat dinegara ini terutamanya orang Melayu, kerana kebiasaanya kita sering terlupa dan terlalu mengejar sesuatu keuntungan itu dalam jangka masa yang singkat. Samalah seperti pelaburan skim cepat kaya yang menjanjikan keuntungan yang tidak munasabah sebelum pelaburnya dilipat.

Mungkin Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah mengkaji sistem ini dan ternyata ianya menawan hati sesiapa sahaja sebelum ia diperkenalkan kepada rakyat. Biasalah skim cepat kaya yang cepat juga melingkupnya, namun nasihat macam manapun sudah tak diterima kerana terlalu beria-ia untuk mencapai sesuatu kesenangan dalam tempoh yang agak singkat..

Akhirnya kita tertipu, skim pelaburan yang terjamin memang tidak menjanjikan keuntungan yang besar  kerana skim perniagaan yang dijalankan adalah telus dan mengikut sistem yang munasabah. Begitulah juga dengan kerajaan yang ada pada hari ini,
Jelas dapat dilihat dasar Pakatan Rakyat berlandaskan sistem skim cepat kaya "Pak Nuar Kunyit" yang menjanjikan segala kemudahan dan syurga yang sudah lama diukir oleh rakannya Nik Abdul Aziz. Hakikatnya perlakuan tidak normal itu tidak berapa lama akan mendatangkan mudharat kepada kita.
Gunalah jalan hadapan yang halal dan menjadi kebiasaan, bila terlebih luar biasa dengan sendirinya kita akan bersama-sama dengan mereka yang luar biasa, buktinya luar biasa ada didepan mata anda.

Pandangan peribadi Gk satu sahaja, sebab terlalu lama dah duk analisis cara politik PR ni terutamanya Pas. jika benar kerajaan PR yang banyak berjanji kebajikan itu ikhlas dan tidak mungkir akan janjinya, kebajikan apa yang telah dibuat pada negeri-negeri yang ditadbirnya.
( Buktinya janji yang pernah dibangkitkan oleh anak muda pada video dibawah ini )
Perbezaan ketara bagaimanakah yang telah ditampilkan jauh lebih baik dari kerajaan sediaada Barisan Nasional pada negeri yang dikuasai PR, ketepikan dulu laporan atas kertas audit negara kerana itu tidak memberikan impak yang besar kepada perubahan hidup  rakyat, soal utamanya ialah mengenai  kebajikan atau kemudahan istimewa kepada rakyat.

Juga jangan kata nanti boleh perintah seluruh negara atau ke Putrajaya dulu baru boleh bagi segala kebajikan, kalau kecil cara kecil dan besar cara besar, tak semestinya syarikat Berhad baru boleh buat kebajikan, syarikat enterprise pun boleh juga kalau benar ia berkebajikan. Anda Mampu Mengubahnya....
 " Ingat PR Ingat Skim Cepat Kaya, Pastikan Anda Tidak Terkena"

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.